Di Malaysia kini terdapat banyak penyakit yang mengakibatkan kecacatan tubuh badan. Mangsa yang selalu terkena kebanyakkannya adalah kanak-kanak. Antibodi kanak-kanak yang lemah boleh mengakibatkan mereka mudah mendapat penyakit.

Sebagai ibu bapa, kita perlu menitik berat kesihatan mereka dengan selalu menyediakan pakaian bersih dan pastikan barang mainan yang mereka gunakan bersih. Pantau aktiviti mereka apabila bermain di luar rumah.

Oleh sebab itu, doktor menyarankan ibu bapa untuk memberikan suntikan vaksin Pneumococcal. Apakah vaksin Pneumococcal?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta vaksin Pneumococcal. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Kuman Pneumococcal

Kuman Pneumococcal (baca ‘neumokokal), nama sebenar: streptococcal pneumoniae.

Kuman ni merupakan ‘kuman peliharaan’ di dalam hidung kanak2 di bawah umur 5 tahun (paling ramai, bawah 2 tahun),
Satu dalam 5 kanak2 di Malaysia (dan juga di negara lain) ‘pembawa’ kuman ni.

Kuman ni boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan. Antaranya :

1. telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak

2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru-paru bernanah (empyema) atau masuk ICU

3. Dalam darah (bacteremia).

4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.

Fakta vaksin Pneumococcal

vaksin pneumococcal
Imej via siraplimau

Banyak orang sebut vaksin ni dapat cegah jangkitan paru2. Itu kurang tepat. Nanti saya explain.

Semua penyakit2 bawaan kuman ni, majoriti kes berlaku di kalangan bayi atau kanak2 bawah dua tahun. Kenapa? Sebab kuman ini ada dalam hidung kanak-kanak dan juga kerana sistem pertahanan tubuh bayi tidak sematang orang dewasa / kanak-kanak besar.

Oleh sebab itu, vaksin ni sangat disyorkan dimulakan seawal mungkin (2 bulan sudah boleh start cucuk).

Kuman yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan selaput otak ini banyak. Ada virus (contoh influenza- pernah dengar selsema burung, H1N1? Adenovirus, RSV), bakteria (salah satunya Pneumococcal ni) dan juga kulat.

Bakteria pula, ada banyak jenis. Ada hemophilus, mycoplasma, streptococcal, legionella, chlamydia.

Kalau dulu (sebelum tahun 2002), hemophilus influenzae b (Hib) merupakan pemenang tempat pertama untuk carta kuman yang menyebabkan pneumonia dan meningitis. Pneumococcal dapat no 2.

Tapi, selepas vaksin Hib diperkenalkan oleh kementerian kesihatan mulai 2002 (dalam vaksin yang 5 atau 6 serangkai itu lah), kes yg disebabkan oleh Hib ni turun mendadak. Yang naik jadi juara siapa? Pneumococcal lah!

Saya pernah ditanya

‘Kenapa anak saya dah diberikan vaksin Pneumococcal ni. Tapi dia dapat juga pneumonia.’
Macam saya sebut tadi, bukan Pneumococcal je yg menyebabkan pneumonia. Banyak lagi kuman lain yg menjadi punca pneumonia.

Insya Allah, bila vaksin ni dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (tidak tahu bila), korang akan lihat kes Pneumococcal ni berkurang. Actually, bukan korang pun, tapi doktor-doktor dan juga pegawai kesihatan yg terlibat merawat pesakit yg akan nampak trend ni.

Ada 4 dos kalau start sebelum umur 6 bulan, iaitu 3 dos sebelum umur setahun, satu lagi selepas umur setahun. Sila consult doktor anda untuk jadual suntikan anak anda.

*Jadi, sudah tahu kan kepentingan suntikan vaksin Pneumococcal. Vaksin ini untuk mencegah kanak-kanak bawah umur 5 tahun daripada kuman Pneumococcal. Jika mahu tahu lebih lanjut mengenai vaksin Pneumococcal, pergi berjumpa doktor pakar yang berdekatan.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.