Apabila kita duduk terlalu lama atau membongkok, pasti tulang belakang kita akan sakit. Terutama sekali, orang-orang yang ada masalah tulang seperti orang yang berumur 50 tahun dan ke atas. Sakit tulang belakang amat terseksa kerana kita akan susah untuk menegakkan badan.

Orang muda juga tidak lari daripada sakit tulang belakang. Hal ini kerana kerja yang dilakukan tidak mengikut postur badan yang betul. Sebagai -contoh, kerja-kerja mengangkat berat memerlukan cara yang betul jika tidak ia akan mengakibatkan tulang belakang kita sakit.

Begitu juga yang bekerja di dalm pejabat, postur duduk juga perlu betul. Selalu kerja yang menghadap komputer sepanjang hari lebih memberi kesan terhadap postur duduk. Ia boleh membuatkan badan kita membongkok sedikit.

Jadi, kita perlu menjaga tulang belakang dengan sebaik mungkin. Tetapi, bagaimana?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tips mudah jaga tulang belakang. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Tips mudah untuk jaga tulang belakang

jaga tulang belakang
Imej via Facebook

◾Duduk peha 90°, lutut 90°, belakang sandar.

◾Ambil barang di lantai dengan mencangkung.

◾Bawa barang rapat ke tubuh, jangan bongkok.

◾Gunakan troli jika beban terlalu berat.

◾Apabila pindahkan barang, elak pusing badan.

◾Duduk tegak semasa guna komputer di riba.

◾Semasa memandu, jangan duduk terlalu melunjur.

*Kita perlulah menjaga tulang belakang kita, jika tidak menjaganya ia akan memberi kesan negatif dan boleh membuatkan badan kita membongkok. Lakukan renggangan badan setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Ia boleh melegakan tubuh badan kita sedikit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.