Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Insulin Bukan Penyebab Kanser, Wajib Anda Tahu

Adalah insulin penyebab kanser? Jom ketahui info sebenar tentang insulin. Adakah insulin penyebab kanser? Ramai yang berpendapat bahawa insulin adalah…

KesihatanDikemas kini 26 Jun 2019oleh aqirah
Gambar berkaitan pengeluaran insulin untuk pesakit kencing manis

Ringkasan Ringkas

  • Insulin bersifat mitogenik (membantu pembentukan normal sel) dan bukan mutagenik (pembina sel tidak normal).
  • Kanser bukan disebabkan oleh kehadiran insulin, tetapi oleh suasana darah tinggi gula (hiperglisemia).
  • Kawalan gula yang tidak terkawal meningkatkan risiko penyakit lain seperti jangkitan kuman Tuberkulosis.
  • Pesakit disaranan mengikut nasihat doktor dan tidak perlu takut menggunakan insulin.

Adalah insulin penyebab kanser? Jom ketahui info sebenar tentang insulin.

Adakah insulin penyebab kanser? Ramai yang berpendapat bahawa insulin adalah salah satu penyebab kanser. Oleh yang demikian, ramai yang tidak mahu mengambil insulin kerana takut akan mendapat kanser.

Mari kami kongsikan info dari Dr. Suhazeli Abdullah mengenai insulin.

insulin

Image via Bidadari

Apakah Sifat Insulin?

Selain dari mengawal paras gula dalam badan, insulin juga bersifat mitogenik, iaitu membantu pembentukan normal sel-sel badan. Ianya bukan bersifat mutagenik, pembina sel-sel yang berkembang secara tidak normal sehingga menyebabkan kanser.

Jangan salah-faham dalam istilah ini. Kajian yang lebih berwasit telah pun dilakukan menunjukkan bahawa bukan kehadiran insulin yang menyebabkan kanser, malah suasana darah yang tinggi gula (hiperglisemia, bagi kes kawalan gula tidak terkawal) adalah penyebab kepada meningkatkan risiko kanser terhadap pesakit kencing manis.

Scara umumnya pesakit kencing manis akan mempunyai masalah ketahanan badan yang menurun (uncompromised). Oleh yang demikian tidak terkawalnya paras gula dalam badan seseorang pesakit akan meningkatkan lagi risiko pelbagai penyakit lain. Sebagai contohnya, pesakit kencing manis berisiko dijangkiti kuman Tuberkulosis tiga kali ganda berbanding individu yang normal.

*Selepas mengetahui info sebenar tentang insulin, harap tiada lagi orang ramai yang menganggap insulin ini tidak bagus. Jika kita mengikuti setiap nasihat yang diberi oleh doktor, Insyaallah penyakit kita akan sembuh.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Dapatkan nasihat pakar yang berkaitan mengenai penyakit yang sedang anda hadapi.

Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini.