Bentan selelu kita dengar dari mulut wanita selepas bersalin. Bentan tidak lari lagi dari wanita yang sedang berpantang. Wanita yang berpantang akan terkena bentan akibat terlampau sejuk atau tersepak benda keras. Oleh sebab itu, wanita yang berpantang perlu berhati-hati semasa melakukan sesuatu.

Apakah bentan? Bentan bermaksud ibu bersalin yang mengalami sakit badan, sakit urat dan pinggang dan sakit di kawasan peranakan yang boleh menyebabkan tumpah darah. Seram, bukan?

Apakah yang perlu dilakukan jika terkena bentan?

Mari kami kongsikan kepada anda mengenai tindakan yang perlu dibuat ketika terkena bentan. Info ini dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.

Cara merawat bentan

atasi bentan
Imej via dietdietsihat

Sapu kawasan yang tegang tu dengan minyak panas. Bukan minyak bermenthol ya. Sebab ada pelanggan Kak Ice letak minyak menthol terus menggigil dan menggeletar bentan urat pula sebab kesejukan.

Kalau tak ada minyak panas, boleh sapu losyen Diang. Kalau tak ada Diang buat minyak urut sendiri.

Bahan-bahannya :

  • 1 liter minyak masak kelapa sawit
  • 1 labu bawang putih
  • 3 tapak tangan halia
  • 1 genggam lada hitam

Panaskan semuanya. Sejukkan dan sapu pada kawasan yang sakit tu.

Kemudian, baru buat sesi menuam. Panaskan batu tuam. Balut dengan daun herba yang bantu pecahkan angin. Antaranya:

  • lengkuas
  • mengkudu
  • daun bunga taik ayam
  • Kalau tak ada sangat, balut jelah dengan halia yang ditumbuk halus dengan kain balut tungku.

Selepas sapu minyak panas tadi di kawasan yang cramp itu, demah atau tuam dulu dengan batu sungai yang dah dipanaskan dan dah dibalut dengan daun herba.

Sseterusnya, ambil batu itu, tenggek atasnya atau diletakkan diantara lubang faraj dan dubur (kawasan perineum). Diamkan mengeram batu itu. Sampai terasa panasnya mengalir kehujung jari kaki.

Sambil-sambil itu minum air akar herbanika atau air rebusan halia. Tutup segala kipas dan aircond. Kalau bentan, badan mesti pastikan cepat berpeluh. Apabila sudah berpeluh, insyallah bentan akan hilang.

Bentan ini, kesannya boleh sampai keusia tua. Sakit sendi, sentak ari-ari, sakit pinggang dan tungking tersentak boleh sampai ke tua. Jadi, siapa terkena bentan, nak sihat kena pantang sepanjang hayat.

*Jika terkena bentan, bolehlah ikuti cara yang diberikan oleh puan Aisyah ini. Cara ini adalah cara tradisional yang diamalkan oleh orang dulu-dulu. Tetapi, jika rasa ragu-ragu, boleh berjumpa dengan doktor pakar untuk dapatkan nasihat mereka dahulu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.