Berak berdarah selalunya memberi anggapan yang kita ada masalah pada saluran pencernaan. Namun kadangkala kita sendiri pun tidak menyedari keadaan tersebut kerana darah yang keluar terlalu sedikit. Sekiranya anda mengalami buang air besar berdarah, biasanya anda tidak menyedarinya malah ia juga tidak menunjukkan sebarang gejala.

Namun ada sebahagian yang mengalami muntah, sakit perut, badan lemah, kesukaran bernafas, cirit birit, jantung berdebar, pitam dan kehilangan berat badan. Jumlah darah yang keluar bergantung kepada berapa teruk keadaan tersebut.

Itu jika orang dewasa yang mengalami berak berdarah. Bayangkan jika bayi anda mengalami berak berdarah. Kesian kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain menangis. Kita juga sebagai ibu bapa akan rasa pening dan risau kerana bayi tidak berak beberapa hari.

Apakah simpton-simpton jika bayi mengalami berak berdarah?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai simpton bayi mengalami berak berdarah. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Simpton-simpton bayi berak berdarah

simpton bayi berak berdarah
Image via Facebook

Pendarahan ketika berak juga boleh disebabkan oleh infeksi dan kelukaan di dinding usus. Manakala untuk penyakit yang serius pula ialah kanser usus dan sebagainya.

Berikut Cara Mengenalpasti Bayi Berak Berdarah :

1. Lihat warna tahi. Jika warna tahinya agak kehitaman, bermakna ada masalah di bahagian saluran penghadaman atas. Warna kehitaman disebabkan campuran dengan asid perut. Jika warna tahinya merah segar, masalah ini mengarahkan pasa saluran penghadaman bahagian bawah.

2. Jika darah bercampur najis dan menitis membuatkan bayi menangis kesakitan, bermakna adanya luka atau pedih pada anus kerana terluka akibat najis yang keras.

3. Jika tahi bayi anda berwarna hitam gelap, ia mengarah kepada ‘melena’, terdapat perdarahan di usus.

4. Bayi berak berdarah juga boleh disebabkan infeksi saluran penghadaman, disertai dengan demam dan diare.

5. Jika bayi anda sukar membuang air besar atau berak, sembelit, besar kemungkinan juga bayi anda kurang serat, sehingga cenderung sukar untuk mengeluarkan kotorannya.

6. Jika anak anda masih bayi dan masih menyusu badan, kemungkinan potensi untuk bayi anda berak berdarah lebih kecil berbanding bayi yang diberikan susu formula.

7. Perhatikan masalah makanan, jangan sampai kekurangan serat dan cecair. Bagi bayi yang bergantung pada susu formula, kurangi jumlah susu formulanya dengan tetap menambahkan jumlah air yang sama.

8. Sekiranya bayi berak berdarah disertai dengan perut kembung dan perut nampak buncit, mengeras, kemungkinan ada masalah pada saluran penghadamannya.

*Berikut adalah simpton-simpton bayi berak berdarah. Jika terdapat simpton-simpton berikut pada bayi anda, cepat bawa mereka ke klinik atau hospital. Sebagai ibu bapa, perasaan risau dan takut tidak boleh lari lagi dalam diri jika anak sakit. Itu adalah perasaan normal kerana ia tanda kasih sayang kepada anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.