Jom baca khasiat terung.

Pengenalan

Terung atau nama botaninya Solanum melongena merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Terung merupakan tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka. Terung merupakan salah satu jenis sayuran bewarna ungu yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa.

Permintaan terung sebagai antara sayuran pilihan sesisi keluarga bagi serata dunia adalah sangat memberangsangkan. Hari ini, lebih kurang 50 juta tan terung ditanam di sekitar 1.8 juta hektar tanah ladang di seluruh dunia.

Sejak kebelakangan ini, pasaran terung semakin mendapat tempat di Australia, Amerika dan negara-negara Eropah.

Terung mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, kalori, serat kasar, abu, kalsium, besi, pospor, karotin, vitamin B1, B2, C dan P, asam nikotinat, kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K. Buah terung mengandungi 750 mg vitamin P dalam setiap 100 gram.

Imej via Bidadari

Berikut antara khasiat terung:

1. Kaya Zat Besi

Terung kaya dengan zat besi. Jika ingin lebih sihat dan kuat, makanlah terung. Tak kisahlah sama ada digoreng, dilayur, disayur ataupun dibuat ulam mentah. Zat besi yang terkandung dalam terung dipercayai sangat baik untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah anemia atau kurang darah.

2. Rendah Kalori

Terung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan terung kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari.

3. Serat

Terung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.

4. Meningkatkan tenaga batin & kesuburan lelaki

Dalam perubatan Hindu, terung merupakan tumbuhan pembangkit ghairah seksual. Di Eropah juga terung mendapat nama jolokan sebagai epal cinta dan sangat popular sebagai buah penambah ghairah sejak tahun 1600 – an.

Ini kerana terung mengandungi flavonoid yang berkhasiat sebagai antioksidan dan melancarkan peredaran darah sehingga baik untuk mengatasi masalah mati pucuk yang disebabkan oleh gangguan peredaran darah.

Selain daripada itu, di Nigeria, tumbuhan terung mendapat tempat yang cukup baik dalam kalangan masyarakat mereka. Tumbuhan terung ini digunakan sebagai bahan makanan untuk meningkatkan kesuburan terutamanya kaum lelaki.

5. Mengurangkan ketagihan merokok

Imej via Bidadari

Terung mengandungi sejumlah kecil nikotin. Nikotin dalam terung boleh membantu perokok menahan keinginan untuk merokok terutamanya ketika mereka mahu berhenti merokok.

Amalkan memakan terung jika mahu berhenti merokok secara semula jadi.

6. Menjaga kesihatan kardiovaskular

Kajian ke atas haiwan makmal yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam badannya telah diberikan jus terung. Kesan ajaib yang berlaku iaitu kolesterol dalam dinding arteri dan kolesterol dalam aorta dalam haiwan tersebut telah dikurangkan dengan ketara manakala dinding saluran darah dapat dilonggarkan dan meningkatkan aliran darah.

Kesan-kesan positif berkemungkinan disebabkan bukan sahaja untuk nasunin tetapi juga kepada beberapa fito-nutrien terpene lain dalam terung. Nasunin bukan sahaja menghapuskan radikal bebas yang kuat tetapi ia juga merupakan sumber besi.

Nasunin mengurangkan pembentukan radikal bebas dengan menyumbang pula faedah yang lain termasuklah melindungi kolesterol darah (yang juga sejenis lipid atau lemak) daripada pengoksidaan, mencegah kerosakan sel yang boleh menggalakkan kanser dan mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sendi yang merupakan faktor utama dalam artritis reumatoid.

7. Kaya dengan antioksida

Penyelidik di  Amerika Syarikat telah mendapati bahawa terung adalah sumber yang kaya dengan sebatian fenolik yang berfungsi sebagai antioksidan. Tumbuhan membentuk sebatian seperti ini untuk melindungi diri mereka daripada tekanan oksidatif daripada pendedahan kepada unsur-unsur penyakit dan juga dari jangkitan bakteria dan kulat.

Berita baik mengenai terung ialah sebatian fenolik utama yang terdapat dalam semua varieti yang diuji adalah bersifat asid klorogenik, yang merupakan salah satu unsur yang paling kuat untuk menghapuskan radikal bebas yang terdapat dalam tisu tumbuhan. Faedah dikaitkan dengan asid klorogenik termasuk antimutagenic (anti- kanser), anti-mikrob, anti-LDL ( kolesterol tidak baik ) dan aktiviti antivirus.

8. Mencegah stress

Kandungan vitamin B yang tinggi dalam terung juga memastikan kebolehan untuk berfikir dengan jelas dan mencegah stress dengan membaiki kualiti neuron dan membekalkan nutrien seimbang ke bahagian otak.

9. Menjaga Kesihatan Hati Dan Jantung

Terung mengandungi bioflavonoid yang cukup tinggi. Sehingga, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stress. Di samping itu, terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung.

10. Mengatasi Diabetes

Terung adalah sayur yang berserat tinggi, rendah lemak dan juga rendah karbohidrat. Jadi, tidak hairanlah terung boleh mengatasi dan mencegah diabetes.

Selain itu, kajian penyelidik dari Nigeria pada tahun 2012 yang diterbitkan di Science World Journal, mencadangkan pengambilan terung bulat berbanding yang bujur.

Berdasarkan analisis mereka, terung bulat mempunyai kandungan bioaktif seperti phytate, oxalate, alkaloid dan tannin adalah lebih tinggi dalam terung bulat. Maka, lebih sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang menghidapi diabetes untuk kualiti kesihatan yang lebih baik.

11. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

Kajian penyelidik dari Turki dan Amerika Syarikat pada tahun 2018 melaporkan kandungan kalsium yang tinggi (9 mg) dalam setiap hidangan 100 gram terung, lebih tinggi daripada epal (6 mg) dan pisang (5 mg).

12. Makanan untuk otak

Imej via Bidadari

Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, sayur terung boleh menjadi salah satu pilihan tersebut.

Penyelidikan ke atas terung telah memberi tumpuan kepada satu fitonutrien antosianin yang terdapat pada kulit terung dipanggil nasunin. Nasunin adalah antioksidan yang kuat menentang radikal bebas. Selain untuk penjagaan kolestrol, a melindungi membran sel daripada rosak.

Dalam kajian ke atas haiwan, nasunin didapati berupaya melindungi lipid (lemak) di dalam membran sel otak. Membran sel otak adalah hampir keseluruhannya terdiri daripada lipid dan bertanggungjawab untuk melindungi sel daripada radikal bebas.

14. Mencegah sakit jantung dan strok

Kandungan phytonutrients dalam terung boleh membantu mencegah penyakit jantung, serangan jantung dan stroke.

Dengan keperluan nutrien yang mencukupi bagi setiap 100 gram hidangan seperti karbohidrat (5.88 gram), serat (3 gram), lemak (0.18 gram), protein (0.98 gram), garam mineral, vitamin A, B, C, D, E, K dan 0 gram kolesterol.

15. Mencegah kanser

Antioksidan dalam terung, memiliki kebolehan untuk mencegah tumor otak dan kanser daripada terbentuk melalui cara menyerang radikal bebas yang menyebabkan tumor kanser.

Melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung, hasil kajian mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.

Dalam bidang kajian kanser, antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.

Selain itu, penyelidik dari India pada tahun 2015 mengulas mengenai sejenis sebatian fenolik yang bernama delphinidin yang boleh dijumpai pada kulit buah terung dan sangat membantu dalam melawan radikal penyebab kanser.

16. Memulihkan paras natrium dalam darah

Terung juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.

17. Mengatasi masalah kencing tak lawas

Jika anda mengalami masalah kencing tak lawas, boleh kisar terung dan dijadikan sebagai jus. Minum satu cawan setiap pagi sehingga kencing tak lawas tiada lagi.

Kencing tak lawas biasanya dikaitkan dengan jangkitan mikroorganisma pada saluran kencing. Sebatian bioaktif dalam terung ternyata mempunyai kesan antimikrob untuk membunuh atau merencat pertumbuhan mereka dan menjadikan sistem perkumuhan bertambah baik.

18. Menjaga kesihatan bayi dalam kandungan

Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung.

Terung membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan.

Analisis makmal melaporkan terung mempunyai sebanyak 22 mikro gram asid folik bagi setiap 100 gram hidangan.

19. Menghilangkan jeragat & mencerahkan wajah

Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.

Nak kulit muka yang cerah? Amalkan masker terung sekali seminggu.

Dengan kandungan vitamin yang pelbagai, ternyata terung boleh membekalkan nutrien mencukupi untuk kecantikan kulit.

Rujukan

  1. Agoreyo, B. O., Obansa, E. S., & Obanor, E. O. (2012). Comparative nutritional and phytochemical analyses of two varieties of Solanum melongena. Science World Journal7(1), 5-8.
  2. Gürbüz, N., Uluişik, S., Frary, A., Frary, A., & Doğanlar, S. (2018). Health benefits and bioactive compounds of eggplant. Food chemistry268, 602-610.
  3. Kandoliya, U. K., Bajaniya, V. K., Bhadja, N. K., Bodar, N. P., & Golakiya, B. A. (2015). Antioxidant and nutritional components of eggplant (Solanum melongena L.) fruit grown in Saurastra region. International Journal of Current Microbiology and Applied Sciences4(2), 806-813.
  4. Nisha, P., Nazar, P. A., & Jayamurthy, P. (2009). A comparative study on antioxidant activities of different varieties of Solanum melongena. Food and Chemical Toxicology47(10), 2640-2644.

Itulah dia khasiat terung yang ingin kami kongsikan. Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat barli, khasiat pisang, dan khasiat avokado.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.