Cirit birit atau diarrhea sangat menyiksakan. Naik lembik badan asyik berulang-alik ke tandas. Perut jadi kembung. Nak makan pun tak boleh. Tiap kali ada makanan masuk ke dalam perut, terus akan keluar semula. Lagi kasihan kalau anak kecil yang terkena cirit birit. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengetahui apakah punca cirit birit supaya dapat dielakkan dengan sebaiknya.

punca cirit birit
Sumber: Webmd

Apakah yang dimaksudkan dengan cirit birit?

Cirit birit adalah keadaan di mana anda membuang air besar dengan lebih banyak dan kerap berbanding biasa. Najis anda juka cair dan tidak normal. Cirit birit biasanya berlaku selama satu sehingga 4 bergantung kepada tahap keseriusan cirit birit yang dialami.

Cirit birit bukanlah penyakit yang merbahaya namun cirit birit serius yang tidak dirawat dan dibiarkan berterusan selama berhari-hari boleh meragut nyawa. Ini berlaku kerana:

  • Kekeringan air dalam badan
  • Kurang zat
  • Badan terlalu lemah
  • Imuniti yang menjunam turun

Apakah tanda cirit birit?

Biasanya jika anda mengalami cirirt birit, anda akan mengalam simptom-simptom berikut:

  • Najis cair daripada biasa
  • Sakit perut
  • Kejang perut
  • Kerap membuang air besar
  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Dehidrasi akibat terlalu banyak membuang air besar

Apakah punca cirit birit?

Anda pasti nak tahu apakah punca sebenar cirit birit. Yang sebenarnya cirit birit adalah sejenis jangkitan yang berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar. Jangkitan tersebut boleh berlaku dalam pelbagai cara seperti:

  • Memegang makanan dengan tangan kotor
  • Makan makanan yang telah tercemar dengan virus atau bakteria
  • Tidak membasuh tangan bersih selepas ke tandas dan menyentuh makanan
punca cirit birit
Sumber: Cdc

Selain pemakanan, minuman yang kotor dan tercemar juga adalah satu lagi punca cirit birit yang paling sering berlaku. Apabila anda minum air yang kotor dan tercemar, bakteria akan masuk ke dalam perut lalu menyebabkan berlakunya jangkitan cirit birit.

Keadaan tandas di rumah yang kotor juga boleh menjadi punca cirit birit. Ini kerana tandas yang kotor dan tidak dipam selepas penggunaan akan menjadi tempat pembiakan pelbagai bakteria, virus, dan parasit yang boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda menjaga kebersihan tandas di rumah.

Terdapat pelbagai bakteria, virus, dan parasit yang telah dikenal-pasti sebagai punca cirit birit. Di antaranya ialah:

  • Bakteria Salmonella
  • Bakteria Escherichia (E. coli)
  • Virus Norovirus
  • Virus Rotavirus
  • Parasit Giardia intestinalis

Bagaimana anda boleh mencegah cirit birit daripada berlaku?

Cirit birit boleh dicegah dengan cara meningkatkan kualiti dan cara hidup anda iaitu:

  • Membasuh tangan sebelum menyentuh makan.
  • Membasuh tangan selepas keluar dari tandas.
  • Menutup makanan dengan kemas supaya tidak dihinggapi lalat.
  • Tidak membiarkan makanan terdedah kepada udara sekeliling.
  • Pastikan tandas rumah berada dalam keadaan bersih setiap masa.
  • Minum air yang dimasak.
  • Gunakan penapis air sekiranya air di kawasan rumah anda terlalu kotor dan berkeladak.
  • Bersihkan permukaan yang anda gunakan untuk menyediakan makanan terutama sekali jika anda memproses daging mentah, ikan atau telur. Gunakan pencuci pembasmi kuman untuk membunuh kuman yang ada.
  • Bersihkan dapur selepas setiap kali memasak.
  • Basuh pinggang mangkuk sebaik sahaja selepas digunakan. Elakkan daripada membiarkan pinggan mangkuk kotor dalam sinki kerana boleh menyebabkan lalat datang dan hinggap di atasnya lalu menyebabkan jangkitan.
  • Simpan makanan yang mentah dan makanan yang sudah dimasak secara berasingan.
  • Simpan makanan yang sudah dimasak di dalam peti sejuk untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan menyebabkan pencemaran.
punca cirit birit
Sumber: Okezone

Apa yang boleh anda lakukan semasa cirit birit?

Jika anda atau orang tersayang terkena cirit birit, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan:

  • Minum dengan banyak supaya badan anda tidak kekeringan air. Kekeringan air dalam badan boleh menyebabkan maut.
  • Ambil larutan rehidrasi oral (ORS). Minuman ini berfungsi untuk menggantikan mineral dan garam yang hilang dari tubuh badan disebabkan oleh muntah dan cirit birit yang anda alami.
  • Makan dalam hidangan yang kecil dan ringan. Jangan makan dengan banyak sekali gus.
  • Elakkan makan makanan pedas, masin atau bergula kerana akan menyebabkan cirit birit anda semakin teruk.
  • Elakkan minum susu kerana akan menyebabkan anda kembung.
  • Jika bayi yang mengalami cirit birit, susukan bayi anda dengan kerap.
  • Jika cirit birit anda tidak hilang selepas dua atau tiga hari, berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Cirit birit boleh berjangkit. Itulah sebabnya kadang-kadang anda sekeluarga akan terkena cirit birit secara serentak. Untuk mengelakkan cirit birit daripada berjangkit kepada seluruh ahli keluarga, berikut adalah langkah berjaga-jaga yang boleh anda lakukan:

  • Jika anda mendapat cirit birit, elakkan daripada berkongsi kutleri, alat masakan, tuala dan barangan penjagaan peribadi lain seperti tuala muka dan span dengan ahli keluarga lain untuk mengelakkan jangkitan.
  • Jika anda cirit birit, jangan memasak untuk ahli keluarga yang sihat kerana dikhuatiri anda akan menyebabkan mereka terkena jangkitan.
  • Bersihkan tandas anda termasuk tempat duduk tandas setiap kali selepas anda membuang air besar agar bakteria, virus, dan parasit yang keluar dari badan anda tidak melekat dan berjangkit kepada pengguna tandas yang lain selepas anda.
  • Basuh tangan dengan cara yang betul setiap kali anda pergi ke tandas.
  • Tunggu sekurang-kurangnya 48 jam selepas tanda-tanda cirit birit hilang sebelum anda kembali bekerja atau ke sekolah.

Itulah dia punca cirit birit yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca migrain, punca resdung, dan punca senggugut

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.