Jom ketahui jenis-jenis alergik yang mungkin anda tidak perasan.

Alergik atau alahan bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana alahan yang teruk boleh menyebabkan kematian. Terkejut bukan! Alergik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walau pun tiada sejarah dalam keluarga menunjukkan ada ahli keluarga yang lain mengalami alahan yang sama.

Malah alahan boleh berlaku sejak bayi atau muncul secara tiba-tiba sama ada semasa remaja atau semasa sudah meningkat dewasa. Jom lihat dan baca perkongsi tentang alergik dengan fokus kepada apakah jenis-jenis alergik dan rawatan serta petua untuk mengatasinya.

jenis-jenis alergik

Sumber: Cleanhero

Alahan kepada makanan

Ini adalah alergik yang paling popular dan diketahui oleh masyarakat di seluruh dunia. Ada orang yang alah kepada sesejenis makanan dan langsung tidak boleh mengambil makanan yang mempunyai kandungan bahan tersebut. Di antara makanan yang selalu menyebabkan alergik ialah makanan laut dan kekacang. Jika termakan tanpa sengaja, individu tersebut mungkin akan mengalami:

  • Gatal-gatal
  • Bengkak pada bibir, mata, muka, dan bahagian tubuh badan yang lain
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Berdebar-debar
  • Berpeluh dengan banyak

Jika anda disahkan mempunyai alahan kepada sesejenis makanan, elakkan daripada makan makanan tersebut agar tidak mengalami komplikasi yang tidak diingini.

Alahan kepada habuk

Jenis alergik yang seterusnya ialah alahan kepada habuk. Bagi kita manusia yang normal. Kehadiran habuk di sekeliling rumah, pejabat, atau di kawasan luar adalah sesuatu yang normal dan tidak akan menjejaskan kita dari apa segi sekali pun. Namun  bagi mereka yang alah kepada habuk, jika mereka berada dalam psersekitaran yang berhabuk, mereka akan mula mengalami keadaan berikut:

  • Gatal-gatal
  • Mata menjadi merah
  • Bersin
  • Selsema
  • Batuk
  • Sesak nafas

Oleh itu, jika anda mempunyai alahan kepada habuk sila elakkan diri daripada berada dalam persekitaran yang berhabuk kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda. Jika anda terpaksa berada di tempat berkenaan, pastikan anda menutup mulut dan hidung dengan topeng muka dan pastikan anda memakai baju lengan panjang dan seluar panjang bagi mengurangkan interaksi di antara kulit anda dengan habuk yang ada di situ.

Alahan kepada cuaca sejuk atau cold urticaria

Anda mungkin tidak pernah mendengar tentang jenis alahan yang ini kerana ianya agak jarang berlaku di Malaysia di mana cuaca kita tidak mempunyai 4 musim. Alahan ini biasa berlaku kepada penduduk yang tinggal di negara 4 musim di mana suhu menjadi terlalu sejuk apabila musim sejuk tiba. Bagi individu yang mengalami alahan jenis ini, di antara simptom yang akan dialami ialah:

  • Kulit menjadi merah
  • Naik ruam di kulit
  • Pening kepala
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
jenis-jenis alergik

Sumber: Remaja

Bagi individu yang mengalami alahan kepada cuaca sejuk, cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan cara memakai pakaian yang tebal semasa musim sejuk agar kulit anda terlindung daripada cuaca sejuk yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Alahan kepada binatang perliharaan

Jenis alergik yang seterusnya ialah alahan kepada binatang perliharaan. Bagi individu yang mengalami alahan jenis ini, mereka tidak boleh berada berdekatan dengan binatang perliharaan terutamanya yang berbulu seperti kucing dan anjing. Malah bagi mereka yang mempunyai alahan kronik, mereka tidak boleh berada dalam bilik yang pernah dimasuki oleh binatang perliharaan walau pun pada masa itu binatang tersebut sudah tidak berada di sana. Di antara simptom yang akan dialami jika berada dekat dengan binatang perliharaan ialah:

  • Gatal dan kemerahan pada kulit
  • Mata menjadi merah
  • Bersin
  • Selsema
  • Batuk
  • Muntah
  • Sesak nafas

Bagi mereka yang mempunyai alahan kepada binatang perliharaan, cara yang terbaik ialah untuk menjauhkan diri daripada sebarang binatang perliharaan. Jika anda mengunjungi rumah saudara atau kenalan, tanya dahulu jika mereka mempunyai binatang perliharaan dan jika ada, maklumkan bahawa anda mengalami alahan tersebut dan minta mereka untuk menempatkan binatang perliharaan di bilik lain dan bukannya membiarkan ia berada sebilik dengan anda semasa di sana.

Alahan kepada gegaran atau geseran

Jenis alahan yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah alahan kepada gegaran atau getaran. Contoh getaran ialah menaiki motorsikal untuk tempoh masa yang lama. Manakala contoh geseran ialah geseran pakaian kepada kulit badan seperti geseran seluar kepada paha dan betis. Bagi mereka yang mengalami alahan kepada gegaran dan geseran, apa yang akan mereka alami jika berlakunya gegaran dan geseran ialah:

  • Kegatalan yang melampau pada bahagian yang mengalami getaran atau geseran
  • Kemerahan yang teruk pada bahagian yang berkenaan
  • Sakit kepala
  • Muntah
  • Berapa penat yang keterlaluan
  • Pengsan

Alahan kepada debunga

Jenis alergik yang seterusnya ialah alahan kepada debunga. Ini adalah alahan di mana seseorang tidak boleh berada dekat dengan sebarang tumbuhan yang berbunga atau jambangan bunga hidup kerana kehadiran debunga yang terdapat pada bunga itu akan menyebabkan dia mengalami keadaan buruk seperti:

  • Bersin
  • Batuk
  • Selsema
  • Sesak nafas
  • Merah mata
  • Kulit menjadi merah
  • Ruam
  • Sesak nafas
  • Akit kepala
  • Mual
  • Muntah

Jika anda alah kepada debunga, sila jauhkan diri daripada bunga. Jika anda menghadiri majlis yang mempunyai bunga hidup sebagai perhiasan, jangan lupa untuk membawa sapu tangan untuk menutup hidung dan mulut anda tanpa menyebabkan tuan majlis kecil hati.

jenis-jenis alergik

Sumber: 50grams

Itulah dia perkongsian tentang jenis-jenis alergik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang alahan ibu mengandung dan kebaikan tomato untuk kulit.

Sumber: Iluminasi

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.