Tidak kira anda sedang berusaha untuk mengandung atau sedang merancang untuk tidak mengandung, mengetahui waktu subur adalah sangat penting dalam sebuah perkahwinan.
Mengetahui waktu subur adalah mudah sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang normal, namun akan sedikit susah sekiranya haid anda tidak menentu. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan berkongsi cara mengenali waktu subur wanita supaya mudah bagi anda merancang kehamilan.
Waktu subur atau tempoh ovulasi adalah satu tempoh masa di mana berlakunya proses pengeluaran sel telur atau ovum dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio. Ovum ini bersedia untuk disenyawakan.
Jika berlaku proses persenyawaan, wanita tersebut akan mengandung. Jika sperma boleh bertahan selama 7 hari dalam vagina seorang wanita, sel telur atau ovum hanya mampu bertahan selama 24 jam sahaj setelah dikeluarkan. Oleh itu, merancang kehamilan adalah sangat berkait rapat dengan mengetahui waktu subur.
Secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa bagi setiap wanita adalah selama 28 sehingga 30 hari dalam setiap kitaran. Hari pertama darah haid anda keluar adalah hari pertama dalam kitaran haid tersebut. Untuk mengetahui berapakah bilangan hari dalam kitaran haid anda, anda perlu mencatat tarikh hair pertama anda datang haid pada setiap bulan.
Dari catatan tarikh tersebut, anda akan mengetahui jumlah harinya. Sekiranya haid bulan seterusnya datang pada hari ke-28, maka anda mempunyai kitaran haid yang normal iaiatu setiap 28 hari.
Untuk mengetahui bilakah waktu subur anda, anda boleh membahagikan jumlah bilangan hari dalam kitaran haid anda kepada dua. Sebagai contoh, jika kitaran haid anda adalah 28 hari, bahagikan 28 kepada dua. Anda akan mendapat 14.
Maka, waktu subur anda dengan kitaran haid 28 hari adalah pada hari ke 13 hingga hari ke 15 dalam kitaran haid anda. Sebagai contoh, jika hari pertama anda datang bulan ialah pada 1 Mei, maka waktu subur anda untuk kitaran tersebut adalah pada 13 sehingga 15 Mei.
Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, pastikan anda bersama suami pada tiga tarikh tersebut supaya tidak terlepas peluang untuk mengandung. Sekiranya anda sedang meracang untuk tidak mengandung, anda boleh elakkan daripada bersama pada tarikh tersebut atau gunakan kondom semasa bersama.
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur, menentukan waktu subur adalah agak rumit dan mungkin ianya tidak tepat. Bagi mendapatkan jumlah hari dalam kitaran haid anda, apa yang perlu dilakukan ialah catat kitaran haid anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan yang terkini. Lebih lama tempohnya, adalah lebih baik.
Contoh catatan yang boleh anda lakukan ialah:
Daripada catatan anda, dapatkan kitaran terpanjang dan kitaran terpendek. Bagi contoh catatan di atas, kitaran yang terpanjang ialah 44 hari manakala kitaran yang terpendek ialah 25 hari. Daripada kitaran terpanjang dan kitaran terpendek tadi, anda boleh teruskan dengan membuat pengiraan dengan cara yang berikut:
Dalam zaman moden yang serba canggih ini, anda tidak perlu lagi mengira waktu subur anda secara manual. Anda boleh gunakan kalendar kehamilan atau aplikasi dalam telefon bimbit yang sangat mudah.
Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan tarikh pertama anda datang haid, dan applikasi tersebut akan menghitung waktu subur untuk anda. Di antara aplikasi waktu subur yang paling mudah untuk digunakan dengan kiraan yang tepat bagi pengguna Iphone adalah:
Bagi pengguna android, anda boleh memuat turun aplikasi mengira waktu subur yang paling mudah untuk digunakan dengan kiraan yang tepat seperti senarai berikut:
Itulah dia info tentang cara kira waktu subur wanita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang perbezaan darah haid dan istihadah