6 Punca Autisme Dari Sudut SAINTIFIK Mak Ayah Kena Tahu
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, autisme adalah sejenis gangguan yang berlaku kepada pertumbuhan dan tumbesar seseorang untuk jangka masa panjang…

Ringkasan Ringkas
- Autisme adalah gangguan perkembangan kronik yang memberi kesan kepada pemikiran dan pemprosesan maklumat kanak-kanak, biasanya dikesan sebelum umur 3 tahun.
- Simptom autisme melibatkan masalah komunikasi, tindak balas sosial yang terhad, dan tingkah laku berulang seperti menggerakkan anggota badan berulang kali.
- Faktor risiko autisme merangkumi genetik, warisan keturunan, dan kecelaruan genetik seperti Sindrom fragile-X serta sklerosis tuberos.
- Ibu yang mengalami demam semasa mengandung, terutamanya pada trimester kedua, mempunyai risiko lebih tinggi melahirkan anak dengan spektrum autisme.
- Pendedahan ibu mengandung dan bayi kepada bahan kimia endokrin (EDC) seperti BPA dan phthalates dalam botol plastik boleh mengubah perkembangan otak.
- Pengambilan ubat tertentu seperti Thalidomide dan Valproic asid, serta masalah biologi lain seperti Sindrom Down dan palsi serebrum juga dikaitkan dengan autisme.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, autisme adalah sejenis gangguan yang berlaku kepada pertumbuhan dan tumbesar seseorang untuk jangka masa panjang yang memberikan kesan kepada pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses informasi. Ia boleh berlaku kepada 1-2 orang dalam 1000 orang kanak-kanak.

Sumber: Raisingchildren
Autisme adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ Satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak yang terlibat dan kemahiran kognitifnya boleh menjadi normal. Untuk maklumat anda, autisme lebih kerap berlaku kepada anak-anak lelaki berbanding anak perempuan, iaitu 4 kali lebih tinggi.
Gejala-gejala autisme selalunya dapat dikesan sebelum kanak- kanak tersebut berumur 3 tahun. Di antara tanda dan simptom yang selalu ditunjukkan oleh anak autisme ialah:
- Komunikasi. Dari segi komunikasi, anak autisme akan mengalami masalah seperti lambat bercakap, pertuturan yang tidak normal atau tidak boleh bertutur langsung. Selain itu, anak autisme juga biasanya menunjukkan bahasa tanpa lisan ( body language) yang tidak normal seperti berdiri tegak tanpa pergerakan anggota badan yang normal. Anak autisme juga kebiasaannya kurang cerdas semasa bermain berbanding anak yang normal. Mereka juga mengalami kekurangan upaya untuk bergaul atau berbincang dengan orang lain seperti yang sepatutnya.
- Tindak balas sosial. Dari segi tindak balas sosial, anak autisme kebiasaannya akan mudah hilang tumpuan, kurang mimik muka, kurang atau tidak menunjukkan perasaan terhadap orang lain, suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain, dan suka bermain sendirian.
- Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti. Anak autisme selalunya sukakan tingkah lau yang berulang. Sebagai contoh, mereka suka menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala. Mereka juga suka menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan. Anak autisme akan berasa sangat tertekan dengan perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran mereka. Lazimnya, anak autisme hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Jadi, apakah punca autisme? Setakat hari ni belum dunia sains masih belum dapat mengenal-pasti apakah punca autisme yang sebenar. Namun kajian mendapati anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi autistik:
1. Genetik atau warisan keturunan
Perkara ini telah diperkatakan sejak dulu lagi. Autisme dikatakan sebagai penyakit keturunan yang boleh diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya melalui genetik.
Oleh itu, jika ada ahli keluarga anda yang disahkan sebagai autistik, anak lain dalam keluarga juga akan diperiksa kerana dikhuatiri mempunyai masalah yang sama. Begitu juga halnya bagi pasangan kembar.
Jika anda adalah seorang pesakit autisme, kemungkinan besar anak anda nanti juga akan mewarisi autisme melalui genetik daripada anda. Namun begitu usahlah anda bersedih, semua yang berlaku adalah ketentuan illahi. Tidak semestinya anak anda juga akan menjadi autistik seperti anda.
2. Kecelaruan genetik
Selain warisan keturunan, punca autisme yang seterusnya ialah kecelaruan genetik. Kajian menunjukkan bahawa dalam sesetengah kes autisme, berkemungkinan besar ianya adalah berkaitan dengan kecelaruan genetik seperti:
- Sindrom fragile-X
- Sklerosis tuberos
- Sedikit perubahan kepada genetik yang berfungsi menjaga perkembangan otak atau komunikasi sel otak

Sumber: Bristolautismaupport
3. Demam semasa mengandung
Kajian menunjukkan bahawa sekiranya seorang ibu mengalami demam semasa mengandung terutamanya semasa trimester kedua, ia meningkatkan risiko anak yang dikandung mengalami spektrum autisme.
Ia adalah hasil satu kajian yang diterbit oleh Jurnal Molecular Psychiatry di mana para penyelidik telah mengkaji hampir 100,000 orang ibu dan anak autisme di Norway yang dilahirkan antara tahun 1999 hingga 2009.
Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir 16% daripada ibu yang terbabit dengan kajian tersebut melaporkan bahawa mereka pernah demam sekurang-kurangnya sekali semasa tempoh mengandung. Namun belum diketahui apakah kaitan di antara demam semasa mengandung dengan autisme. Mungkinkah ia berlaku kerana jangkitan kepada janin atau disebabkan oleh ubat yang diambil semasa demam?
4. Pendedahan ibu mengandung dan bayi kepada botol plastik
Punca autisme yang seterusnya ialah pendedahan ibu mengandung dan bayi kepada botol plastik yang boleh membahayakan kesihatan. Teori ini dibuat oleh Dr. Harvey Karp, iaitu seorang doktor dan penasihat kesihatan kanak-kanak. Menurut beliau, pendedahan ibu hamil kepada sesetengah kimia, seperti kimia endoktrin (EDC) adalah di antara punca berlakunya autisme.
Di antara contoh botol yang mempunyai kimia endktrin ialah:
- Botol air plastik, botol susu, dan makanan dalam tin yang mengandungi BPA
- Botol air plastik, botol susu, dan makanan dalam tin yang mengandungi phthalates
Menurut Doktor Harp, salah satu daripada fungsi hormon ialah untuk mengawal isyarat otak. Namun, EDC boleh memasuki otak bayi yang kecil, atau bayi dalam kandungan dan mengubah perkembangan otak mereka lalu menyebabkan berlaku kelainan kepada perkembangan otak bayi.
5. Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang diperskripsi oleh doktor kepada seorang kanak-kanak juga dikatakan boleh menjadi punca autisme. Di antara ubat yang telah dikenal-pasti ialah:
- Thalidomide
- Valproic asid

Sumber: 3Dprint
6. Masalah biologi yang lain
Punca autisme yang tarakhir ialah masalah bilogi yang lain seperti:
- Sindrom Down yang berlaku kerana kecelaruan genetik lalu menyebabkan kelewatan dalam perkembangan, keupayaan untuk belajar dan ciri-ciri fizikal yang tidak normal seperti tona otot yang berkurangan, hidung penyet, mulut kecil, dan tangan yang pendek.
- Distrofi otot iaitu satu keadaan gangguan genetik yang mampu mengakibatkan otot menjadi lemah secara progresif dan kehilangan jisim otot. Genetik yang tidak normal tadi juga boleh mengganggu penghasilan protein, mengakibatkan masalah kesihatan otot.
- Palsi serebrum merupakan satu penyakit kronik yang menjejaskan otak dan sistem saraf lalu menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan koordinasi.
- Spasma infantil
- Masalah metabolisme
- Masalah sistem imuniti
Itulah dia punca autisme yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara mengajar anak membaca dan tanda anak lambat bercakap