Sakit buah pinggang bukan sahaja boleh menyebabkan kematian malah menyebabkan pesakitnya menderita kesakitan semasa hidup. Rawatan dialisis juga sangat menyiksakan. Sakit buah pinggang boleh dielakkan sekiranya anda mengamalkan tips-tips mencegah sakit buah pinggang yang berikut.

Sumber: Drvitamin
1. Lakukan ujian air kencing dan ujian darah setiap tahun
Sakit buah pinggang boleh diatasi dengan melakukan ujian air kencing dan ujian darah yang membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan. Sekiranya anda dapat mengesan tanda awal kerosakan buah pinggang, anda dapat mencegah kerosakan yang lebih serius sekali gus mengelakkan penyakit buah pinggang.
2. Minum air secukupnya setiap hari
Buah pinggang akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat penting untuk buah pinggang berfungsi dengan baik dan membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda. Pastikan anda minum air kosong yang secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas.
3. Pemeriksaan tekanan darah secara berkala
Adalah sangat penting untuk anda memeriksa tekanan darah secara berkala dan memastikan tekanan darah anda berada dalam paras yang normal normal jika ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
4. Mengawal tekanan darah dengan mengamalkan pemakanan seimbang
Ini merupakan cara yang paling mudah untuk mencegah sakit buah pinggang. Pilih menu yang sihat dan seimbang untuk diet seharian.
5. Beritahu doktor jika ada ahli keluarga yang memiliki sejarah sakit buah pinggang atau tekanan darah tinggi
Sakit buah pinggang dan darah tinggi boleh diwarisi secara turun-temurun. Apabila anda maklumkan kepada doktor bahawa anda berpotensi untuk mewarisi dua penyakit tersebut, doktor akan memberikan anda ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.

Sumber: Today
6. Perhatikan simptom gejala anemia
Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam, atau selalu pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul dan menjadi masalah kronik. Anda boleh mencegah sakit buah pinggang dengan memerhatikan simptom gejala anemia.
7. Perhatikan jika ada perubahan pada air kencing atau kekerapan membuang air kecil
Sekiranya anda termasuk dalam golongan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat sakit buah pinggang, sentiasa perhatikan keadaan air kencing dan kekerapan anda membuang air kecil. Jumpa doktor dengan segera jika air kencing anda mengalami perubahan seperti:
- Berwarna keruh
- Air kencing berbau
- Berbuih
- Sakit apabila anda membuang air kecil