Nak ikut diet Lisa Surihani? Pasti anda akan cantik bak empunya badan. Rahsia beliau kekal langsing setelah melahirkan 2 orang anak, telah membuatkan ramai peminatnya kagum. Ini kerana beberapa tahun lepas, Lisa pernah mengalami kenaikan berat badan yang ketara.

Namun, tiba-tiba beliau membuat kejutan dengan tampil berbeza dan langsing. Walaupun sudah memiliki 2 orang anak, bentuk badannya kelihatan seperti anak dara. Melalui laman Instagramnya, beliau telah berkongsi beberapa tips yang diamalkan bagi mengurangkan masalah berat badan.

Diet yang diamalkan oleh beliau boleh dicontohi kerana sihat dan tidak menggunakan jalan pintas. Jadi, apa kata anda teruskan pembacaan tentang topik yang akan dibincangkan nanti. Mana tahu, anda akan dapat idea yang menarik untuk kuruskan badan pula.

Rahsia Diet Lisa Surihani

Di bawah ini merupakan beberapa tips diet yang dikongsikan oleh Lisa Surihani untuk para peminatnya. Namun, beliau telah mengingatkan para peminatnya bahawa tips ini berkesan untuk dirinya dan mungkin berbeza untuk orang lain. Jom baca!

 1. Tidak terburu-buru untuk kuruskan badan

Menurut Lisa, beliau tidak mahu mengurangkan berat badan dengan pantas. Ini kerana bimbang akan mengalami kenaikan berat badan dalam masa singkat. Oleh itu, proses untuk mendapatkan badan yang langsing, fit dan bertenaga dibuat dengan sabar.

Lisa lebih selesa untuk kurus mengikut keupayaan diri dan tidak mahu terlalu memaksa. Senang kata, beliau mahu ‘enjoy the process.’ Biar kurus dengan cara yang sihat dan selamat.

2. Melakukan aktiviti senaman

Menurut Lisa, selepas melahirkan anaknya yang kedua pada tahun April 2017, beliau mula bersenam sekitar Ogos 2017. Waktu yang diperuntukkan untuk bersenam ialah selama 1 hingga 1 jam setengah setiap hari.

Pada peringkat permulaan, beliau bersenam sebanyak 6 hari seminggu. Aktiviti yang dilakukan ialah senaman ringan seperti berbasikal, berjoging, lompat bintang, berlari atas treadmill dan sebagainya. Pada ketika itu, berat badannya sudah mula turun. Pada masa yang sama, beliau tetap menjaga pemakanan.

3. Cuba memahami rentak tubuh sendiri

Lisa menasihatkan peminatnya agar kekal sabar dalam proses penurunan berat badan. Ini kerana, ada ketikanya berat badan tidak turun dan kekal begitu dalam tempoh tertentu (plateau). Jangan cepat stres dan cuba fahami rentak tubuh kita.

Gunakan daya kreativiti untuk menyingkirkan lemak dengan cara yang sihat. Anda boleh menukar menu diet, teknik senaman dan sebagainya. Sampai masanya nanti berat badan anda akan turun semula.

4. Makan nasi herba ponni

Beliau juga menjaga pemakanan dengan hanya memakan nasi herba ponni. Beras tersebut merupakan beras putih yang kaya dengan serat. Awalnya, beliau hanya makan sekali sehari pada waktu makan tengah hari.

Beras ponni yang disyorkan Lisa ini bagus untuk pesakit diabetes. Anda boleh membeli apa-apa jenama pun. Kelebihan beras ini ialah walaupun dimakan dengan kadar yang sedikit, ia tetap mengenyangkan.

5. Kurangkan gula dalam minuman dan makanan

Salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan berat badan ialah kurangkan pengambilan gula. Itulah yang dilakukan oleh Lisa Surihani. Beliau menasihatkan peminatnya agar hentikan pengambilan air kordial dan minuman berkarbonat.

Cara yang baik ialah minum kopi atau teh tanpa gula. Agak-agak boleh cuba tak? Alah bisa tegal biasa. Bila kita biasakan diri minum minuman yang manis, kita tidak boleh menelan air yang tawar. Itulah permainan psikologi saja. Cuba ubah diri.

6. Mengamalkan diet Intermittent Fasting

Seperti yang diterangkan di atas, pada awalnya Lisa hanya makan sekali ketika waktu lunch. Kemudian, beliau mula mengamalkan Intermittent Fasting (IF). Caranya ialah beliau akan berpuasa selama 16 jam.

Misalnya jika mula IF pukul 6.00 petang, selepas waktu itu Lisa tidak akan makan. Beliau hanya minum selepas pukul 6.00 petang. Itu pun minuman yang tak bergula. Makanan first meal adalah pada keesokan harinya pukul 10.00 pagi.

Diet IF diamalkan selama 4 bulan dan dalam masa yang sama pengambilan gula tetap dikurangkan. Dalam tempoh setahun, berat badan Lisa sudah hampir sama ketika dia masih langsing dulu. Anda boleh baca tentang kaedah berdiet cara IF untuk pemahaman yang lebih jelas.

 7. Dapatkan tidur yang mencukupi

Ah, ni tips yang sangat penting. Bila tidur cukup, barulah badan bertenaga keesokan harinya. Bila badan sihat, tentunya mudah untuk kita bersenam, amalkan diet IF dan sebagainya kan?

8. Minum air yang banyak

Ni merupakan rahsia yang wajib diamalkan dalam apa saja diet. Jika nak kulit cantik, kena minum air. Jika nak badan langsing, wajib minum air. Untuk elak penyakit, air jangan dilupa. Begitu pentingnya air untuk sistem tubuh kita.

9. Sokongan suami

Lisa pasti gembira dan bersyukur kerana mendapat seorang suami seperti Yusry Abdul Halim. Menurut Lisa, Yusry sangat menyokong apa-apa tindakan isterinya itu. Apa saja yang membuatkan Lisa gembira, suaminya itu tetap setia menyokongnya.

Walau apapun penampilan Lisa, Yusry tetap menerima dan menyayanginya. Wah, untung kan? Patutlah begitu mudah Lisa menurunkan berat badan kerana sokongan suami tercinta yang tidak berbelah bahagi. Itulah yang sepatutnya semua suami perlu lakukan kepada isteri mereka.

 10. Gembira dengan diri sendiri

Menurut Lisa, setiap individu perlu berasa selesa dan gembira dengan diri mereka sendiri. Jangan membiarkan orang lain menentukan makna kecantikan anda. Walaupun badan anda berisi atau terlalu kurus, anda tetap cantik dengan cara tersendiri.

Dengan kesemua tips yang dikongsikan oleh Lisa Surihani ini membuktikan semangat beliau untuk berubah. Selepas melahirkan anak keduanya, berat Lisa mencecah 66kg. Kini, beliau tampil menawan dengan berat badan 49kg. Hampir 17kg berjaya dibuang. Jika Lisa boleh, anda juga pasti boleh.

Jangan lupa baca tentang Plant Base Diet dan jadual diet tanpa modal yang besar.

Rujukan

  • Tak Mahu Turun Berat Badan Terlalu Cepat, Ini Diet Sihat Lisa Surihani (link)
  • Lisa Surihani Akui Berat Cecah 66kg Semasa Anak Berumur 4 Bulan. 17kg Berjaya Disingkirkan Dengan 6 Tips Ini (link)
  • ‘Intermittent Fasting’- Diet Lisa Surihani (link)

Penulis: Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.