Tahukah anda bahawa tekanan darah tinggi adalah salah satu daripada penyakit senyap yang boleh menyebabkan komplikasi bahaya termasuk kematian sekiranya tidak dikawal?

Terdapat pelbagai punca darah tinggi menyerang seseorang individu. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengenal pasti apakah punca tekanan darah tinggi dan berusaha untuk menjauhkan diri daripadanya.

punca darah tinggi
Sumber: Hellosehat

1. Faktor genetik

Kajian mendapati bahawa penyakit tekanan darah tinggi boleh diwarisi oleh seseorang individu daripada nenek moyang dan ahli keluarga yang lain.

Ianya terdapat dalam dna keluarga tersebut. Sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, risiko untuk anak cucu anda mewarisi sakit yang sama ialah 50%. Oleh itu, jika terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, elakkan perkara yang menjadi punca darah tinggi yang lain.

2. Jarang bersenam

Gaya hidup yang tidak aktif juga merupakan salah satu daripada punca migrain. Di zaman moden ini, rata-rata rakyat Malaysia menghabiskan masa di atas kerusi mengadap komputer sepanjang hari semasa bekerja atau menghabiskan masa di hadapan tv semasa hujung minggu.

Gaya hidup yang kurang aktif ini akan menyumbang kepada masalah tekana darah tinggi. Oleh itu, ubah gaya hidup anda. Rajinkan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak 3 kali seminggu.

3. Merokok

Tabiat merokok juga sangat menyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi. Individu yang merokok biasanya mempunyai tekanan darah pada tahap sempadan atau borderline.

Ini bermaksud bila-bila masa sahaja tekanan darah anda boleh naik dan melepasi tahap tekanan darah tinggi. Oleh itu, hentikan tabiat merokok yang sememangnya membahayakan kesihatan anda dan orang tersayang yang berada di sekeliling anda.

4. Obesiti

Tidak dinafikan, ada pesakit darah tinggi yang berbadan kecil dan mempunyai berat badan ideal dengan bmi yang sihat. Walau bagaimana pun, kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan memasuki fasa obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah tekanan darah tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal.

Oleh itu, kawal berat badan anda. Dapatkan bmi yang ideal demi kesihatan anda pada hari ini dan masa hadapan.

punca darah tinggi
Sumber: Toodia

5. Umur melebihi 35 tahun

Punca darah tinggi yang seterusnya ialah faktor usia. Tahukah anda bahawa mereka yang berumur 35 tahun dan ke atas mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah tekanan darah tinggi?

Oleh itu, jika umur anda sudah mencecah angka tersebut, sila berhati-hati. Amalkan gaya hidup yang sihat, berhenti merokok, dan jauhi punca tekanan darah tinggi yang lain.

6. Paras kolesterol yang tinggi

Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat? Kolesterol baik adalah sangat bermanfaat kepada tubuh badan manakala kolesterol jahat adalah punca pelbagai masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi.

Kebiasaanya, ujian yang dijalankan ke atas pesakit darah tinggi akan mendapati bahawa paras kolesterol mereka adalah tinggi. Oleh itu, elakkan makanan yang mempunyai kolesterol tinggi seperti:

  • Ayam goreng
  • Burger
  • Kentang goreng
  • Nasi goreng
  • Donut

7. Pengambilan alkohol yang berlebihan

Rata-rata tahu bahawa minuman beralkohol adalah sangat memudaratkan tubuh badan. Ia boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kerosakan hati dan tekanan darah tinggi. Oleh itu, elakkan alkohol. Amalkan gaya hidup yang sihat. Sekiranya anda seorang penagih alkohol, dapatkan rawatan di hospital kerajaan yang terdekat.

8. Pengambilan garam yang berlebihan

Seperti gula, garam yang terlalu banyak dalam masakan juga boleh menjejaskan kesihatan anda. Punca darah tinggi yang seterusnya ialah pengambilan garam yang berlebihan dalam makanan setiap hari.

Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dengan cara mengurangkan garam dalam masakan. Anda juga boleh bertukar kepada garam bukit yang jauh lebih sihat berbanding garam biasa. Terdapat banyak jenama garam bukit di pasaran.

punca darah tinggi
Sumber: Erabaru

9. Penyakit buah pinggang

Untuk maklumat anda, buah pinggang mempunyai peranan yang sangat penting untuk mengawal tekanan darah dalam tubuh badan. Apabila seseorang individu mempunyai penyakit buah pinggang, buah pinggangnya tidak mampu untuk berfungsi dengan baik lalu menyebabkan bahan buangan akan terkumpul dalam darah akibatnya menyebabkan pesakit menjadi tidak sihat.

Buah pinggang yang rosak juga akan hilang kemampuan untuk mengawal tekanan darah lalu menyebabkan tekanan darah naik mencanak melepasi tahap normal.

10. Penyakit endoktrin

Penyakit endoktrin adalah sejenis penyakit yang menyerang sistem endoktrin dalam badan. Apabila seseorang individu mempunyai masalah pada sistem endoktrin, pelbagai komplikasi kesihatan akan berlaku dan salah satu daripanya ialah tekanan darah tinggi.

Ini berlaku kerana kegagalan sistem endoktrin untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan tubuh badan gagal untuk mengawal tekanan darah pada tahap yang normal.

11. Penyakit pembuluh darah

Punca darah tinggi yang seterusnya ialah penyakit pembuluh darah. Seperti yang anda tahu, pembuluh darah adalah ejen yang membawa darah mengalir dalam tubuh badan kita.

Pembuluh darah yang sihat akan menjamin tekanan darah yang sihat manakala pembuluh darah yang sakit akan menyebabkan aliran darah dalam badan terganggu seterusnya menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Di antara penyakit pembuluh darang yang sering berlaku ialah:

  • Pembuluh darah pecah
  • Pembuluh darah tersumbat
  • Pembuluh darah tebal
  • Pembuluh darah tipis
punca darah tinggi
Sumber: Okaydoc

Itulah dia 11 punca darah tinggi yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca jerawat punca gout dan punca senggugut.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.