Period ataupun haid sudah sinonim dengan para wanita. Tidak datang haid bagi perempuan yang telah berkahwin boleh menjadi tanda awal kemungkinan perempuan tersebut sedang mengandung.

Tapi masalahnya, period atau haid ini tidak hanya lambat datang pada wanita yang dah berkahwin tapi juga pada wanita dan gadis yang masih solo belum bersuami.

sumber : Bidadari.my

Mengapa perkara begini boleh berlaku? Apakah sebenarnya sebab untuk masalah ini? Di sini akan dikongsikan 10 sebab period lambat datang dan tolong baca hingga habis kerana ia bukan satu perkara yang boleh di buat main.

10 Sebab Period Lambat Datang Walaupun Tak Hamil

#1 – Menyusu Anak Dengan Susu Badan Secara Eksklusif

Sumber : Bidadari.my

Berdasarkan pengalaman sendiri yang telah pernah menyusu badan secara ekslusif dari hari pertama anak lahir hingga usia mereka genap 2 tahun, sepanjang proses pemberian susu badan ini haid ternyata lambat datang. Ini kerana tempoh semasa menyusu badan akan membuatkan diri si ibu berada di dalam zon tidak subur secara semulajadi.

Haid ke atas diri sendiri selama memberi susu badan pada anak hanya datang setelah anak berusia 1 tahun dan ternyata pemberian susu ibu ini bukan hanya dapat membantu mengecutkan rahim untuk pulih lebih cepat tetapi juga dapat menolong menjarakkan kehamilan untuk ibu yang baru lepas bersalin.

#2 – Pengambilan Pil Perancang Untuk Jarakkan Kehamilan

pil perancang
Sumber: Bidadari

Pengambilan perancang kehamilan memang sangat popular untuk tujuan menjarakkan kehamilan. Tetapi sebenarnya ia turut boleh menyumbang kepada masalah lambat datang period.

Penggunaan kaedah seperti suntikan, implan, pil perancang, dan sebagainya ini juga boleh menyebabkan haid anda datang lewat, sedikit atau tidak langsung. Tidak kisahlah apa saja jenis bentuk pencegah kehamilan yang di ambil sama ada dalam bentuk pil, suntikan mahupun implan. Yang penting pencegah kehamilan ini memang ada kesan untuk melambatkan kedatangan period.

#3 – Perubahan Berat Badan Yang Naik Secara Mendedak

tips timbang berat badan
Sumber: Bidadari

Tubuh yang sedang mengalami kenaikan berat badan akan menganggu keseimbangan hormon. Apabila perkara ini berlaku maka ia boleh menjejaskan pusingan kitaran haid.

Oleh itu, jika mahu naikkan berat badan dek kerana ada masalah kekurangan berat sekalipun, sila pastikan anda mengubah corak pemakanan secara perlahan-lahan supaya tubuh dapat menerimanya secara beransur-ansur dalam keadaan yang lebih bersedia.

#4 – Tekanan Perasaan Yang Sukar Dibendung

Stress! Siapa tidak pernah rasa stress. Masalah stress atau tekanan perasaan ini benar-benar boleh menganggu kestabilan tubuh. Tidak kisahlah stress yang berkaitan keluarga, pasangan, anak, kewangan, tempat kerja dan sebagainya, stress ini tidak boleh dipandang ringan.

Stress berlaku disebabkan oleh hormon GnRH yang kurang dihasilkan oleh badan. Hal ini boleh menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi sehingga boleh menyebabkan kitaran haid jadi tidak menentu.

#5 – Pertambahan Akitiviti Fizikal Termasuk Kuat Bersenam

Bersenam itukan baik untuk kesihatan? Ya memang benar namun tubuh anda bukannya sebuah mesin automatik yang boleh menerima sebarang jenis perubahan dengan cepat dan mudah.

Biasanya, tubuh akan memerlukan sedikit masa untuk menjadi biasa dengan perubahan yang sedang anda lakukan dan untuk fasa penyesuaian ini period boleh datang lewat daripada waktu yang sebetulnya.

#6 – Pra-Menopause Yang Sedang Bermula

Setiap wanita akan melalui fasa tempoh haid yakni menopause. Tidak boleh tidak apabila sudah tiba masanya ‘putus haid’ akan terjadi.

Fasa pra-menopause juga akan berlaku sebelum tiba tempoh putus haid yang sebenar. Untuk fasa pra-menopause ini period mungkin akan datang lewat dari selalu dan jumlahnya juga boleh menjadi kurang berbanding sebelumnya.

#7 – Perubahan Rutin Kehidupan Harian Yang Berbeza Dari Biasa

Tidak hanya berubah berat boleh mendatangkan masalah period lambat datang, berubah rutin kehidupan harian yang biasa juga boleh memberi kesan pada period.

Sebagai contoh baru berpindah rumah, baru beruba syif kerja, berubah pejabat dan seumpamanya. Ini semua boleh menyebabkan period lambat datang disebabkan oleh keadaan gaya hidup yang telah berubah tadi.

#8 – Berada Dalam Sebuah Perjalanan Yang Jauh

tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Bidadari

Eh eh mengembara pun boleh beri kesan period lambat datang rupanya! Yelah keadaan tu akan membuatkan tubuh berada dalam satu keadaan yang sangat penat dan letih.

Waktu mengembara dan bercuti dalam suasana yang panjang ini juga akan membuatkan tenaga banyak digunakan. Maka secara tidak langsung hormon akan ikut berubah dan keadaan ini turut memberi kesan pada kitaran haid seseorang.

#9 – Demam Yang Berlarutan

Masalah kesihatan seperti demam atau penyakit lain juga boleh menjadi punca lewat haid. Namun ini hanya bersifat sementara saja. Dalam erti kata lain, kitaran haid terganggu sekejap saja dan akan kembali datang semula setelah diri sihat semula.

Namun seandainya setelah sihat dari demam haid tetap tidak juga datang sehingga lebih dari tempoh sebulan, maka ada baiknya segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat dan pemeriksaan jika perlu.

#10 – Masalah Pada Bahagian Peranakan

Sumber Gambar: Bidadari

Inilah yang paling ditakuti. Kitaran haid dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Jika lambat datang seminggu dua mungkin boleh diterima akal dek kerana gaya hidup dan sebagainya.

Tetapi jika kitaran haid lambat datang dengan hanya menjengah beberapa bulan sekali, maka itu bermakna ada masalah yang patut di beri perhatian. Takut juga andaikata anda hamil tetapi anda sendiri tidak perasan.

Jangan Ambil Mudah! Jumpa Doktor Jika Ada Kemusyikilan

Tak dinafikan ramai wanita berasa takut untuk berjumpa dengan doktor untuk meminta nasihat berkaitan period lambat datang ini. Antara faktor yang menjadi penghalang adalah malu dan takut untuk menerima kenyataan jika ada masalah pada diri.

Hakikatnya perkara ini tidak boleh di buat main dan jika benar anda sayangkan diri sendiri maka dapatkanlah pemeriksaan dengan mana-mana doktor yang anda percayai.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.