Jemput baca artikel khasiat buah manggis ini.

Pengenalan

Buah manggis atau Garcinia mangostana L. merupakan sejenis buah yang boleh dimakan mentah. Buah manggis memiliki kulit lembut yang tebal dan berwarna ungu pekat yang melindungi isinya yang bewarna putih dan boleh dimakan. Jika durian dipanggil raja buah, manggis pula adalah ratunya.

Dipercayai manggis berasal dari kepulauan Sunda dan Moluccas di Indonesia, manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan ia agak sensitif. Pokok manggis tidak mampu hidup dengan baik pada suhu di bawah 4 °C atau lebih dari 38 °C. Biji benih manggis akan mati pada suhu 7 °C.

Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki) dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.  Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna dan getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Imej via Bidadari

Jom ketahui apakah khasiat buah manggis.

1. Menurunkan berat badan

Berita baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.

Menurut penyelidik dari UCSI dan Monash University Malaysia pada tahun 2018, sebatian asid hidroksisitrik atau HSA dalam manggis membantu proses menurunkan berat badan.

Dalam kajian mereka, HSA didapati merencatkan lipogenesis (pembentukan lemak), menurunkan kolesterol, meningkatkan penghasilan glikogen dalam hati, menurunkan selera makan dan meningkatkan proses thermogenesis (memanaskan badan).

Fenomena ini semua boleh dikaitkan dengan perubahan metabolisme yang menjurus kepada penurunan berat badan dan pengurangan kadar pertukaran karbohidrat menjadi lemak.to fats.

2. Mencantikkan kulit

Buah manggis tinggi kandungan antioksidan, vitamin C dan vitamin E yang sangat membantu untuk mencantikkan kulit dan anti penuaan. Nak awet muda? Jom makan buah manggis.

Antara nutrien yang terkandung dalam manggis yang menyumbang kepada kesihatan kulit ialah seperti protein, vitamin C, asid folik, vitamin B1, vitamin B2 dan mineral seperti mangan, kuprum dan magnesium.

Menurut kajian lepas, nutrien ini penting bagi tubuh badan kita untuk melancarkan proses penghasilan DNA, regangan otot, penyembuhan luka atau parut, ketahanan badan dan penderiaan saraf.

3. Mencegah keputihan

Kaum wanita mudah dijangkiti kulat Candida yang menjadi punca masalah seperti keputihan. Buah manggis mencegah pertumbuhan kulat sekali gus mencegah berlakunya keputihan.

Kajian lepas melaporkan bahawa kandungan alfa-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria. Manggis juga mempunyai cathechins, polifenol dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

4. Mengecutkan cyst

Antara petua tradisional untuk mengecutkan ketumbuhan cyst ialah dengan merebus kulit manggis & minum airnya jika anda disahkan mempunyai cyst. Insya Allah cyst anda akan kecut.

Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.

Pemerhatian ini mungkin boleh dikaitkan dengan kehadiran sebatian bioaktif dalam manggis yang rata-rata bersifat anti keradangan yang boleh meredakan bengkak dan keradangan selain bertindak sebagai antioksidan.

Namun, dakwaan ini masih belum dan perlu dibuktikan secara saintifik dan klinikal.

5. Mengurangkan ekzema bayi kecil

Imej via Bidadari

Serbuk kulit manggis yang telah dijadikan minyak pula mampu dijadikan ubat sapu masalah kulit seperti ekzema. Caranya, jemur kulit manggis sehingga kering.

Kemudian campurkan dengan minyak kelapa dara untuk disapu kepada bahagian kulit yang mengalami ekzema.

Petua tradisional yang menjadi amalan turun temurun ini menggunakan manfaat manggis yang kaya dengan antioksidan.

Namun, diingatkan bahawa tidak semua jenis kulit bayi sesuai dengan kaedah petua ini. Maka, amalan petua ini perlulah dilakukan dengan berhati-hati dengan melihat sebarang perubahan pada keadaan bayi.

6. Mengatasi gonorea

Gonorea adalah penyakit kelamin yang dijangkiti melalui hubungan seks. Minum air rebusan manggis membantu mengatasi penyakit yang memalukan ini.

Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.

Rebusan air manggis akan menghasilkan lebih banyak ekstrak antioksidan dan sebatian bioaktif yang boleh bekerja untuk membunuh mikroorganisma.

7. Menyembuhkan radang

Buah manggis kaya dengan xanthone.

Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Taiwan pada tahun 2008, alfa-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik dari ubat anti inflamasi lain.

8. Mencegah arthritis

Alfa-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis.

Jurnal Food and Chemical Toxicology pada tahun 2008 ada menerbitkan manuskrip kajian yang mengulas kesan pengambilan manggis ke atas pencegahan dan rawatan arthritis.

Dilaporkan, kehadiran alfa-mangostin yang diekstrak daripada kulit buah manggis sekalipun, mampu merencatkan systemic anaphylaxis dan immunocytoadherence dalam spesimen tikus makmal bagi mengurangkan simptom arthritis.

9. Mencegah alzheimer atau nyanyuk

Imej via Bidadari

Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai turut memiliki kemampuan mencegah penyakit berkaitan degeneratif saraf seperti nyanyuk.

Namun, hipotesis ini masih di peringkat awal dan perlu lebih banyak kajian yang lebih konklusif dijalankan.

10. Mengurangkan alahan atau alergi

Buah manggis mempunyai kandungan yang mampu mengurangkan masalah alahan atau alergi yang anda alami.

Pengkaji dari Jepun pada tahun 2002 telah melaporkan bahawa ekstrak buah manggis berupaya merencat penghasilan histamin yang merupakan sebatian penyebab alahan.

Kajian lebih terperinci seterusnya telah mengenal pasti kehadiran gamma-mangostin yang berperanan menyekat serangan alahan.

11. Mengubati penyakit asma

Imej via Bidadari

Penyakit asma tergolong penyakit yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Jika anda atau orang yang tersayang mengalami asma, amalan makan buah manggis boleh dilakukan dan perhatikan perbezaannya.

Sekumpulan penyelidik dari Korea Selatan pada tahun 2012 menemui bukti saintifik berkenaan kesan pengambilan diet buah manggis dengan rawatan asma. Dalam spesimen tikus makmal mereka yang diberikan ekstrak manggis selama 3 hari, kandungan xanthone dalam manggis dipercayai berperanan dalam mengurangkan simptom asma.

Model tikus mereka yang mempunyai gejala asma diperhatikan berkurangan dengan pengurangan sel keradangan dalam laluan pernafasan udara, tindak balas saluran udara yang lebih baik dan peningkatan sitokin Th2 yang membantu pernafasan yang lebih baik.

12. Membantu melawan jangkitan kuman atau bakteria

Jika anda dijangkiti bakteria atau virus, boleh makan buah manggis untuk melawan jangkitan tersebut. Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.

Manggis juga mempunyai cathechins, polifenol dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

13. Menurunkan kolesterol jahat

Kandungan xanthone dalam buah manggis membantu menurunkan kadar LDL atau kolesterol jahat yang berlebihan didalam tubuh dan mencegah terjadinya penyempitan pada pembuluh darah.

Kandungan asid amino perlu berfungsi  menghapuskan kolesterol jahat dalam badan.

14. Menjaga kesihatan mata

Imej via Bidadari

Buah manggis yang tinggi kandungan antioksidan mampu mencegah berlakunya katarak dan glukoma iaitu gangguan yang diakibatkan oleh radiasi yang menghilangkan protein pada lensa mata.

15. Mengubati disenteri

Disenteri ialah jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan pengeluaran mukus. Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disenteri. Serbuk tersebut boleh dicampur kedalam makanan atau minuman.

Penyelidik dari London pada tahun 2009 merupakan antara kumpulan penyelidikan yang berjaya melaporkan keberkesanan pengambilan buah manggis untuk mengubati penyakit disenteri ini.

16. Mencegah kanser

Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti kanser dan tumor.

Xanthones dipercayai melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser  yang terdapat pada usus besar dan hati, serta dapat merencatkan pertumbuhan sel berbahaya yang menjadi punca penyakit leukimia.

17. Meningkat imuniti

Imej via Bidadari

Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antioksidan. Ia juga kaya dengan vitamin C.

Buah ini dikatakan boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dengan kehadiran sebatian bioaktif dan antioksidan yang sentiasa melawan radikal bebas penyebab sistem imun menjadi lemah.

18. Mencegah batu karang

Apabila anda makan manggis, ia membantu melancarkan air kencing dan memastikan pundi kencing anda kosong dengan betul. Tiada sisa air kencing yang tertinggal dan secara langsung mencegah pembentukan batu karang.

Manggis juga dilaporkan kaya dengan komposisi air iaitu sebanyak 64.5% daripada komposisi keseluruhan.

Tambahan pula, kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Indonesia yang diterbitkan di Padjajaran Journal of Dentistry pada tahun 2017 melaporkan bahawa manggis memberi kesan diuretik atau cenderung untuk buang air kecil.

Itulah dia 18 khasiat buah manggis yang pasti buatkan anda rasa nak pergi beli sekarang. Semoga bermanfaat!

Rujukan

  1. Chaverri, J. P., RODRIGUEZ, N. C., IBARRA, M. O., & ROJAS, J. M. P. (2019). Medicinal properties of mangosteen (Garcinia mangostana).
  2. Chen, L. G., Yang, L. L., & Wang, C. C. (2008). Anti-inflammatory activity of mangostins from Garcinia mangostana. Food and Chemical Toxicology46(2), 688-693.
  3. Chew, Y. L., & Lim, Y. Y. (2018). Evaluation and Comparison of Antioxidant Activity of Leaves, Pericarps and Pulps of Three Garcinia Species in Malaysia. Free Radicals & Antioxidants8(2).
  4. Jang, H. Y., Kwon, O. K., Oh, S. R., Lee, H. K., Ahn, K. S., & Chin, Y. W. (2012). Mangosteen xanthones mitigate ovalbumin-induced airway inflammation in a mouse model of asthma. Food and Chemical Toxicology50(11), 4042-4050.
  5. Jung, H. A., Su, B. N., Keller, W. J., Mehta, R. G., & Kinghorn, A. D. (2006). Antioxidant xanthones from the pericarp of Garcinia mangostana (Mangosteen). Journal of agricultural and food chemistry54(6), 2077-2082.
  6. Obolskiy, D., Pischel, I., Siriwatanametanon, N., & Heinrich, M. (2009). Garcinia mangostana L.: a phytochemical and pharmacological review. Phytotherapy Research: An International Journal Devoted to Pharmacological and Toxicological Evaluation of Natural Product Derivatives23(8), 1047-1065.
  7. Pedraza-Chaverri, J., Cárdenas-Rodríguez, N., Orozco-Ibarra, M., & Pérez-Rojas, J. M. (2008). Medicinal properties of mangosteen (Garcinia mangostana). Food and chemical toxicology46(10), 3227-3239.

Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan khasiat ulam, khasiat cempedak dan khasiat jambu batu.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.