Tiada yang jagakan si kecil apabila hendak pergi memasak? Mengemas rumah? Bertukang? Bagi para ibu bapa yang sudah biasa, mereka hamparkan je pelbagai jenis objek di hadapan si kecil. Sudah tentu mereka akan tertarik, tidak jadi hendak menangis apabila ditinggalkan sebentar.

Macam syurga mainan, terpancar kegembiraan pada riak wajah si kecil. Memang tidak salah cara ini, membiarkan mereka leka bermain-main dengan objek yang bermacam bentuk, rupa dan saiz, akan tetapi pemantauan dari si ibu atau si bapa adalah perlu dari semasa ke semasa.

Ini kerana, khuatir nanti tiba-tiba ada objek di dalam hidung anak, samada mainan ataupun mana-mana objek yang mereka jumpa tanpa kita sedar. Di sini, kami ingin kongsikan artikel seorang pakar ENT, Dr. Ezairy M.Sallih mengenai bahayanya objek jika termasuk ke dalam hidung si kecil.

objek
Imej via Lego

Bagaimana Objek Termasuk Ke Dalam Hidung Mengundang Bahaya?

objek
Imej via OFWs

Suatu hari nanti anda mungkin akan berhadapan dengan situasi seperti ini. Saya kongsikan mengapa keadaan ini perlu diberi perhatian.

Lihat 5 perkara di bawah. Jangan dibuat main.

1. Jangkitan pada kawasan rongga hidung boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kawasan sekitar seperti rongga sinus.

2. Pembengkakan dan masalah pada struktur mata juga boleh berlaku jika jangkitan lewat dirawat.

3. Untuk kes yang lebih teruk, jangkitan ke bahagian otak juga boleh berlaku. Kawasan hidung termasuk di dalam kawasan ‘dangerous area of the face’ di mana jangkitan mudah merebak ke ‘cavernous sinus’ dan bahagian otak.

4. Berisiko untuk tertelan atau tersedut ke rongga pernafasan. Yang ini bahaya!

5. Sekiranya objek adalah bersifat menghakis seperti bateri, risiko jangkitan dan kerosakan lebih teruk pada hidung adalah lebih tinggi. Jangan biar lama di rumah.

Semua perkara di atas boleh berlaku kepada anak-anak kita.

*Si kecil hanya tahu bermain, tidak tahu apa-apa. Jadi, jangan lupa share infonya ya untuk perhatian si ibu dan si bapa di luar sana!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.