Penyakit gout berlaku kerana lebihan asid urik di dalam tubuh badan lalu mewujudkan kristal pada sendi seperti lutut, pergelangan tangan, dan pergelangan kaki anda akan berasa seperti dicucuk serpihan kaca setiap kali bergerak.

penyakit gout

Sumber: Rheumatic

Apakah asid urik?

Asid urik adalah salah satu daripada bahan kumuhan yang dihasilkan oleh sistem perkumuhan badan. Ia dihasilkan daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Asid urik dibuang dari badan melalui air kencing, peluh, dan najis.

Walau bagaimana pun, bagi pesakit gout asid urik tidak keluar melalui air kencing sebaliknya berkumpul pada sendi dan membentuk kristal yang menjadi punca kesakitan setiap kali bergerak. Di antara sendi yang selalu diserang penyakit gout ialah jari, pergelangan tangan, lutut, buku lali, pergelangan tangan, dan pergelangan kaki.

Siapakah golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit gout?

Golongan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat penyakit gout ialah lelaki yang berusia 30 hingga 60 tahun dan juga wanita yang sudah mengalami menopous.

Apakah simptom penyakit gout?

Berikut adalah simptom penyakit gout yang perlu anda perhatikan:

  • Kebiasaannya penyakit gout akan mula menyerang bahagian ibu jari kaki di mana ibu jari kaki anda akan menjadi merah, bengkak, terasa panas, dan mengalami sakit yang teramat sangat.
  • Serangan ini berlaku secara tiba-tiba dan berulang beberapa kali dalam masa sehari
  • Kesakitan yang dialami boleh berlarutan selama berhari-hari, malah boleh mencecah 1-2 minggu jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera.
  • Setelah anda pulih, penyakit gout boleh datang semula bila-bila masa.
  • Dalam serangan yang seterusnya, mungkin sendi-sendi lain akan turut berasa sakit.

Apakah rawatan untuk penyakit gout?

Penyakit gout yang dirawat dengan segera boleh disembuhkan. Namun tiada jaminan bahawa ia akan berlaku semula. Sekiranya anda tiba-tiba diserang penyakit gout, rawatan yang akan anda perolehi ialah:

  • Sendi yang terkena serangan gout akan direhatkan sehingga serangan gout berakhir. Anda dinasihatkan supaya tidak menggerakkan sendi tersebut bagi mengelakkan kesakitan dan mempercepatkan proses pemulihan.
  • Ubat anti radang akan diberikan untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami.
  • Ubat gout yang bernama colchicine juga akan diberikan.
  • Selain colchicine, steroid juga boleh diberikan kepada anda. Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu suntikan cecair steroid ke sendi yang diserang penyakit gout atau pil steroid.
  • Lebih cepat anda mendapatkan rawatan, lebih cepat anda akan sembuh.

Oleh kerana penyakit gout berlaku disebabkan oleh lebihan oleh asid urik, anda perlu mengelakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan semakin banyak asid urik berkumpul di dalam badan. Di antara perkara yang perlu anda elakkan ialah:

  • Kegemukan. Masalah lebihan berat badan akan menyebabkan sistem perkumuhan tidak dapat berfungsi dengan sempurna lalu menyebabkan banyak asid urik terkumpul dalam badan.
  • Alkohol. Kehadiran alkohol dalam darah akan mengganggu sistem perkumuhan.
penyakit gout

Sumber: Doktersehat

Selain itu, anda juga perlu mengelakkan makanan yang tinggi kandungan purin seperti:

  • Makanan laut seperti ikan, udang, dan sotong yang tinggi kandungan purin dan plumbum.
  • Kek, gula-gula, dan manisan yang tinggi fruktosa.
  • Sayur-sayuran yang tinggi purin dan zat besi seperti asparagus, cendawan, sayur-sayuran hijau, kacang merah, kacang hijau, kubis bunga, dan tomato.
  • Bijirin penuh seperti roti gandum dan oat.
  • Daging merah tinggi zet besi dan protein yang akan menyebabkan semakin banyak asid urik masuk ke badan anda.
  • Ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Gantikan dengan ayam kampung.
  • Buah oren
  • Cendawan
  • Ikan yang bersengat seperti ikan keli, ikan sembilang, dan ikan pari
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, kerang, kepah, dan lala
  • Organ dalaman seperti hati, pedal, perut, jantung, dan buah pinggang
  • Jus buah
  • Semua kekacang seperti almond, pistachio, kacang tanah, terutamnya yang bergaram.
  • Jeruk dan asam boi
  • Mee segera
  • Makanan segera
  • Makanan ringan
  • Mee kuning
  • Roti canai
  • Air kordial
  • Nescafe
  • Coklat & minuman coklat
  • Jambu batu yang tinggi zat besi
  • Makanan dalam tin
  • Telur masin
  • Susu, yogurt, keju
  • Produk soya
  • Makanan bersantan
  • Buah-buahan tempatan yang bermusim seperti durian, rambutan, langsat
  • Buah tembikai
  • Buah tembikai susu

Apakah komplikasi penyakit gout?

Di antara komplikasi yang boleh berlaku disebabkan oleh penyakit gout ialah:

  • Tophi iaitu asid urik yang terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan.
  • Asid urik yang terkumpul dalam saluran air kencing akan menyebabkan wujudnya batu karang.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi masalah kegemukan, kencing manis, darah tinggi, dan enzim lipid yang terlalu tinggi.
penyakit gout

Sumber: Meramuda

Apakah petua menghilangkan gout?

Di antara petua menghilangkan penyakit gout yang boleh anda amalkan ialah:

  • Jus lemon, timun dan seleri

Bahan-bahannya yang diperlukan ialah 1 biji timun, 2 batang seleri, dan 3 hirisan lemon yang dibuang biji. Kisar semua bahan & minum 2 kali sehari.

  • Cuka epal & madu

Caranya. bancuh 1 sudu cuka epal & 1 sudu madu asli bersama 1 gelas air suam. Kacau sehingga sebati. Minum setiap pagi.

  • Halia

Anda boleh hilangkan penyakit gout menggunakan halia dengan dua cara iaitu:

  1. Teh halia. Ketuk 1 inci halia dan masukkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap hari.
  2. Ketuk 1 inci halia sehingga hancur. Sapukan pes tadi pada sendi yang diserang gout. Biarkan sehingga kering. Ulang sekiranya masih sakit.
  • Halia, halba, & serbuk kunyit

Minum ini boleh diamalkan untuk menghilangkan penyakit gout. Caranya, ketuk 1 inci halia kemudian campurkan dengan 1 sudu halba & 1 sudu serbuk kunyit. Masukkan campuran tadi ke dalam segelas air panas. Minum 2 kali sehari.

Itulah dia info tentang gout yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang gegata, petua hilangkan kencing tak lawas, dan petua hilangkan gastrik.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.