Tahukah anda bahawa kita perlu membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan mana-mana yang berdaftar atau lebih mudah pergi ke hospital kerajaan. Ianya agak leceh kerana perlu mengambil nombor dan menunggu giliran tapi ia demi kebaikan diri anda sendiri.
Lelaki mahupun wanita semua peringkat umur perlu melakukan pemeriksaan diri di klinik atau hospital. Lebih-lebih lagi wanita yang masa akan datang akan mengandung maka kesihatan mereka adalah penting. Antara penyakit yang wanita alami adalah kanser serviks. Jadi, sebagai wanita anda perlu melakukan ujian pap smear untuk melihat adakah individu tersebut mempunyai kanser serviks atau tidak.
Apakah kepentingan ujian pap smear?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kepentingan membuat ujian pap smear bagi wanita. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Ramai di kalangan kita mengetahui kanser serviks adalah antara penyakit kanser kerap dihidapi wanita di Malaysia selain kanser Payu Dara, namun tidak semua bersedia untuk melakukan saringan awal kanser serviks.
Jangan takut dan segan! Kesihatan anda lebih utama!
Imej via Facebook
Kanser serviks berlaku dalam kalangan wanita di seluruh dunia.
Ia boleh dicegah jika dikesan pada peringkat awal.
Ujian pap smear adalah kaedah mudah mengesan perubahan sel bahagian rahim.
Penting ! Wanita yang sudah berkawin wajib lakukan ujian pap smear tau iaitu saringan untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal.
*Jadi tunggu apa lagi. Jika anda belum melakukan ujian pap smear, pergi ke klinik kesihatan wanita atau hospital untuk membuat ujian tersebut. Tidak perlu malu kerana ia adalah untuk kesihatan diri anda dan masa akan datang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.