Jom kita belajar tentang khasiat mahkota dewa.

Pengenalan

Daun mahkota dewa berasal dari tanaman mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) yang tumbuh di daerah Papua New Guinea. Buah mahkota dewa berbentuk bulat dengan diameter 4cm dan berwarna hijau jika mentah dan berwarna merah jika masak.

Manakala daun mahkota dewa memiliki sifat tunggal dan bertangkai pendek. Daun mahkota dewa memiliki permukaan daun yang licin dan berwarna hijau tua dengan panjang 7-10cm dan lebar 2-5cm.

pokok mahkota dewa

Imej via spmodels

Kandungan Zat Dalam Mahkota Dewa

Buah-Mahkota-Dewa

Imej via thibun

Manfaat mahkota dewa tidak dapat disangkal kerana banyaknya zat yang terkandung di dalamnya. Antara zat khasiat yang terdapat pada tumbuhan mahkota dewa adalah:

1. Antivirus, antimikrob dan melawan jangkitan

Mahkota dewa berfungsi sebagai antivirus kerana kandungan alkaloid yang terdapat dalam tumbuhan ini. Sifat antivirus yang ada di dalam tanaman mahkota dewa berguna untuk melawan berbagai jenis virus yang masuk ke dalam tubuh.

Malah ia juga turut melawan bakteria di dalam tubuh. Sehingga tubuh tidak akan mudah terkena jangkitan. Malah, pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria juga boleh diatasi menggunakan tanaman mahkota dewa.

2. Melancarkan peredaran darah

Salah satu manfaat mahkota dewa adalah melancarkan peredaran darah. zat flavonoid di dalam mahkota dewa berfungsi membantu peredaran menjadi lancar. Jika peredaran darah lancar, tubuh akan terhindar dari berbagai macam penyakit dan juga gangguan kesihatan.

Zat flavonoid dalam mahkota dewa juga dipercayai meningkatkan dan menjaga sistem metabolisme di dalam tubuh. Selain itu, flavonoid juga berfungsi sebagai anti radang. Ia membantu mengurangkan rasa sakit yang dideritai oleh badan.

3. Melawan Alahan

Imej via Bidadari

Zat polifenol yang ada dalam mahkota dewa bermanfaat untuk menghilangkan alergi khususnya alergi pada makanan. Kandungan polifenol yang ada di dalam mahkota dewa turut berfungsi untuk mengubati gatal-gatal.

Malah, penemuan menarik daripada kajian penyelidik dari China pada tahun 2006, menjumpai sebatian bioaktif yang baharu dan dinamakan sebagai mahkoside, sempena nama mahkota dewa.

Sebatian mahkoside mempunyai ciri biokimia yang bagus untuk aktiviti farmakologi untuk mengubati penyakit alahan dan serangan mikrob.

4. Antioksidan

Tumor adalah benjolan tidak normal yang tumbuh pada tubuh. Tumor boleh dihilangkan dan diubati menggunakan kulit mahkota dewa kering yang direbus. Kandungan antioksidan yang ada di dalam kulit mahkotra dewa, sama banyaknya dengan kandungan antioksidan di dalam kulit manggis kering.

Selain itu, pelbagai jenis penyakit terjadi disebabkan oleh adanya radikal bebas. Tubuh setiap hari berjuang untuk melawan radikal bebas. Zat antioksidan yang ada dalam kulit buah mahkota dewa boleh digunakan untuk melawan radikal bebas.

Penyelidik dari Indonesia ada mengkaji kandungan antioksidan yang terdapat dalam isi buah mahkota dewa. Dilaporkan melalui hasil analisis maklumat, kandungan antioksidan seperti polifenol, flavonoid, alkaloid, dan saponin adalah sangat tinggi dan sangat bernilai tinggi.

5. Mengubati hepatitis (radang hati)

Zat saponin dalam mahkota dewa dikatakan bermanfaat untuk mengubati penyakit hepatitis. Malah, kandungan saponin yang ada di dalam mahkota dewa juga berfungsi menurunkan kadar gula darah. Selain itu ia juga dilaporkan membantu meningkatkan tenaga dan seksualiti bagi lelaki.

6. Antikanser

Menurut Dr. Ir. M. Ahkam Subroto, kandungan senyawa mahkota dewa memiliki dua karakteristik yang berfungsi sebagai anti kanser pada tubuh manusia.

“Pertama, kandungan antioksidan yang tinggi dalam mahkota dewa berkhasiat mencegah tumbuhnya sel-sel kanser. Caranya, dengan mengikat radikal bebas yang ada di dalam tubuh kemudian membuangnya ke luar” jelas Ahkam.

“Yang kedua, mahkota dewa memiliki kandungan senyawa yang mampu mengubati sel-sel kanser yang telah membiak. Caranya, dengan menghambat pertumbuhan serta mendorong sel-sel kanser untuk melakukan proses dpoptosis, iaitu proses ‘bunuh diri’ bagi sel kanser tersebut.” kata Ahkam.

Senyawa protein tertentu yang terkandung di dalam mahkota dewa akan menguraikan sel kanser menjadi bahagia-bahagian kecil yang kemudian akan melemah dan mati dengan sendirinya.

Imej via Bidadari

Para pengkaji berharap, protein yang terkandung dalam mahkota dewa dapat menggantikan kedudukan kemoterapi dalam penyembuhan pesakit kanser. Ini kerana, rawatan mahkota dewa tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit seperti mana rawatan kemoterapi.

Dalam proses kemoterapi, kimia sintetik digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Sebagai kesannya, ada sel-sel yang baik yang ikut terbunuh secara tak sengaja. Berbeza dengan rawatan mahkota dewa, yang mendorong sel kanser melakukan ‘bunuh diri’, sehingga tidak memengaruhi sel-sel tubuh yang baik.

7. Mengubati Kencing Manis

Kajian penyelidik Indonesia yang diterbitkan dalam Medical Journal of Lampung University mengaitkan pengambilan buah mahkota dewa dengan penurunan kadar gula dalam darah untuk merawat kencing manis.

Kandungan saponin yang tinggi dalam mahkota dewa bertindak memperlahankan pemecahan karbohidrat menjadi glukosa.

Selain saponin, tanin dalam mahkota dewa juga memiliki peranan penting dalam mengurangkan kadar glukosa darah. Tanin bersifat sebagai astringen yang memendakkan protein selaput lendir usus dan membentuk lapisan yang melindungi usus, sehingga melambatkan penyerapan glukosa.

Hal ini seterusnya menyebabkan kadar gula dalam darah menurun kerana proses glikolisis (pemecahan karbohidrat) dan serapan glukosa menjadi lebih perlahan dan terkawal.

Kesimpulan

Tumbuhan mahkota dewa kaya dengan zat-zat nutrisi yang baik untuk kesihatan. Namun begitu, untuk membuktikan petua ini disokong oleh perubatan moden, ia perlukan kajian saintifik yang lebih banyak.

Mahkota dewa bersifat steroid, menyebabkan anda berasa sedap badan n sihat. Seperti mana steroid yang lain, pengambilan jangka-panjang melemahkan sistem imunisasi anda. Bila sistem imunisasi lemah, kita senang terkena penyakit jangkitan kuman dan juga kanser. Oleh sebab itu, pengambilannya tidak boleh dalam jangka masa yang panjang.

Oleh itu, sekiranya anda ingin mengamalkan mahkota dewa untuk merawat penyakit, anda disarankan berbincang dengan doktor yang merawat anda untuk dapatkan nasihat dan pandangan dari ahli perubatan.

Rujukan:

  1. Thibun
  2. Khasiatkesehatan
  3. Manfaat
  4. Fiana, N., & Oktaria, D. (2016). Pengaruh kandungan saponin dalam daging buah mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) terhadap penurunan kadar glukosa darah. Jurnal Majority5(4), 128-132.
  5. Rohyami, Y. (2008). Penentuan kandungan flavonoid dari ekstrak metanol daging buah mahkota dewa (Phaleria macrocarpa Scheff Boerl). Jurnal Logika5(1)

 

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat mahkota dewa, kami juga ada menulis artikel menairk lain yang boleh dibaca. Oh ya, jangan lupa untuk share dan like.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.