Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Sinusitis Teruk? 8 Tanda Serius Yang Penderita Patut Ambil Peduli - Dr Ezairy

Benar, sakit kepala adalah ketidakselesaan biasa yang paling kerap dialami. Tetapi, jika terlalu kerap dan berlanjutan? Ia mungkin menandakan anda…

KesihatanDikemas kini 25 Disember 2018oleh Dr Ezairy M. Salih
Ilustrasi muka dan kawasan sinus (dahi) yang menunjukkan kesakitan resdung atau sinusitis

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Benar, sakit kepala adalah ketidakselesaan biasa yang paling kerap dialami. Tetapi, jika terlalu kerap dan berlanjutan? Ia mungkin menandakan anda mengalami ‘gangguan’ pada sistem tubuh yang lain. Ini termasuklah masalah resdung dan sinusitis yang serius.

sinusitis

Imej via vaaju.com

Dalam satu artikel ditulis oleh Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ezairy M Sallih menerusi laman Facebook peribadinya, gejala seperti kepala terasa berat, rasa sakit di kawasan dahi dan muka, kesakitan semakin dirasai ketika dalam keadaan tunduk, selain itu seringkali selsema, hidung tersumbat dan berair, merujuk kepada gangguan sinus yang serius.

Dalam erti kata lain, rongga sinus terutamanya pada bahagian ‘frontal sinus’ atau dahi, yang telah dijangkiti dan terdapat pengumpulan nanah adalah berbahaya kerana ia boleh merebak ke bahagian otak.

sinusitis

Imej via browardsinusdoctors.com

Apakah Yang Patut Dilakukan Oleh Penderita Sinusitis?

Dapatkan pemeriksaan doktor. Pemeriksaan hidung perlu dilakukan. Ujian imbasan seperti x-ray dan skan mungkin diperlukan.

Bagaimana Kalau Enggan Melakukan Pemeriksaan?

Komplikasi lebih buruk boleh berlaku. Jangkitan pada sinus boleh merebak ke bahagian lain termasuk otak!

Apakah Tanda Jangkitan Sudah Merebak Ke Otak?

Beberapa tanda jangkitan telah merebak ke otak :

1. Pening teramat sangat
2. Kabur dan gangguan pandangan
3. Tegang pada belakang leher
4. Gangguan pada pertuturan
5. Muntah-muntah
6. Tahap kesedaran berkurang
7. Serangan sawan
8. Demam panas

*Bahayanya kan jika jangkitan merebak ke otak? Marilah sama-sama kita sebarkan info penting ini!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.