21 Tanda Kencing Tak Lawas Yang Ramai Orang Tak Sedar
Sejak kebelakangan ni rasa macam ada something wrong tiap kali ke tandas untuk buang air kecil. Tertanya-tanya, ada masalah serius ke? Selalu dengar orang…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Sejak kebelakangan ni rasa macam ada something wrong tiap kali ke tandas untuk buang air kecil. Tertanya-tanya, ada masalah serius ke? Selalu dengar orang bercakap pasal kencing tak lawas. Rasa macam dah terkena jangkitan, tapi betul ke? Atau sebenarnya penyakit lain? Anda tak pasti sama ada keadaan anda sekarang adalah masalah kencing tak lawas atau tidak? Jom kami kongsikan tanda-tanda, simptom, dan gejala kencing tak lawas untuk panduan anda.

Sumber Gambar: Quranicgen
1. Rasa tak puas
Jika anda mengalami masalah kencing tak lawas, anda akan berasa tak puas setiap kali membuang air kecil. Anda duduk lama di mangkuk tandas, tapi bila bangun, tetap rasa tak puas.
2. Pundi kencing tak mengosong
Adakah anda merasakan bahawa pundi kencing tidak mengosong setiap kali membuang air kecil? Selepas membuang air pundi kencing masih terasa penuh.
3. Rasa terdesak untuk membuang air kecil
Anda baru sahaja membuang air kecil. Tak lama kemudian, anda rasa perlu membuang air kecil semula dan anda berlari ke tandas kerana pundi kencing dah terlalu penuh. Seolah-olah sudah berjam-jam anda menahan kencing. Anda sangat terdesak untuk membuang air kecil, dan ianya tidak normal.

Sumber Gambar: Stillunfold
4. Terlalu kerap membuang air kecil
Anda akan membuang air kecil dengan sangat kerap sehingga mengganggu urusan harian.
5. Kekerapan membuang air kecil semakin kronik pada waktu malam
Apabila malam menjelma, anda akan semakin kerap membuang air kecil sehingga terpaksa bangun berkali-kali semasa tidur.
6. Air kencing meleleh keluar
Jika anda mengalami masalah kencing tak lawas, anda akan perasan berlakunya lelehan air kencing yang sedikit tapi berpanjangan sehingga boleh menyebabkan seluar dalam anda basah.
7. Susah untuk membuang air kecil
Ini adalah keadaan di mana anda sudah duduk di mangkuk tandas tetapi air kencing tidak terus keluar walau pun anda rasa sangat mahu membuang air kecil. Anda mengambil masa untuk memulakan pengeluaran air kencing.
8. Aliran air kencing yang lemah, perlahan dan sekejap
Pesakit kencing tak lawas akan menghadapi keadaan aliran air kencing yang lemah, perlahan dan sekejap. Tidak sama dengan mereka yang sihat.
9. Aliran kencing terhenti dan bermula semula
Perhatikan aliran air kencing anda semasa membuang air kecil. Jika anda mendapati bahawa aliran yang keluar terhenti secara tiba-tiba, dan kemudian bermula semula, ia adalah salah satu tanda anda mempunyai masalah kencing tak lawas.
10. Terkencing
Anda mungkin sedang mengalami masalah kencing tak lawas jika anda tiba-tiba terkencing tanpa sengaja. Ia adalah keadaan di mana anda tidak dapat mengawal aliran air kencing. Anda mungkin terkencing semasa membuat kerja atau pun semasa tidur.
11. Sakit dan tidak selesa semasa membuang air kecil
Tanda kencing tak lawas yang seterusnya ialah rasa sakit dan tidak selesa semasa membuang air kecil. Anda akan berasa:
- Pedih dalam kemaluan semasa air kencing keluar
- Kekejangan atau pedih pada bawah punggung
- Kekejangan atau pedih pada perut

Sumber Gambar: Shutterstock
12. Air kencing keruh
Pesakit kencing tak lawas akan mengeluarkan air kencing yang keruh. Ianya tidak sama dengan air kencing mereka yang normal.
13. Air kencing berbuih
Perhatikan air kencing anda di dalam mangkuk tandas. Air kencing yang normal tidak akan berbuih. Sekiranya air kencing anda berbuih, ia adalah tanda bahawa anda sememangnya mengalami masalah kencing tak lawas.
14. Air kencing berbau kuat
Pesakit kencing tak lawas akan mendapati air kencing mereka berbau dengan lebih kuat berbanding biasa.
15. Tidak selesa pada vagina
Sekiranya anda mengalami masalah kencing tak lawas disebabkan oleh prolaps pundi kencing, anda akan berasa seperti terdapat benda asing didalam vagina. Benda asing tersebut ialah tisu pundi kencing yang telah jatuh ke bawah dan memasuki vagina anda. Apa yang paling ketara, perasaan ini akan hilang apabila anda baring.

Sumber Gambar: Desir
16. Air kencing berdarah
Air kencing anda akan bercampur dengan darah sekiranya anda menghadapi masalah kencing tak lawas disebabkan oleh penyakit kanser prostat.
17. Sakit pada bahagian ari-ari
Bagi kaum wanita, anda akan mula terasa sakit pada ari-ari.
18. Sakit belakang
Kencing tak lawas biasanya datang sekali dengan pakej sakit belakang . Ia mengganggu saraf lalu menyebabkan belakang anda berasa sakit
19. Bengkak prostat
Bagi kaum lelaki, prostat anda akan membesar dan membengkak.
20. Rasa tidak selesa dan kekejangan pada bawah abdomen
Tanda kencing tak lawas yang seterusnya ialah rasa tidak selesa dan kekejangan pada bahagian bawah abdomen. Anda bukannya berasa sakit, cuma tak selesa dan kejang sahaja.
21. Demam
Sesetengah orang akan mengalami demam apabila mendapat masalah kencing tak lawas. Ini berlaku kerana badan sedang bekerja keras untuk melawan jangkitan yang menjadi punca berlakunya kencing tak lawas yang sedang anda hadapi.

Sumber Gambar: Thehealthsite
Itulah dia 21 tanda-tanda kencing tak lawas yang boleh menjadi panduan untuk anda membuat penilaian, sama ada anda mempunyai masalah kencing tak lawas atau tidak. Anda mengalami kebanyakan simptom di atas? Jangan berlengah. Segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari doktor yang bertauliah.