Masalah kulit wajah seperti jerawat, whitehead, blackhead, parut dan sebagainya sangat menjejaskan penampilan dan keyakinan seseorang. Jom ketahui cara hilangkan jerawat pasir dan parut melalui pembacaan artikel ini.

Pengenalan

Kulit muka merupakan kawasan yang sensitif kerana lapisan kulitnya yang nipis dan mengandungi banyak reseptor serta liang pori. Liang pori ini merupakan seumpama pintu laluan keluar masuk pertukaran gas dan bahan kumuhan seperti peluh. Keadaan ini mengundang pembiakan dan jangkitan bakteria jika tidak dibersihkan dengan kerap.

Apabila tersumbat dan tidak dibersihkan, masalah kulit akan mula muncul ditambah dengan jangkitan bakteria, pengumpulan kotoran, sebum dan keradangan.

Masalah kulit utama ialah pembetukan jerawat seperti jerawat biasa, acne, jerawat badan dan jerawat pasir. Selepas keadaan kulit ini reda secara sendiri, parut akan mula kelihatan sebagai bekas tinggalan jerawat. Jerawat pasir merupakan masalah kulit yang agak memberi kesan kerana pertumbuhannya adalah secara banyak dan berkelompok.

Ada yang berseloroh mencadangkan tips menghilangkan jerawat pasir dengan menggosok kulit muka dengan kertas pasir. Tentulah BUKAN tindakan yang paling tepat dan praktikal. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan cara hilangkan jerawat pasir dan parut.

Cara Hilangkan Jerawat Pasir

Pakar dermatologi dari North Carolina, Amerika Syarikat, Dr. Zoe Dralos ada berkongsi cara hilangkan masalah kulit seperti jerawat pasir. Antara cadangan tersebut beserta tips yang boleh dicuba ialah:

  • Tidak menggunakan produk berasaskan minyak untuk mengelakkan pengumpulan minyak pada pori wajah
  • Exfoliate kulit dalam 2-3 kali seminggu
  • Jangan memicit blackhead dan whitehead
  • Mencuci muka dengan sederhana iaitu 2-3 kali sehari untuk hindari pengelupasan dan pengeringan kulit
  • Pemilihan produk yang betul dan selamat
  • Elakkan terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan dan memakai krim pelindung matahari sunblock
  • Mendapatkan air yang mencukupi untuk hidrasi diri

Petua Cara Hilangkan Jerawat Pasir dan Parut

Sementara itu, petua tradisional atau penggunakan bahan semula jadi boleh dijadikan amalan untuk hilangkan jerawat pasir dan parut.

Menariknya, pada tahun 2015, terdapat kajian saintifik mengenai cara hilangkan masalah kulit seperti jerawat pasir dan parut menggunakan bahan remedi semula jadi yang diterbitkan oleh sekumpulan penyelidik dari India di jurnal Indo-America Journal of Pharmaceutical Research. 

Imej via Bidadari

Ulasan kajian tersebut disenaraikan seperti berikut:

Cuka epal sider

Ini ialah sumber bahan utama untuk berfungsi sebagai penawar jerawat dengan menggunakan nisbah 1:3 bagi cuka epal kepada air. Kandungan asid laktik dan malik bertindak sebagai bahan antibakteria. Apabila digunakan, ia  menyeimbangkan pH kulit anda, dan bertindak melawan bakteria dan menjadikannya lemah dan mengurangkan tanda merah dan merawat jerawat.

Jus lemon juga boleh ditambah untuk membantu mengeringkan lebihan minyak dan membersihkan pori-pori, tetapi perlu digunakan secara sederhana.

Madu + serbuk kayu manis

Campuran madu dan serbuk kayu manis mempunyai sifat antimikrob sehingga dapat membantu menghentikan bakteria dari jerawat. Madu mempunyai sifat antibakteria semula jadi untuk mengeluarkan kotoran dari kulit.

Gunakan 2 sudu madu dan 1 sudu teh kayu manis dicampurkan sehingga sebati dan telah membentuk pes sebelum diletakkan pada jerawat.

Susu dan produk tenusu

Asid dalam susu bertindak sebagai antibakteria di mana lemak di dalamnya memberikan kelembapan, menjadikannya cukup berkhasiat untuk kulit.

Amalan mandi susu juga dikatakan diamalkan oleh Ratu Mesir, Cleopatra untuk kulit cantik dan bebas parut!

Buah betik mentah

Betik merupakan ubat jerawat semula jadi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati serta minyak berlebihan dari permukaan kulit agar kulit tetap lembut.

Betik juga mengandung enzim papain, yang mengurangkan keradangan dan membantu menghentikan pembentukan nanah. Sebiji betik segar diperlukan, dilenyek dan disapukan pada kulit.

Kunyit

Campurkan ¼ sudu teh serbuk kunyit ke dalam 2 sudu minyak kelapa. Sapukan campuran pada wajah. Biarkan campuran selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk.

Bahan aktif kunyit membantu proses mencerahkan kulit dan menghentikan pembiakan bakteria.

Tomato

Tomato secara semula jadi kaya dengan antioksidan dan vitamin C dan A.

Potong tomato kecil separuh. Gosokkan separuh bahagian kulit yang terbuka di kawasan jerawat. Bilas muka dengan air. Lakukan 2 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang menarik.

Echinacea

Teh echinacea ini digunakan untuk mempercepat penyembuhan luka dan mencegah selesema dan demam, menginfeksi sifat antibakteri dan anti-radang dapat membantu jerawat juga. Gunakan teh Echinacea sebagai pencuci muka setiap hari atau sapu pada kawasan kulit bermasalah dengan bola kapas rendaman teh Echinacea.

Skrub gula

Gula putih boleh menanggalkan sel kulit berlebihan yang menyumbat liang pori dengan bertindak sebagai agen pengelupasan lembut. Hanya tambahkan gula dengan madu, air biasa atau minyak zaitun dan boleh dijadikan skrub muka.

Kamomil

Teh kamomil membantu mengurangkan keradangan dari jerawat. Ia disapu pada jerawat atau ekstrak serbuk teh kamomil ini disapu pada jerawat dengan bebola kapas.

Strawberi + madu

Strawberi kaya akan asid salisilat yang membantu epidermis kulit untuk membuang selnya dengan lebih mudah, membuka pori-pori yang tersumbat, meneutralkan bakteria dan membantu pertumbuhan sel kulit baru.

Cara penyediaan: 3 biji strawberi segar dan dua sudu teh madu yang baik dicampurkan dan dijadikan pes untuk masker wajah.

Lemon

Lemon bertindak sebagai agen pengelupasan, pembasmi kuman dan pencerah kulit untuk mengurangkan penampilan jerawat dan parut baru. Lap dengan bebola kapas atau kapas yang dicelupkan ke dalam jus lemon di permukaan kulit wajah, kemudian bilas dengan air sejuk.

Jus lemon berfungsi sebagai pembasmi kuman. Ia akan membunuh bakteria penyebab jerawat. Jus lemon juga dapat merangsang peredaran ke kulit yang akan mendapatkan nutrien penting dari badan untuk membantu memerangi jerawat.

Kulit pisang

Ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai lutein, salah satu antioksidan kuat yang dapat mengurangkan pembengkakan dan keradangan, dan membantu pertumbuhan sel kulit.

Gel lidah buaya

Komponen aktif dalam lidah buaya khususnya gel lidah buaya mempunyai sifat antibakteria dan bahan menenangkan yang berfungsi sebagai anti-radang yang mengurangkan kemerahan dan pembengkakan jerawat.

Juga dikenali sebagai aloe vera, keluarkan gel yang mencukupi untuk digunakan pada kawasan yang berjerawat.

Bawang putih

Bahan yang biasa digunakan untuk memasak ini dianggap sebagai ubat semula jadi yang baik untuk jerawat kerana sifat antibakteria yang tinggi. Ambil 2-3 ulas bawang putih dan dikisar dalam air secukupnya untuk menghasilkan pes yang boleh diletakkan pada kawasan muka berjerawat.

Oat

Oat yang direndam atau dimasak boleh digunakan sebagai masker muka, yang dapat mengurangkan keradangan dan kemerahan dengan jerawat. Satu hidangan oatmeal, air dan dua sudu madu diperlukan.

Kesimpulan

Penggunaan produk penjagaan diri, gaya hidup yang sihat dan amalan petua tradisional merupakan antara cara hilangkan jerawat pasir dan parut yang boleh diamalkan. Hal ini bergantung kepada kos perbelanjaan dan kemampuan masing-masing.

Namun, harus diingatkan bahawa masalah kulit boleh menjadi fenomena kulit yang normal sehinggalah menjadi isu kronik seperti masalah acne berbahaya. Sentiasa dapatkan khidmat nasihat yang profesional di samping menjaga penjagaan diri yang baik. Jemput juga baca artikel punca jerawat badan dan tips hilangkan parut jerawat

Rujukan

  1. Draelos, Z. D. (2006). The effect of a daily facial cleanser for normal to oily skin on the skin barrier of subjects with acne. Cutis78(1 Suppl), 34. (link)
  2. Ravisankar, P., Koushik, O. S., Himaja, V., Ramesh, J., & Pragna, P. (2015). Acne-Causes and Amazing Remedial Measures for Acne. Journal of Pharm Research5(07). (link)

Penulis: Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof

Menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kimia (persekitaran dan kimia polimer) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut menerima ijazah sarjana sains kimia (mod penyelidikan) dan ijazah sarjana muda sains forensik dari universiti yang sama.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.