Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Ketahui Perbezaan Antara Guna Sebelum dan Baik Sebelum Di Pek Makanan

Makanan yang hendak dibeli, perlulah diperiksa terlebih dahulu tarikh luput makanan tersebut. Itu adalah tindakan pertama sebelum kita membeli makanan…

KesihatanDikemas kini 22 November 2019oleh aqirah
Perbezaan maksud antara label Guna Sebelum dan Baik Sebelum pada pek makanan

Ringkasan Ringkas

  • 'Guna Sebelum' bermaksud makanan tidak lagi mengekalkan kualiti selepas tarikh tersebut dan berisiko kesihatan jika dimakan.
  • Label 'Guna Sebelum' selalunya digunakan pada produk mudah rosak seperti susu, yogurt, produk telur dan jus buah.
  • 'Baik Sebelum' merujuk tarikh terakhir produk mengekalkan kualiti terbaik selagi disimpan mengikut syarat dan tidak dibuka.
  • Selepas tarikh 'Baik Sebelum', makanan mungkin masih selamat dimakan tetapi kualitinya seperti rasa atau tekstur mungkin merosot.

Makanan yang hendak dibeli, perlulah diperiksa terlebih dahulu tarikh luput makanan tersebut. Itu adalah tindakan pertama sebelum kita membeli makanan yang berpek. Jika tidak, kita akan mendapat keracunan makanan jika makanan tersebut telah melebihi tarikh luput.

Tetapi, adakah anda perasan bahawa ada dua jenis pek makanan yang tertulis ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’. Kedua-dua ayat ini ada maksudnya yang tersendiri. Kita fikir bahawa ia adalah dua benda yang sama.

Apakah perbezaan antara ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai perbezaan antara ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Perbezaan antara ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’

GUNA SEBELUM

perbezaan guna sebelum dan baik sebelum

Imej via Facebook

◾ Selepas tarikh yang dinyatakan, makanan tersebut tidak lagi mengekalkan ciri-ciri kualitinya walaupun disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang telah ditetapkan.

◾Selalunya label ini digunakan pada produk yang mudah rosak seperti; susu, yogurt, produk telur dan jus buah. Antara perubahan yang dapat dilihat pada makanan ialah berkulat, tengik, masam atau basi.

◾Sekiranya produk telah melebihi tarikh yang dinyatakan, makanan itu tidak boleh dimakan atau dijual kerana boleh menimbulkan masalah risiko kesihatan apabila dimakan.

BAIK SEBELUM

perbezaan guna sebelum dan baik sebelum

Imej via Facebook

◾Tarikh terakhir produk tersebut mampu mengekalkan sifat kualitinya pada tahap terbaik, selagi ia disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan dan tidak dibuka.

◾ Selepas tarikh tersebut, produk mungkin masih selamat dimakan, tetapi kualitinya merosot. Contohnya perubahan warna, rasa, tekstur, atau tersirat seperti kesegaran makanan.

◾ Kemerosotan kualiti yang berlaku selepas tarikh tersebut, tetapi makanan masih boleh dimakan, dengan syarat makanan tersebut masih elok dan selamat untuk dimakan.

*Jadi, sekarang kita sudah tahu perbezaan antara ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’. Selepas ini, jika nampak ayat ini di pek makanan, kita sudah tahu berapa lama kita boleh menyimpannya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.