Pernah tak anda lalui situasi berikut? Anda pergi ke klinik akibat pening kepala untuk medapatkan rawatan daripada doktor. Semasa konsultasi, doktor bertanya soalan ini kepada anda: Anda sakit kepala atau pening kepala? Kalau pening kepala, anda pening yang macam mana? Anda pun tak tahu nak jawab macam mana. Pening kepala dibuatnya nak memikir jawapan yang betul

Yang sebenarnya, ada beberapa jenis penyakit pening kepala. Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan 10 jenis sakit kepala untuk pengetahuan anda. Lepas ni, kalau doktor bertanyakan soalan yang sama, andatak perlu berasa pening untuk mencari jawapan. Dengan pebuh yakin anda boleh bagitahu kepada doktor anda sedang mengalami pening kepala jenis yang mana.

jenis pening kepala

Sumber: Harvard

1. Migrain

Migrain merupakan jenis pening kepala yang paling kerap dialami oleh rakyat Malaysia. Migrain adalah pening kepala yang paling menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk hilang. Macam mana untuk mengetahui sama ada anda pening kepala disebabkan oleh migrain? Apabila diserang migrain, anda akan merasa kesakitan pada sebelah kepala sahaja. Bukannya seluruh kepala.

Sama ada anda akan sakit di belah kanan kepala, sakit di bahagian kiri kepala, depan atau belakang kepala. Sakit yang anda alami akan fokus pada bahagian tersebut. Migrain dikategorikan sebagai penyakit keturunan yang boleh diwarisi.

Bagi sesetetengah pesakit migrain, apabila diserang migrain anda bukan sahaja akan mengalami sakit kepala yang terlalu menyakitkan, malah anda juga akan mengalami simptom berikut:

  • Loya-loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sensitif kepada bau
  • Sensitif kepada bunyi
  • Sensiti kepada cahaya
  • Sensitif kepada persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk

2. Tension Headache

Jnis pening kedua ialah pening kepala disebabkan oleh tension atau tekanan perasaan. Seperti migrain, pening kepala disebabkan oleh tension juga merupakan penyakit pening kepala yang sering dialami oleh rakyat Malaysia memandangkan gaya hidup kita dewasa ini memang memenatkan dan sukar untuk mengelak daripada terkena tekanan perasaan.

Bagaimana pening kepala akibat tension berlaku? Apabila anda mengalami tekanan perasaan, urat-urat di kepala dan leher anda akan menjadi tegang lalu menyebabkan peredaran darah ke kepala anda berlaku dengan terlalu cepat, Urat di kepala anda akan mengembang dan mengecut dengan kadar yang terlalu laju lalu menyebabkan anda berasa sakit dari bahagian atas kepala sehingga belakang leher.

Di antara perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami pening kepala akibat tension ialah:

  • Terlalu penat
  • Stress
  • Terlalu banyak berfikir
  • Tekanan fizikal
  • Tekanan emosi

3. Caffein withdrawal headache atau mabuk kopi

Tahukah anda, pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyebabkan anda mendapat pening kepala. Apabila terlalu banyak kafein masuk ke dalam sistem badan anda, saluran darah anda akan menjadi tertekan lalu menyebabkan urat di kepala anda berdenyut dengan terlalu laju lalu menyebabkan anda mengalami sakit kepala.

Cara untuk mengelakkan pening kepala disebabkan oleh caffein withdrawal ialah dengan menghadkan pengambilan kafein dalam diet harian anda. Satu cawan kopi setiap hari sudah memadai.

jenis pening kepala

Sumber: Medicalnewstoday

4. Temporomandibular joint headache

Jenis pening kepala yang seterusnya ialah temporomandibular joint headahce atau pun sakit kepala yang berlaku disebabkan oleh pengecutan otot pada dahi dan rahang. Ia biasanya berlaku kerana rahang anda terkeluar daripada jajaran yang sepatutnya dan ada bunyi klik semasa anda menggerakkan rahang.

5. Masalah sistem pencernaan

Jika anda mengalami sakit kepala seperti dicucuk di seluruh dahi dan tertumpu pada kawasan mata, kemungkinan besar anda mengalami pening kepala disebabkan oleh masalah sistem pencernaan. Jenis pening kepala yang ini sering dialami mereka yang:

  • Tidak mengamalkan diet seimbang
  • Keracunan makanan
  • Alahan kepada makanan
  • Alahan kepada bahan perasa seperti ajinomoto
  • Terlalu lapar

6. Giant cell arteritis headache

Jenis sakit kepala yang bergelar giant cell arteritis berlaku kerana keradangan pada lapisan dalam arteri di kepala dan dahi. Di antara simptom pening kepala jenis ini ialah:

  • Sakit kepala
  • Kulit kepala terasa lembut
  • Sakit rahang
  • Penglihatan menjadi kabur

Pening kepala jenis ini adalah sangat merbahaya kerana jika anda tidak mendapatkan rawatan, anda boleh kehilangan penglihatan dan mengalami strok.

7. Cluster headache

Jenis pening kepala yang digelar cluster headache boleh menyerang anda selama 10 minit hingga berjam-jam lamanya. Di antara simptomnya ialah:

  • Sakit di bahagian mata
  • Mata berair
  • Muka menjadi sembab
  • Hidung tersumbat

Sakit kepala jenis ini lebih kerap menyerang lelaki berbanding perempuan.

8. Alahan

Tahukah anda,alahan juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Simptom sakit kepala disebabkan oleh alahan adalah:

  • Sakit kepala
  • Gatal hidung
  • Mata berair
  • Sakit kerongkong
  • Pening kepala

9. Sinus

Anda juga boleh sakit kepala disebabkan oleh masalah sinus. Sakit kepala jenis ini akan menyerang bahagian:

  • Hadapan dahi
  • Tulang hidung
  • Bawah mata

10. Sensitif

Akhir sekali, anda juga boleh mengalami sakit kepala disebabkan oleh sensitif kepada cahaya yang terlalu terang atau bunyi yang terlalu kuat. Anda akan merasakan kepala anda bersenyut-denyut seolah-olah ditekan.

Itulah dia 10 jenis pening kepala yang biasa berlaku di Malaysia. Apa yang anda boleh buat untuk mengelakkan daripada diserang sakit kepala? Anda boleh mengelakkan sakit kepala dengan cara:

  • Mengurangkan stress
  • Elakkan kawasan yang terlalu sesak
  • Elakkan berada di kawasan yang terlalu bising
  • Elakkan berada di kawasan yang terlalu terang
  • Kawal pengambilan kopi
jenis pening kepala

Sumber: Gavric

Jika anda sakit kepala yang berpanjangan, sila dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera. Semoga perkongsian kami pada kali ini bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang Influenza A, sakit jantung, dan simptom sakit buah pinggang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.