Tembikai susu atau nama saintifiknya Cucumis melo sememangnya sedap.Artikel ini adalah tentang khasiat tembikai susu. Jom baca tentang kebaikan makan tembikai susu.

Sedap dimakan begitu sahaja. Kalau bulan puasa, air tembikai susu merupakan di antara air yang dicari-cari di bazaar ramadhan selain air tembikai dan air tebu. Tahukah anda, tembikai susu bukan sahaja lazat malah kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan, menjadikannya sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.

Buah tembikai susu bukan sahaja sedap dan manis, malah baunya juga sangat harum. Buahnya jenis berongga dan mempunyai banyak biji. Pokoknya menjalar seperti buah tembikai biasa. Buahnya berwarna putih, kekuningan, atau kehijauan.

Yang sebenarnya, tembikai susu berasal dari selatan Perancis dan Algeria. Tembikai susu merupakan buah kegemaran di Lanzhou, daerah Gansu di China yang mengimport paling banyak tembikai susu di dunia.Banyak khasiatnya dari segi perubatan dan nilai kesihatan. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang khasiat tembikai susu. 

 

Imej via Bidadari

1. Mencantikkan kulit

Tembikai susu kaya dengan vitamin A, B, dan C yang sangat membantu untuk mencantikkan kulit. Biasanya ramai wanita bersusah-payah menelan pil vitamin C setiap hati untuk mendapatkan kulit yang cerah dan cantik.

Apa kata anda bertukar kepada tembikai susu? Bukan sahaja ia adalah semulajadi tanpa pemprosesan, malah bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya.

Berita baik buat mereka yang kurang gemarkan sayuran hijau, menurut kajian tahun 2007 oleh penyelidik-penyelidik Ireland yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition Research

kandungan nutrien untuk kebaikan dan kecantikan tubuh lebih mudah diserap oleh sistem melalui pengambilan diet buah seperti tembikai susu ini berbanding sayuran hijau seperti bayam dan brokoli.

2. Menurunkan berat badan

Imej via Bidadari

Bagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, diet yang kaya dengan buah-buahan adalah satu pilihan yang bijak. Namun anda perlu berhati-hati dalam memilih buah kerana ada sebahagian daripada buah mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Sedangkan untuk menurunkan berat badan anda perlu mengawal pengambilan gula.

Tembikai susu adalah pilihan buah yang terbaik untuk anda. Menurut analisis makmal, kandungan gulanya tidak terlalu tinggi iaitu hanyalah 8% daripada keseluruhan buah dengan 0% lemak.

Malah ia kaya dengan serat. Mereka yang berdiet perlu mengambil serat yang secukupnya setiap hari. Apa yang lagi menarik, tembikai susu adalah buah yang mempunyai rendah kalori.

Apa lagi? Nak kurus, jom makan tembikai susu. Kalau anda jenis yang selalu bersenam, jadikan air tembikai susu tanpa gula sebagai teman anda semasa bersenam.

3. Mencegah kanser

Kanser merupakan di antara penyakit kronik yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia. Disahkan sebagai pesakit kanser ibarat menerima hukuman mati. Tahukah anda, salah satu daripada khasiat buah tembikai susu ialah ia mampu mencegah kanser. Bagaimana pula tembikai susu mampu mencegah kanser?

Menurut kajian sains yang diterbitkan dalam Journal of Food Science oleh sekumpulan penyelidik USA pada tahun 2019, tembikai susu didapati kaya dengan karotenoid iaitu salah satu daripada zat makanan yang mampu mencegah kanser.

Hasil kajian mendapati bahawa tembikai susu mampu mencegah kanser 7 kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.

4. Merawat Hepatitis

Masyarakat Cina sangat terkenal dengan perubatan tradisional berasaskan herba dan tumbuhan semulajadi. Tembikai susu digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit Hepatitis atau dikenali dengan radang hati, sejak zaman dahulu lagi.

Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai masalah Hepatitis, bolehlah anda berikhtiar dengan tembikai susu.

5. Membetulkan masalah kitaran haid tidak teratur

Kitaran haid yang tidak teratur adalah salah satu daripada petanda bahawa seseorang wanita mempunyai masalah kesuburan. Jika seorang wanita tidak subur, ia akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung.

Rakyat Filipina menggunakan buah tembikai susu sebagai ubat untuk membetulkan kitaran haid.

6. Mengurangkan bengkak

Di India pula, buah tembikai susu digunakan untuk mengatasi bengkak. Caranya:

  • Ambil buah tembikai susu
  • Sagat sehingga halus
  • Tampal ke kawasan yang bengkak
  • Balut dengan kain atau plastik cling wrap
  • Biarkan semalam
  • Tukar setiap hati sehingga bengkak surut

Selain itu, seperti yang dikaji oleh pelajar sarjana di Universiti Alberta, Kanada pada tahun 2016, sebatian bioaktif dalam tembikai susu mempunyai kesan anti bengkak atau anti radang yang baik. 

Kajian tersebut turut menyarankan pengambilan tembikai susu dalam bentuk sus untuk lebih mendapat kebaikan sebatian bioaktif dan antioksidan di dalamnya. 

7. Mengatasi masalah tekanan darah tinggi

Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi akan mengalami pening dan berasa kepala berpusing. Keadaan ini akan menjejaskan pergerakan lalu menyebabkan aktiviti harian terjejas dan tidak berjalan seperti biasa. Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, amalkan makan buah tembikai susu kerana salah satu daripada khasiatnya ialah mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi.

Tembikai susu tinggi dengan kandungan potassium. Menurut kajian terkini, potassium mampu mengawal tekanan darah supaya menjadi normal dan dalam masa yang sama membantu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.

Hebat sungguh khasiat buah tembikai susu kan?

8. Memelihara kesihatan jantung

Khasiat tembikai susu yang seterusnya ialah ia mampu menjaga kesihatan jantung. Ini kerana tembikai susu kaya dengan kalium yang berfungsi untuk menyihatkan jantung.

Kini anda tak perlu lagi beli vitamin mahal dengan tujuan untuk menjaga kesihatan jantung. Buah tembikai susu yang murah dan sedap mampu menjaga kesihatan jantung anda.

Kandungan mineral dan nutrien yang tinggi ini turut diakui melalui hasil kajian penyelidik dari Texas, USA pada tahun 2008 dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry. Kajian tersebut melaporkan bahawa kandungan mineral adalah semakin banyak, dari isi hingga ke luar kulit.Maka, manfaatkanlah buah tembikai susu hingga ke kulitnya!

9. Meningkatkan daya tahan lawan penyakit

Kebanyakan daripada kita sering dilanda demam, batuk, dan selsema disebabkan oleh daya tahan lawan penyakit atau daya imuniti yang rendah. Lebih tinggi daya tahan lawan penyakit seseorang, lebih kebal tubuh badannya daripada dihinggapi penyakit.

Kalau anda mahukan badan yang kebal dari jangkitan virus dan bakteria, amalkan makan buah tembikai susu setiap hari. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya mampu meningkatkan imuniti anda.

10. Mengatasi masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan

Imej via Bidadari

Kekurangan air dalam badan atau dehidrasi adalah satu keadaan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan maut. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas terik seperti sekarang.

Khasiat buah tembikai susu yang seterusnya ialah ia mampu mengatasi masalah kekurangan air dalam badan. Ini kerana buah tembikai susu sangat tinggi kandungan air iaitu 95% daripada beratnya.Oleh itu, banyakkan makan buah tembikai susu potong atau air tembikai susu.

Rujukan

  1. Du, J. (2016). Effects of high pressure processing on changes of bioactive compounds in honeydew melon juice and honeydew melon juice milk. (link)
  2. Ganji, S. M., Singh, H., & Friedman, M. (2019). Phenolic content and antioxidant activity of extracts of 12 melon (Cucumis melo) peel powders prepared from commercial melons. Journal of food science84(7), 1943-1948. (link)
  3. Lester, G. E. (2008). Antioxidant, sugar, mineral, and phytonutrient concentrations across edible fruit tissues of orange-fleshed honeydew melon (Cucumis melo L.). Journal of Agricultural and Food Chemistry56(10), 3694-3698. (link)
  4. O’Connell, O. F., Ryan, L., & O’Brien, N. M. (2007). Xanthophyll carotenoids are more bioaccessible from fruits than dark green vegetables. Nutrition Research27(5), 258-264. (link)

Itulah dia khasiat tembikai susu yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Jemput juga baca artikel penulisan kami seperti khasiat oat khasiat ikan salmon khasiat kacip fatimah khasiat daun pudina dan khasiat buah naga

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.