Anda kenal buah pelaga? Terlalu banyak khasiat buah pelaga jika anda ingin tahu. Jom baca artikel ini.

Pengenalan

Buah pelaga biasanya digunakan untuk menambahkan rasa dalam makanan seperti sup, kari, ayam masak merah, masak kicap, dan sebagainya.

Buah pelaga (Elettra cardamomum) merupakan tumbuhan natif di Indonesia dan India. Buah pelaga datang dalam bentuk kantung atau pod  bercengkerang keras dengan biji benihnya berwarna kehitaman. Kini, penanaman buah pelaga banyak diusahakan di Malaysia, Guatemala dan Tanzania dengan Guatemala sebagai pengeluar terbesar buah pelaga di dunia, diikuti India.

Penggunaan buah pelaga di seluruh dunia dalam variasi hidangan masakan, khususnya dapat dilihat seperti di Malaysia, kita menggunakannya dalam masakan berempah, India – kari dan pastri, Korea – teh minuman dan negara-negara Scandinavia – roti.

Selain melazatkan makanan, buah pelaga juga mempunyai pelbagai khasiat lain kepada tubuh badan. Jom kami kongsikan khasiat buah pelaga yang pasti mengejutkan anda.

Imej via Bidadari

1. Membersihkan gigi

Buah pelaga telah digunakan untuk membersihkan gigi sejak zaman dahulu kala lagi. Ia dikatakan dimulakan oleh orang Mesir kuno.

Macam mana nak gunakan buah pelaga untuk mencuci gigi? Caranya mudah sahaja. Ambil 3 biji buah pelaga dan kunyah menggunakan semua gigi yang ada. Kemudian ludah dan berkumur sehingga bersih. Anda bolehlah cuba.

2. Pewangi badan

Selain membersihkan gigi, orang zaman dahulu kala juga menggunakan buah pelaga sebagai salah satu daripada bahan untuk membuat minyak wangi.

Gabungan buah pelaga dan herba-herba yang lain menghasilkan minyak wangi yang sangat menyegarkan. Kini, ramai pengusaha produk sudah menghasilkan minyak pati buah pelaga sebagai salah satu produk aromaterapi.

3. Menghilangkan batuk

Imej via Bidadari

Jika anda mengalami batuk, boleh amalkan petua tradisional menggunakan buah pelaga untuk melegakan batuk yang dialami. Caranya:

  • Ambil 5 biji buah pelaga, 1 inci halia, 1 biji lemon, 1 sudu besar madu asli
  • Ketuk halia, hiris lemon kepada hirisan yang nipis
  • Masukkan kesemua bahan kecuali madu asli ke dalam periuk berisi air dan rebus sehingga mendidih
  • Sejukkan sehingga menjadi suam
  • Masukkan madu
  • Minum seperti air kosong
  • Amalkan sehingga batuk anda hilang

4. Menghilangkan masalah mulut berbau

Tahukah anda, minyak pati buah pelaga merupakan salah satu bahan yang terdapat dalam chewing gum? Sekiranya anda mempunyai masalah mulut berbau, boleh amalkan mengunyah buah pelaga setiap pagi. Mulut anda akan berbau buah pelaga dan sekali gus tiada lagi bau busuk.

Hal ini tidak menghairankan sudah terbukti melalui penerbitan bab buku berjudul Cardamom Seeds in Health oleh penyelidik India, Singaravel Sengottuvelu bahawa buah pelaga mampu membunuh mikrob di kawasan oral (mulut) yang menjadi antara penyebab nafas berbau.

5. Menurunkan berat badan

Apa yang paling menarik, buah pelaga juga boleh menurunkan berat badan. Caranya:

  • Ambil 3 biji buah pelaga
  • Kisar kering
  • Masukkan kedalam satu gelas air panas
  • Minum sebelum makan, setiap hari

Sekiranya anda tidak tahan dengan rasa teh buah pelaga menggunakan resepi di atas, anda boleh gunakan resepi teh pelaga yang kedua iaitu:

  • Rendamkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas mendidih
  • Tunggu sehingga suam
  • Minum sebelum makan, setiap hari

Journal of Diabetes & Metabolic Disorders pada tahun 2017 ada menerbitkan kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Iran yang mengkaji kesan pengambilan buah pelaga oleh golongan obesiti.

Seramai 80 wanita obes atau berat berlebihan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang diberi 3 gram buah pelaga dan tidak diberi diet buah pelaga selama 2 bulan.

Hasil yang memberangsangkan diperolehi apabila kumpulan wanita yang mengamalkan buah pelaga menunjukkan kepekaan insulin yang lebih tinggi untuk kawalan berat badan yang lebih baik.

6. Anti kanser

Hasil sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan India di Kolkata telah mendapati bahawa sebanyak 48% daripada pesakit kanser kolon yang mengamalkan makan buah pelaga setiap hari semakin pulih dari kanser.

Sebatian karbinol dan diindolylmetana dalam buah pelaga juga dilaporkan mampu memberi kesan antikanser melawan kanser payu dara, kanser prostat dan kanser ovari.

7. Menjaga kesihatan jantung

Imej via Bidadari

Buah pelaga membantu menstabilkan rentak degupan jantung, dan ianya sangat sesuai untuk pesakit jantung dan mereka yang mementingkan kesihatan jantung.

Kajian tahun 2015 oleh penyelidik bersama dari India dan UAE membuktikan bahawa buah pelaga adalah sangat bagus dalam meningkatkan fungsi jantung.

Kajian mereka ke atas tikus makmal selama 30 hari diberikan ekstrak buah pelaga sebanyak 100 dan 200 mg/kg sehari memperlihatkan penurunan indeks tekanan arteri, kadar degupan jantung dan membaiki aliran darah.

8. Mengawal tahap kolesterol dalam darah

Buah pelaga mengandungi enzim dan antioksidan yang mampu mengawal tahap kolesterol dalam darah.

Bukan itu sahaja. buah pelaga juga mampu mengatasi masalah lonjakan lipid dalam tubuh badan.

9. Menjaga kesihatan usus

Sejak dulu lagi, buah pelaga digunakan dalam perubatan ayurveda, cina, dan yunani untuk mengubati masalah gangguan gastro usus.

Buah pelaga dilaporkan mengandungi sebatian biaktif seperti fenol yang boleh mengelakkan penyakit seperti kembung, asid berlebihan, cramp perut, dan sebagainya.

10. Merawat jangkitan saluran kencing

Selain menjaga kesihatan usus, perubatan ayurveda dan yunani juga menggunakan buah pelaga telah mengubati jangkitan saluran kencing dan masalah lain seperti cystitis, nefritis, dan gonorrhoea.

Hal ini berkait rapat dengan aktiviti antimikrob buah pelaga yang sangat tinggi.

11. Melawan jangkitan kuman, bakteria, dan virus

Buah pelaga bersifat antibakteria dan membantu badan anda melawan jangkitan kuman, bakteria dan virus.

Sekumpulan penyelidik dari Chennai, India pada tahun 2016 telah mengulas mengenai hal ini dalam kertas kajian mereka yang diterbitkan di Research Journal of Pharmacy and Technology. Aktiviti antimikrob buah pelaga sangat tinggi melawan sebilangan besar jenis mikrob, antaranya S. mutans dan C. albicans.

12. Anti kemurungan

Pati minyak buah pelaga merupakan salah satu daripada minyak yang biasa diguna dalam terapi aroma untuk menghilangkan kemurungan.

Sekiranya anda berasa stress atau terlalu tertekan, bolehlah dapatkan pati minyak buah pelaga dan masukkan ke dalam diffuser.

Ekstrak minyak pati buah pelaga juga sering digunakan untuk menangani masalah tekanan perasaan, insomnia dan keresahan.

13. Mengawal masalah kekejangan otot

Masalah kekejangan otot biasanya berlaku kepada golongan tua dan wanita mengandung. Pengambilan buah pelaga dalam menu harian mampu mengurangkan masalah kekejangan otot yang anda hadapi.

14. Menghilangkan sakit gigi

Perubatan cina menggunakan buah pelaga sebagai ubat sakit gigi. Caranya:

  • Tumbuk buah pelaga sehingga halus
  • Tampalkan serbuk pelaga tadi ke gigi yang sakit

15. Mengubati asma atau lelah

Imej via Bidadari

Ekstrak buah pala mempunyai kemampuan untuk membuka semula salur angin yang menyempit akibat serangan asma. Anda boleh berikan teh buah pelaga kepada mereka yang sedang mengalami serangan asma. Cara menyediakan teh tersebut ialah:

  • Rendamkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas mendidih
  • Tunggu sehingga suam

16. Mengatasi loya dan muntah-muntah

Anda juga boleh mencuba petua tradisi dengan minum teh buah pelaga untuk menghilangkan masalah loya dan muntah-muntah.

17. Mengatasi masalah mati pucuk

Buah pelaga bersifat afrosidiak iaitu mampu mengatasi masalah mati pucuk & ejakulasi pra matang di kalangan lelaki.

Selain itu, nutrien dalam buah pelaga membantu peredaran darah yang lebih baik dalam setiap anggota tubuh kita.

18. Menghilangkan sakit tekak

Anda boleh amalkan petua ini untuk atasi masalah sakit tekak dengan menggunakan buah pelaga. Caranya:

  • Rendam 3 biji buah pelaga & satu batang kulit kayu manis bersama satu gelas air panas
  • Tunggu sehingga suam
  • Minum sehingga tekak anda pulih semula

19. Menghilangkan sesedu

Jika anda mengalami sesedu, boleh juga minum teh buah pelaga.

Ia akan membantu menghilangkan sesedu anda dengan cepat dengan bantuan sebatian aromatik di dalamnya.

Rujukan

  1. Acharya, A., Das, I., Singh, S., & Saha, T. (2010). Chemopreventive properties of indole-3-carbinol, diindolylmethane and other constituents of cardamom against carcinogenesis. Recent patents on food, nutrition & agriculture2(2), 166-177. (link)
  2. Fatemeh, Y., Siassi, F., Rahimi, A., Koohdani, F., Doostan, F., Qorbani, M., & Sotoudeh, G. (2017). The effect of cardamom supplementation on serum lipids, glycemic indices and blood pressure in overweight and obese pre-diabetic women: a randomized controlled trial. Journal of Diabetes & Metabolic Disorders16(1), 40. (link)
  3. Goyal, S. N., Sharma, C., Mahajan, U. B., Patil, C. R., Agrawal, Y. O., Kumari, S., … & Ojha, S. (2015). Protective effects of cardamom in isoproterenol-induced myocardial infarction in rats. International journal of molecular sciences16(11), 27457-27469. (link)
  4. Jesylne, P., Soundarajan, S., Murthykumar, K., & Meenakshi, M. (2016). The role of cardamom oil in oral health: A short review. Research Journal of Pharmacy and Technology9(3), 272-274. (link)
  5. Sengottuvelu, S. (2011). Cardamom (Elettaria cardamomum Linn. Maton) seeds in health. In Nuts and seeds in health and disease prevention (pp. 285-291). Academic Press. (link)

Itulah dia 21 khasiat buah pelaga yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat lidah buaya, khasiat buah naga, dan khasiat rambutan.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.