Jom kita lihat khasiat lada benggala. Lada benggala merupakan lada yang ditanam di negara yang mempunyai iklim panas. Walaupun namanya mempunyai perkataan lada, lada benggala ini tidak pedas dan mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk siapa yang memakannya. Lada benggala ini juga mempunyai pelbagai jenis warna yang menarik seperti merah, hijau, ungu dan coklat.

Lada ini sangat terkenal diletakkan ke dalam masakan seperti pasta. Selain itu, lada ini kaya dengan pelbagai jenis khasiat ini juga sering dimasukkan ke dalam senarai menu diet kerana tidak mengandungi lemak dan kaya dengan vitamin dan mineral. Senarai di bawah merupakan antara khasiat yang anda akan dapat dari lada benggala.

Mengurangi Kolestrol

Lada benggala mampu merawat dan merendahkan tekanan darah seterusnya memecahkan kolestrol yang terdapat dalam badan. Capsaicin yang terdapat dalam lada benggala juga mempunyai sifat antibakteri, analgesic dan anti diabetic. Lada benggala juga mampu merawat masalah peredaran pada kaki dan tangan.

Sekiranya anda makan lada benggala, anda dapat mengurangkan tahap kolestrol yang membuat mereka obes. Kandungan capsaicin yang terdapat di dalam lada ini juga dapat meningkatkan kadar metabolic tanpa menaikkan tekanan darah dan denyutan jantung menjadikannya baik untuk membantu mengurangkan berat badan.

Menjaga Kesihatan Rambut dan Kulit

Kandungan capsicum juga mempunyai banyak antioksidan serta vitamin yang mampu menjaga akar rambut dan membantu menegangkan kulit. Jika anda mempunyai masalah rambut yang gugur, makan lada benggala atau meletakkannya ke dalam masakan mungkin dapat membantu memperbaiki akar rambut anda.

Selain itu, khasiat lada benggala juga berfungsi sebagai agent awet muda yang mencegah penuaan kulit serta menjadikan kulit bebas dari jerawat. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, masker lada benggala mungkin dapat membantu memperbaiki kulit anda serta mencerahkan kulit dalam masa yang sama.

Merangsang Peredaran Darah

Khasiat lada benggala yang lain ialah merangsang peredaraan darah dalam badan. Lada benggala telah digunakan sebagai penggalak untuk herba-herba yang lain kerana khasiatnya yang banyak. Warna merah lada benggala juga disebabkan kandungan vitamin yang tinggi.

Selain itu, vitamin C yang terdapat dalam lada benggala juga mampu merangsang peredaran darah serta meningkatkan aliran darah dalam badan.

Baik Untuk Mata

Lada benggala juga mempunyai kandungan vitamin A. Kandungan vitamin A sememangnya baik untuk kesihatan mata. Jika anda inginkan lada benggala yang tinggi dengan vitamin A, anda boleh memilih lada benggala yang berwarna kuning dan merah.

Lada benggala juga mempunyai pelbagai kandungan yang baik untuk mencegah katarak dan penyakit mata yang lain seperti beta-karoten, zeaxanthin dan banyak lagi. Kandungan karotenoid juga membantu merendahkan risiko kemerosotan penglihatan serta mengekalkan penglihatan yang sihat.

Melancarkan Pencernaan

Kaya dengan serat dan bertindak sebagai agen pelancaran pencernaan. Sifat lada benggala yang antibakteria dapat menghalang pertumbuhan bakteria seperti salmonella dan ecoli. Kandungan serat dan sifat anti bakterianya juga mampu meneutralkan penyakit ulu hati.

Mencegah Anemia

Khasiat lada benggala yang lain ialah dapat mencegah penyakit anemia. Lada benggala yang kaya dengan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh sangat baik untuk mencegah anemia serta mencegahnya. Kandungan zat besi yang terdapat dalam lada benggala juga membantu untuk menguatkkan sistem imun serta merangsang trombosit.

Mencegah skurvi

Kandungan Capsicum yang ada dalam lada benggala juga mampu mencegah penyakit skurvi. Penyakit skurvi merupakan penyakit kekurangan vitamin C. Kandungan vitamin C di dalam lada benggala mampu untuk mencegah kekurangan vitamin C yang dapat mengakibatkan gusi menjadi bengkak dan berdarah.

Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan luka yang hampir sembuh boleh terbuka semula. Sekiranya anda mempunyai penyakit ini, anda boleh memasukkan lada benggala ke dalam masakan anda.

Melegakan kesakitan ulser

Khasiat lada benggala juga mampu membantu sistem pencernaan yang mampu melegakan kerandangan usus. Sekiranya anda mengambil lada benggala sebagai bahan untuk diletakkan ke dalam makanan, lada benggala mampu merangsang perlindungan membran mucus yang terdapat pada perut.

Hal ini pastinya dapat melegekan kesaiktan yang disebabkan oleh penyakit ulser pada perut anda.

Mencegah Kekurangan Zat besi

Vitamin yang terdapat dalam lada benggala mampu untuk mencegah masalah kekurangan zat besi. Hal ini kerana, terdapat satu bahan dalam lada benggala yang membantu untuk menyerap zat besi. Pengambilan lada benggala secara berterusan dapat mencegah penyakit kekurangan zat besi dan anemia.

Kesimpulan

Ramai suri rumah yang mula memasukkan lada benggala ke dalam masakan mereka apabila mengetahui mengenai pelbagai kandungan baik yang terdapat di dalam lada ini. Hal ini kerana lada benggala mempunyai kandungan vitamin A, E, C, K dan B.

Selain kaya dengan mineral, kalsium, zink dan zat besi, sayur ini tidak mempunyai kandungan lemak jahat dan kaya dengan protein, karbohidrat serta serat yang sihat dan mampu melindungi diri dari pelbagai penyakit sama ada, kulit, rambut mahupun perut. Hal ini pastinya akan membantu anda untuk memilih makanan serta sayuran yang sihat dan kaya dengan pelbagai jenis khasiat.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.