Melakukan ujian saringan adalah sangat penting untuk memastikan apakah jenis alergik atau alahan yang anda alami. Ini kerana simptom alahan yang dialami adalah lebih kurang sama bagi setiap alahan dan dengan mengetahui apakah jenis alahan yang anda alami, adalah lebih mudah untuk mengatasi dan mengubati masalah alahan yang dialami. Jika anda mempunyai semua simptom alahan dan ingin mengetahui apakah jenis ujian alergik yang boleh dilakukan, jom baca artikel ini sehingga habis.

Jenis-jenis alergik

Terdapat pelbagai jenis alergik yang telah dikenal-pasti dalam bidang perubatan moden. Di antara alahan atau alergik yang paling kerap berlaku ialah:

  • Alahan kepada makanan laut
  • Alahan kepada debu
  • Alahan kepada debunga
  • Alahan kepada ubat-ubatan
  • Alahan kepada bahan kimia
  • Alahan kepada cuaca sejuk
  • Alahan kepada binatang perliharaan
  • Alahan kepada geseran
  • Alahan kepada getaran

Apakah simptom alahan

Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah alahan akan menunjukkan simptom yang lebih kurang sama walau pun punca alahan berlaku adalah berbeza. Di antara simptom alahan yang biasa dialami ialah:

  • Gatal pada kulit di seluruh badan apabila terdedah kepada punca alahan
  • Bengkak pada kulit seluruh badan, malah pada bahagian bibir, mulut dan muka
  • Bersin
  • Batuk
  • Selsema
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Muntah
  • Pening kepala
  • Ruam pada seluruh kulit
  • Pengsan

Apakah jenis ujian alergik yang boleh dilakukan

Jika anda mempunyai semua simptom alahan dan ingin mengetahui apakah jenis alahan yang anda alami, berikut ialah di antara beberapa jenis ujian alergik yang boleh anda lakukan di klinik dermatologist:

  • Ujian in-vitro
  • Ujian in-vivo
ujian alergik

Sumber: Techspot

Ujian in-vitro

Ujian in-vitro adalah ujian yang dilakukan dengan cara pengambilan darah dan melakukan ujian ke atas darah yang diambil tadi untuk mengenal-pasti specifik IgE dalam darah tersebut. Ujian in-vitro agak kurang dilakukan kerana kosnya yang lebih mahal berbanding ujian in-vivo malah keputusannya juga memerlukan masa yang lebih lama memandangkan darah yang diambil perlu dibawa ke makmal untuk dikaji sebelum keputusan dikeluarkan.

Walau bagaimana pun, ujian in-vitro adalah ujian terbaik untuk digunakan bagi beberapa golongan yang tidak seuai untuk melakukan ujian in-vivo seperti:

"
  • Ibu mengandung
  • Bayi
  • Pesakit yang mengambil ubat meta-blocker
  • Pesakit yang mengalami masalah asma kronik

Bagaimanakah cara ujian in-vitro dilakukan? Dalam kaedah ujian alergik ini, sedikit darah pesakit akan diambil dan disimpan dalam tabung khas sebelum dibawa ke makmal untuk melalui ujian klinikal. Keputusan ujian mungkin akan mengambil masa dalam tempoh 2 hari sehingga seminggu bergantung kepada kesibukan makmal.

Ujian in-vivo

Ini adalah kaedah ujian di mana kulit pesakit akan dicucuk untuk mengambil sampel sel dan diuji untuk mengetahui apakah punca alahan yang dialami. Ini adalah jenis ujian alergik yang biasa dilakukan di hospital memandangkan ia memberikan keputusan ujian dengan lebih cepat dan tepat berbanding ujian darah dalam kaedah in-vitro. Kajian menunjukkan bahawa ujian in-vivo mempunyai tahap sensitiviti dan spesifik yang lebih tinggi berbanding ujian in-vitro iaitu mencecah 70-95% dan 80-97%.

Walau bagaimana pun, uniaj in-vivo juga mempunyai kelemahan tersendiri. Walau pun ianya lebih cepat dan tepat, namun memandangkan ianya hanyalah sejenis ujian saringan, keputusan ujian negatif tidak bermaksud pesakit tidak mempunyai alahan. Ini kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca kenapa ujian alahan menjadi negatif seperti:

  • Pesakit mengambil ubat-ubatan yang boleh menghalang mekanisma alahan
  • Alergen yang digunakan untuk ujian adalah dalam keadaan yang terlampau cair
  • Kulit pesakit mempunyai reaksi yang rendah terhadap ujian yang dilakukan dan tidak memberikan tindak balas yang sepatutnya. Keadaan ini biasanya berlaku dalam golong bayi dan warga tua.
  • Pesakit mempunyai penyakit kulit sepeti ekzema dan mengambil ubat seperti antihistaminedan krim mengandungi steroid yang boleh menyebabkan ujian in-vivo memberikan keputusan negative sedangkan pesakit mempunyai alahan.

Bagaimanakah ujian alergik in-vivo dijalankan? Untuk menjalankan ujian ini, lengan pesakit akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dilabelkan menggunakan pita pelekat bernombor. Selepas lengan pesakit dilabel, lebih daripada 30 jenis alergen akan dititiskan pada lengan tersebut mengikut nombor pada borang keputusan ujian. Selepas alergen tadi dititiskan, lengan pesakit akan dicucuk sedikit pada lapisan kulit menggunakan lanset bagi memastikan alergen yang dititiskan masuk ke dalam lapisan kulit.

Bagi ujian alergik in-vivo, keputusan ujian akan diperolehi dalam tempoh 15-20 minit sahaja dengan cara melihat jika ada sebarang benjolan kecil pada kulit seperti gigitan nyamuk pada amna-mana bahagian kulit yang diuji. Benjolan yang dikesan akan diukur saiznya bagi menentukan tahap keterukan alahan yang dialami oleh pesakit.

ujian alergik

Sumber: Youtube

Oleh itu, jika anda mempunyai simptom alahan dan ianya kerap berlaku sehingga menyebabkan anda berasa tidak selesa, adalah disarankan untuk anda melakukan ujian alergik bagi memastikan sama ada anda mempunyai sebarang alahan dan untuk mengenal-pasti aapakah alergen yang menjadi punca alahan yang anda alami. Anda boleh lakukan ujian in-vivo sekiranya anda tidak termasuk dalam kategori yang disenaraikan di atas atau kalau anda mempunyai bajet yang lebih, boleh terus melakukan ujian in-vitro.

Itulah dia perkongsian tentang ujian alergik ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang ujian kesuburan untuk wanita dan ujian personaliti

Rujukan Sumber:

  • Ujian Saringan Alahan Penting Untuk Menentukan Jenis Alahan. UKM

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.