Mengalami kesukaran bernafas atau keluar darah melalui hidung? Pasti ramai rakyat Malaysia yang pandang remeh bahayanya keadaan ini. Kebiasaannya, kita menganggap yang ianya berpunca dari kurang minum air di hari yang panas ataupun tidak cukup tidur.

Di sini, kami ingin kongsi pengalaman dan pengetahuan Dr Ezairy M.Sallih mengenai kanser hidung bagi anda di luar sana.

NPC
Imej via Grid.ID

Seorang pesakit muda masuk ke bilik konsultasi saya. Lelaki berbangsa cina ini nampak risau.

“Doktor, saya risau masalah pada hidung saya..”

Sedari mula saya perhati beliau nampak bimbang dengan masalah yang sedang dialami.

Simptomnya hanya sukar untuk bernafas, terasa sempit pada rongga hidung, itu sahaja. Pendengaran beliau normal, tiada masalah pada tekak dan tiada juga pendarahan dari hidung.

“Saya dah masukkan skop dan kamera dalam hidung. Hasil pemeriksaan, saya berpuas hati. Ia hanya masalah resdung biasa. Tak perlu risau,” ujar saya.

“Saya bimbang, doktor. Sekarang orang sihat pun boleh dapat macam-macam penyakit. Saya risau ini ada kaitan kanser atau apa-apa masalah lain.”

Bagus pemuda ini. Beliau terus dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Risau jika ada apa-apa penyakit di luar pengetahuan beliau.

Anda tahu bagaimana kanser hidung berlaku? Apa tanda-tanda awal?

Bagaimana Kanser Hidung Berlaku?

Nasopharyngeal cancer (NPC) merupakan sejenis kanser yang berlaku di bahagian belakang hidung, atas tekak dan boleh mengganggu juga pendengaran pesakit.

Rakyat negara kita juga berisiko untuk alami kanser ini. Bangsa cina lebih-lebih lagi.

Apakah Tanda-Tanda Awal Kanser Hidung?

Lihat ciri-ciri seperti di bawah:

1. Pembengkakan atau biji pada kawasan leher.

Kanser Hidung
Imej via MedicoAid

2. Hidung tersumbat atau berlaku pendarahan pada sebelah bahagian hidung sahaja.

3. Masalah pendengaran pada sebelah bahagian sahaja.

4. Di negara kita, tinggi kekerapan berlaku di kalangan masyarakat cina dan bidayuh.

5. Lebih tinggi risiko jika mempunyai sejarah keluarga kanser hidung.

*Berikutan statistik yang telah dilaporkan, diharap info ini dapat membantu anda mengenalpasti tanda-tanda awal kanser hidung. Tolong share ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.