Jom ketahui khasiat makan kacang parang!

Pengenalan

Kacang parang atau Vicia faba datang dari keluarga Fabaceae. Ia mempunyai banyak nama dalam Bahasa Inggeris termasuk fava bean, broad bean, English bean, horse bean, dan pigeon bean. Ia berasal dari kawasan Mediterranean atau barat daya Asia.

Kacang parang pernah menjadi makanan bagi penduduk Mesir, Greek dan Rom sebelum tersebar sehingga ke utara India dan China. Pasti ada sesuatu yang menarik mengenai kacang parang sehingga ia begitu popular.

Antara cara masakan kacang parang yang popular di serata dunia ialah stim, kering, goreng, rebus atau dimasak bersama hidangan lain.

Kacang parang merupakan bahan utama dalam resepi makanan Arab yang terkenal iaitu falafel. Selain itu, masyarakat Ethiopia menjadikan tepung daripada kacang parang untuk dijadikan pelbagai kegunaan lain seperti bakeri dan savouri.

Masyarakat Malaysia pula lebih menggemarinya dalam bentuk snek ringan setelah dikeringkan, digoreng dan ditambah garam sebagai perasa.

Kacang parang

Imej via Pixabay

1. Kaya dengan Nutrisi

Kacang parang mengandungi serat, vitamin K, vitamin B6, zink, kuprum, zat besi, magnesium, kalori, karbohidrat, protin, lemak, serat, mangan, kurpum, fosforus, thiamine, riboflavin, kalsium, potassium dan banyak lagi.

Analisis makmal melaporkan bahawa setiap 100 gram hidangan kacang parang membekalkan sebanyak 341 kalori.

2. Kurang Risiko Cacat Janin

Imej via Bidadari

Kacang parang secara semulajadinya baik untuk bakal ibu. Ia mengurangkan risiko kecacatan lahir kepada bayi. Jadi, ia sesuai berada dalam diet para ibu.

Analisis komposisi kacang parang menunjukkan kandungan asid folik yang tinggi dalam kacang parang. Bagi setiap 100 gram kacang parang, terdapat jumlah asid folik yang mencukupi (106%) khususnya bagi ibu yang mengandung untuk tumbesaran janin yang baik.

3. Kurang Risiko Penyakit Kronik

Mereka yang makan kacang kuda mempunyai risiko yang kurang untuk menghidap penyakit jantung, kanser dan tekanan.

Menurut kajian penyelidik dari Perancis pada tahun 2010, kacang parang mengandungi tinggi protein berbanding jenis kekacang yang lain yang dipengaruhi oleh kandungan tannin.

Kajian mereka turut mengulas usaha-usaha yang dijalankan oleh industri khususnya pertanian dan perladangan dalam menghasilkan baka kacang parang yang kurang tannin bagi menghasilkan kacang parang tinggi protein untuk keperluan pasaran.

4. Kesihatan Tulang

Imej via Bidadari

Satu cawan kacang parang mengandungi 36% keperluan harian mangan. Mangan mengurangkan masalah kekurangan kalsium. Justeru, ia bagus untuk mendapatkan tulang yang sihat.

5. Merendahkan Tekanan Darah

Hipertensi boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita memerlukan magnesium. Magnesium boleh merendahkan tekanan darah sekaligus membantu mendapatkan jantung yang sihat.

6. Menguatkan Sistem Imunisasi

Kuprum yang ada di dalam kacang kuda membantu mengekalkan sel darah sihat. Sel darah putih adalah penting untuk memusnahkan patogen yang menjadi punca penyakit.

Tanpa sel darah putih yang sihat, tubuh mudah dijangkiti penyakit. Kuprum memainkan peranan memastikan sel-sel darah putih ini berfungsi dengan baik iaitu dengan melawan radikal bebas yang merosakkan.

Selain itu, kacang parang kaya dengan jumlah flavonoid dan fenolik. Berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik di Sepanyol pada tahun 2011, jumlah antioksidan ini juga berbeza mengikut tahap kematangan pokok dengan pemerhatian semakin matang pokok, semakin tinggi jumlah antioksidan tersebut.

Mereka turut merumuskan bahawa kacang parang adalah sangat sesuai dijadikan makanan yang menjadi sumber antioksidan bagi tubuh.

7. Elak Risiko Anemia

Kandungan zat besinya pula memberikan kita tenaga harian yang diperlukan. 1 cawan sudah cukup memberikan kira-kira 14% keperluan harian.

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan haemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan kepada sel-sel. Kekurangan zat besi menyebabkan proses ini agak sukar.

Kita akan berasa letih dan tidak aktif. Kesannya, kita mungkin akan menghidap anemia.

8. Kawal Simptom Parkinson

Imej via Bidadari

Beberapa kajian menunjukkan kacang parang mungkin dapat mengawal simptom penyakit Parkinson. Ini juga menunjukkan kemampuannya dalam memperbaiki fungsi motor.

Kacang parang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita. Namun begitu, kacang parang turut mempunyai kekurangan iaitu ia boleh menyebabkan alergi dan memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan.

Justeru, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat sekiranya ada keraguan atau khuatir mengenai kesihatan anda.

Risiko Kesihatan dan Ketoksikan Kacang Parang

Seperti jenis kekacang yang lain, kacang parang mengandungi sebatian yang dipanggil phytohaemagglutin tetapi dalam kandungan yang sedikit.

Menurut kajian lepas, dengan merebus kacang panjang sekurang-kurangnya 10 minit, sebatian ini tidak akan memberi ancaman ketoksikan.

Selain itu, para penyelidik dari Iran pada tahun 2005 mengingatkan bahawa kacang parang tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah favism iaitu sejenis keadaan pemecahan sel darah merah.

Kacang parang mengandungi alkaloid glikosida visin yang akan mencetuskan keadaan berbahaya ini yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas, kemabukan, pitam dan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam tubuh.

Rujukan

  1. Draxe
  2. Chaieb, N., González, J. L., López-Mesas, M., Bouslama, M., & Valiente, M. (2011). Polyphenols content and antioxidant capacity of thirteen faba bean (Vicia faba L.) genotypes cultivated in Tunisia. Food Research International44(4), 970-977. (link)
  3. Crépon, K., Marget, P., Peyronnet, C., Carrouee, B., Arese, P., & Duc, G. (2010). Nutritional value of faba bean (Vicia faba L.) seeds for feed and food. Field Crops Research115(3), 329-339. (link)
  4. Jamalian, J., & Ghorbani, M. (2005). Extraction of favism‐inducing agents from whole seeds of faba bean (Vicia faba L var major). Journal of the Science of Food and Agriculture85(6), 1055-1060. (link)
  5. Randhir, R., & Shetty, K. (2004). Microwave-induced stimulation of L-DOPA, phenolics and antioxidant activity in fava bean (Vicia faba) for Parkinson’s diet. Process Biochemistry39(11), 1775-1784. (link)

Artikel Kesihatan Lain

Selain kacang kuda, kami juga menulis artikel kesiatan dan khasiat yang lian. Jom abca. Jangan lupa untuk share dan kongsikan jika menarik ya.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Lily Izzuan

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.