Penting untuk kita tahu bahawa kulit yang cerah dan awet muda tidak semestinya memerlukan rutin penjagaan kulit yang baik, urutan wajah atau produk yang tepat untuk memelihara kesihatan kulit. Namun, pengambilan suplement vitamin juga dapat memanfaat kulit wajah kita.

Untuk pengetahuan anda, penambahan nutrien dan vitamin tertentu ke dalam diet melalui makanan tambahan adalah cara terbaik untuk mengatasi sebarang masalah kulit.

Vitamin berfungsi mengurangkan bintik-bintik hitam, kedutan, kulit kasar, kulit kering, kemerahan dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan dengan kulit.. Terdapat juga campuran vitamin yang khusus untuk mengekalkan kesihatan kulit yang terbaik.

Bagi memelihara kesihatan kulit, jom lihat antara 10 vitamin terbaik untuk kulit wajah.

Vitamin B5

vitamin terbaik untuk kulit

Vitamin B5 turut dikenali sebagai panthenol atau asid pantotenik yang merupakan salah satu vitamin terbaik untuk kulit. Apabila digunakan secara konsisten, ia dapat melembab dan merawat kulit agar lebih sihat dan licin.

Bagi kulit kering, gatal dan bermasalah, vitamin B5 akan merawat dengan baik. Biasanya vitamin terbaik untuk kulit ini dijumpai di dalam makanan seperti kuaci, sayur brokoli dan juga cendawan.

Saranan: Blackmore Executive B

Vitamin E

vitamin terbaik untuk kulit

Vitamin E sememangnya terkenal dalam pelbagai produk kecantikan untuk merawat kulit serta membantu menyembuhkan kulit dan mengurangkan penampilan parut.

Ia dapat membantu melembapkan kulit yang rekah dan menjadi kering. Dengan kesan vitamin E, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan, menyembuhkan dan melembapkan kulit.

Vitamin E boleh dijumpai dalam makanan seperti minyak zaitun, badam, kuaci dan sayur aprikot.

Saranan: Vita C Plus Shaklee

Asid Folik

vitamin terbaik untuk kulit

Asid Folik juga merupakan salah satu vitamin yang terkandung dalam kumpulan vitamin B yang memainkan peranan penting dalam menjaga kulit agar sentiasa sihat dan cantik.

Kategori vitamin terbaik untuk kulit ini sememangnya kaya dengan kepekatan antioksidan yang tinggi yang dapat meningkatkan kesan anti-penuaan. Asid folik seringterdapat dalam beberapa buah-buahan kegemaran kita seperti betik, strawberi dan raspberi.

Saranan: Hovid Acid Folic

Asid Lemak Omega 3

vitamin terbaik untuk kulit

Asid Lemak Omega 3 adalah antara lemak yang mempunyai vitamin terbaik bagi kulit untuk mengatasi kedutan, mengatasi masalah keradangan, memberikan kelembapan dan perlindungan UV.

Ia juga turut berfungsi dalam membantu memerangkap kelembapan dan mengurangkan kulit yang terlalu kering sehingga menyebabkan pelbagai masalah kepada kulit. Asid Lemak Omega 3 boleh dijumpai dalam tauhu, walnut dan juga biji chia.

Saranan: Asid Lemak Omega 3

Vitamin A

vitamin terbaik untuk kulit

Sekiranya anda mencari vitamin terbaik untuk kulit yang anti-penuaan, Vitamin A adalah jawapannya. Vitamin A akan memberikan manfaat dalam membantu meningkatkan pergantian sel dan keanjalan pada kulit anda semasa anda tidur.

Selain itu, ia juga bertindak sebagai anti penuaan, mengurangkan garis halus, mengurangkan kedutan dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan dengan kulit.

Antara makanan yang mengandungi vitamin A adalah lobak, acai berry dan ubi keledek.

Saranan: Vitamin NOW Oregano Oil

Vitamin C

vitamin terbaik untuk kulit

Vitamin C amat baik untuk kulit dalam membantu mencerahkan kulit secara semula jadi untuk melawan bintik-bintik gelap. Ia menggalakkan penghasilan kolagen dalam menjaga kulit dari pencemaran bahan radikal bebas.

Vitamin C juga bertindak untuk membantu dalam memulihkan tona kulit agar kelihatan sekata. Buah-buahan seperti nenas, mangga dan strawberi biasanya kaya dengan vitamin C yang diperlukan oleh kulit.

Saranan: Flavettes Effervescent

Vitamin K2

vitamin terbaik untuk kulit

Vitamin K2 mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam membantu merawat pelbagai masalah kulit. Lazimnya, vitamin terbaik untuk kulit ini terdapat dalam makanan seperti daging dan juga tenusu.

Ia juga terdapat dalam makanan yang diperam seperti kimchi, sayur-sayuran jeruk dan sebagainya. Penggunaan vitamin K2 dapat meningkatkan kelembutan kulit pada usia muda, sambil menyokong pengeluaran elastin dan kolagen.

Perasan tak kenapa wanita Jepun kulitnya cantik? Wanita Jepun sering mengamalkan makanan yang kaya Vitamin K2!

Saranan: Vitamin NOW K2 & D3

Vitamin B3

vitamin terbaik untuk kulit

Juga dikenali sebagai niasin atau niacinamide, Vitamin B3 bertindak sebagai antioksidan dengan kemampuan pencerahan dan anti penuaan yang sangat baik.

Vitamin B3 juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit yang menjadikan kulit anda terasa lembut, licin, dan terhidrat. Selain itu, ianya bertindak sebagai ejen pembersihan kulit agar bebas daripada pencemaran, kotoran, dan minyak yang menyumbat liang-liang pori kulit anda.

Vitamin B3 boleh didapati dalam makanan seperti kacang tanah, kopi, biji chia, spirulina dan sebagainya.

Saranan: Blackmores Skin Health Insolar With High Dose Vitamin B3

Vitamin D

vitamin terbaik untuk kulit

Vitamin D telah dikaitkan dengan perawatan masalah kulit seperti jerawat yang boleh didapati daripada sumber cahaya matahari atau makanan tambahan seperti cendawan Portobello, cendawan Maitake dan cendawan Chanterelle.

Ia juga bertindak dalam merangsang pertumbuhan, pembaikan, dan pembaharuan sel kulit agar sentiasa sihat. Vitamin D penting untuk diambil bagi mendapatkan kulit yang lebih bersih, cantik dan berseri-seri.

Saranan: Blackmores Vitamin D3 1000IU 

Asid Alpha Lipoic

vitamin terbaik untuk kulit

Alpha Lipoic Acid atau Asid Alpha Lipoic adalah vitamin sarat dengan antioksidan yang lebih kuat berbanding dengan vitamin C dan vitamin E yang bertindak sebagai anti-radang yang terbaik.

Ia turut berfungsi dalam membran plasma kulit bagi melawan kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit berkedut sebelum waktunya.

Selain itu, vitamin terbaik untuk kulit ini juga dapat mengurangkan pelbagai masalah kulit yang serius. Asid Alpha Lipoic boleh dijumpai dalam makanan berasaskan tomato, keladi, kentang dan sebagainya.

Saranan: ALA Alpha Lipoic Acid 

Itulah dia antara 10 vitamin terbaik untuk kulit boleh kita amalkan. Jom baca juga Sunblock terbaik, vitamin terbaik untuk mata dan moisturizer terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.