Kita sering mendengar mengenai ‘anxiety disorder’ dihidap oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Akan tetapi, tahukah kita apa itu Gangguan Kecemasan atau ‘Anxiety Disorder?’ Gangguan Kecemasan merupakan salah satu penyakit gangguan mental. Ianya berbeza bagi setiap orang bergantung kepada tahap mental masing-masing.

imej via google

Penyakit ini akan menjadi berbahaya jika tidak dibendung atau dikawal dengan lebih awal. Setiap individu mestilah mengetahui simptom-simptom penyakit ini agar ianya dapat dikawal. Mari kita lihat perkongsian menarik daripada Puan Nora Zyan mengenai simptom ‘anxiety disorder’.

Antara simptom tersebut ialah:

1.Gangguan Sebelum Tidur. 

  • Sebelum mahu memejamkan mata, selalu terfikir akan sesuatu hal yang sangat remeh menyebabkan sukar untuk tidur.
  • Contoh ; Lupa buang sampah di dapur. Bagi orang yang normal, buang esok pagi pun tidak menjadi masalah, tetapi bagi penghidap anxiety disorder, ini menganggu fikiran mereka seperti nanti sampah dihurung semut, rumah berbau dan sebagainya.

2. Kerisauan Yang Melampau 

  • Kerisauan itu terjadi tanpa sebab atau atas sebab yang sangat remeh. 
  • Contoh ; Anda dimaklumkan untuk menukar kad ATM dengan kadar segera. Pada anda kadar segera tu bermaksud saat itu juga, jika lambat nanti pasti didenda atau sebagainya.

3. Gangguan Pencernaan.

  • Ketika anda rasa sangat cemas, anda akan mengalami beberapa perkara seperti sakit perut, “cramp”, sembelit dan lain lain yang berkaitan dengan proses pencernaan.
  • Contoh ; Anda dipanggil untuk sesi temuduga dan saat giliran anda dipanggil semakin hampir, perasaan cemas hadir dan dalam masa yang sama juga tiba-tiba anda berasa sakit perut yang teramat sangat (terasa angin dan gas berlebihan).

4. Sesak Nafas. 

  • Anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba apabila terfikirkan sesuatu perkara negatif yang belum pun berlaku.
  • Contoh ; Anda dan rakan berkhemah di dalam hutan. Saat anda telah berada di hutan, tiba-tiba anda sesak nafas tanpa sebab kerana terlalu memikirkan perkara yang negatif seperti serangan haiwan liar, hantu atau apa sahaja fikiran negatif lain.

5. Merasa Rendah Diri yang Melampau.

  • Anda selalu rasa tidak yakin dan memandang rendah dengan diri anda sendiri.
  • Contoh ; Apabila anda diberi peluang untuk menjadi ketua dalam sesuatu pasukan, anda akan mengatakan anda tidak layak padahal orang lain nampak potensi diri anda.

*Dengan perkongsian ini, diharapakan ianya dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua pembaca di luar sana agar mengambil langkah-langkah untuk mengawal ‘Anxiety Disorder’ ini supaya tidak keterlaluan.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.