Anak-anak selalu kelihatan letih dan tidak larat? Ibu bapa pasti risau akan kesihatan anak-anak kerana mereka kurang aktif berbanding kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas akan mula aktif dan ingin mencuba banyak perkara baru. Lebih-lebih lagi aktiviti yang melibatkan fizikal.

Pada awal permulaan, mungkin ibu bapa tidak ambil berat kenapa anak cepat letih dan tidak bermaya, tetapi jika dilihat dengan lebih teliti kemungkinan anak mempunyai penyakit Talasemia. Apa itu penyakit Talasemia?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta penyakit Talasemia. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Penyakit Talasemia

talasemia

Imej via says.com

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Jenis-jenis Talasemia

Talasemia Major – Pesakit Talasemia.

Talasemia Minor – pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat.

Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit Talasemia Major?

Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.

Tanda-tanda awal pada kanak-kanak

Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan.

Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah.

Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas.

Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice).

Kurang selera makan.

Kembung perut disebabkan oleh pembengkakkan hati dan limpa.

 Perubahan pada pembentukan tulang muka.

*Jika anak anda mempunyai tanda-tanda awal penyakit Talasemia seperti di atas, cepat-cepat pergi berjumpa doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Jika tidak dirawat awal kemungkinan penyakit Talasemia ini akan menjadi lebih teruk. Cuba dapatkan nasihat daripada doktor perubatan yang sah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.