Inilah Adab-adab Masuk Ke Tandas. Ramai Masih Tidak Amalkan
Masuk ke tandas pun ada adabnya. Mari ketahui bersama. Tandas merupakan satu sistem yang digunakan untuk membuang bahan buangan dan kotoran manusia,…

Ringkasan Ringkas
- Baca doa masuk dan keluar tandas untuk berlindung daripada syaitan dan menghargai nikmat bersih.
- Masuk tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
- Jangan bawa benda suci seperti al-Quran ke dalam tandas dan pastikan aurat tertutup.
- Gunakan tangan kiri untuk beristinjak dan tangan kanan untuk urusan lain seperti makan.
- Jaga kebersihan diri dan peralatan tandas, serta elakkan berlama-lama di dalamnya.
- Gunakan air dengan berjimat dan hormati privasi pengguna tandas awam.
Masuk ke tandas pun ada adabnya. Mari ketahui bersama.
Tandas merupakan satu sistem yang digunakan untuk membuang bahan buangan dan kotoran manusia, termasuklah najis, muntah dan sebagainya. Penggunaan tandas telah dikhaskan demi menyahut seruan agama, keperluan hidup dan fitrah sebagai manusia yang bertamadun dan bersistem.
Islam adalah agama yang sempurna dengan menekankan setiap adab dalam setiap inci kegiatan harian hidup. Termasuklah dalam penggunaan tandas, Islam juga telah mengajarkan cara-cara tertentu agar selaras dengan tuntutan Islam yang mementingkan kebersihan, dan kekemasan selain privasi atau hak persendirian.
Berikut adalah beberapa adab yang seharusnya dilakukan ketika sebelum, semasa dan setelah keluar dari tandas.
Adab Sebelum Masuk Tandas
1. Membaca Doa
Mulakan dengan membaca doa sebelum memasuki ke tandas atau bilik air.
Doa Masuk Tandas
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِتْ
“Ya Allah, aku berlindung pada Mu dari syaitan jantan dan syaitan betina.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
2. Menutup Aurat
Pastikan menutup aurat, termasuk menutup bahagian kepala dengan sesuatu seperti kain atau tuala kecil.
3. Jangan Bawa Bersama Benda Suci
Elakkan membawa bersama benda-benda suci seperti ayat-ayat al-Quran, sesuatu yang adanya nama Allah dan Rasulullah.
4. Mengetuk Pintu
Ketuk (secara ringan atau perlahan sahaja) dahulu pintu tandas jika ianya bertutup. Ini adalah sebagai penanda untuk memberitahu sekiranya terdapat orang dalam tandas tersebut. Dan memberi peluang kepada pengguna tandas tersebut menyelesaikan urusannya terlebih dahulu.
5. Melangkah Masuk Dengan Kaki Kiri
Digalakkan untuk masuk ke tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu. Perbuatan ini adalah sunah yang dijadikan amalan Rasulullah SAW.
6. Tutup Pintu
Pastikan pintu ditutup dengan rapat dan sebaiknya dikunci. Ini bertujuan menjaga privasi dan mencegah perkara yang mengaibkan dan yang tidak diingini.
7. Bersihkan Peralatan
Sebelum menggunakan tandas, pastinya semua peralatan berada dalam keadaan bersih. Jangan biarkan apa-apa kotoran tersisa walaupun sedikit. Bertanggungjawablah dengan tandas walaupun tandas awam.
8. Tidak Berlama-Lama
Sebolehnya jangan terlalu lama mengunakan tandas. Tandas bukanlah tempat yang sesuai untuk berlama-lama. Apatah lagi jika tandas tersebut adalah tandas awam yang pasti ramai ingin menggunakannya.
9. Menyuci Tangan
Sebagai menjaga kebersihan diri dan mengelakkan penyebaran penyakit, basuhlah tangan sebelum atau selepas menggunakan tandas.
10. Menghormati Privasi Orang Lain
Elakkan dari melakukan perkara mengganggu orang lain sepeti bercakap dengan kuat yang menganggu. Tambahan lagi jika menggunakan tandas awam.
Adab Semasa Dalam Tandas
1. Menggunakan Alas Kaki
Sebaiknya pakailah selipar khas untuk kegunaan tandas bagi mengelak terkena kotoran atau terpijak najis yang tidak disengajakan.
2. Menggunakan Tangan kiri
Sangat disyorkan untuk menggunakan tangan kiri sewaku beristinjak. Sangat tidak sesuai jika menggunakan tangan kanan yang digunakan untuk makan.
3. Berjimat Menggunakan Air
Jangan membazir dan gunakan air dengan cermat dan secukupnya.
4. Menjaga Kebersihan
Jangan biarkan kotoran sebegitu sahaja selepas menggunakannya, tetapi berusahalah untuk membersihkanya sebaik mungkin. Jangan membuang sampah dalam mangkuk tandas dan dalam sinki, sebaiknya di tempat sesuai atau tong sampah yang disediakan.

Adab Keluar Tandas
1. Menjaga Kemasan dan Kebersihan
Apabila sesai semua urusan pastika bilik air dalam keadaan kemas dan bersih. Pastikan juga kekemasan diri dan bersedia untuk meninggalkan tandas.
2. Keluar dengan Kaki Kanan
Keluarlah dari tandas dengan menggunakan kaki kanan, seperti sunah Rasulullah SAW.
3. Membaca Doa Keluar Tandas
Sebaiknya bacalah doa keluar dari tanadas atau bilik air.
Doa keluar tandas;
غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّى الْأَذَى وَعَافَانِي
“Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku.”
Penutup: Adab Semasa Di Tandas Juga Adalah Sebahagian Daripada Kesempurnana Kebersihan
Walaupun tandas bukanlah sebuah ruang yang bersih dan suci, namun sebagai umat Islam yang cintakan kebersihan, janganlah membiarkan tandas berada dalam keadaan kotor atau terbiat. Tempat yang kotor adalah kesukaan jin dan syaitan.
Sesungguhnya, tandas juga melambangkan tahan kebersihan dan sikap prihatin seseorang terhadap kebersihan. Jadikanlah tandas di rumah kita sebagai tempat yang selesa, kemas dan bersih selalu.
Ini bukan sahaja dapat mengelakkan dari penyakit tetapi juga gaya hidup yang cintakan sesuatu yang bersih. Ingatlah islam sangat cintakan kebersihan.
Rujukan:
- Bacadoa.my
- Al-Raudah.com
- Jabatan Mufti Perlis
- Aku Muslim
- The Rohani