Jika diberi pilihan, anda nak kulit sawo matang atau putih melepak? Kebanyakan orang sekarang terlalu obses untuk mendapatkan kulit putih. Bagi mereka itulah lambang kecantikan dan ketampanan seseorang.

Itulah sebabnya terlalu banyak lambakan produk timbang kilo di pasaran. Produk seperti ini menjanjikan kulit yang putih dan glowing bak artis Korea. Tanpa disedari, kita membahayakan diri sendiri dengan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidrokuinon dan tretinoin.

Jangan sesekali malu dengan warna kulit anda itu. Bersyukur dengan pemberian Allah kerana setiap kejadian-Nya cukup sempurna dan ada hikmahnya. Mungkin tidak menarik untuk anda, tetapi bagi orang lain anda cukup sempurna.

Lihat saja pelancong-pelancong Eropah yang suka berjemur di tepi pantai. Walaupun mempunyai kulit putih kemerahan, mereka lebih suka dengan kulit berwarna tan. Mengapa kita pula yang nak berlumba-lumba untuk menjadi putih?

Maksud Kulit Sawo Matang

Kebanyakan orang Asia memiliki kulit sawo matang. Maksud kulit jenis sawo matang ialah berwarna kecoklatan. Ada juga yang memanggilnya kulit hitam manis. Nak dikatakan putih pun tidak, gelap pun tidak. Lebih tepat lagi warna tengah-tengah.

Lebih gelap kulit seseorang itu, maka lebih banyak melanin yang dihasilkan. Melanin inilah yang membuatkan warna kulit menjadi gelap. Oleh itu, orang yang berkulit cerah mempunyai melanin yang rendah.

Sawo matang diambil daripada gambaran warna kulit buah ciku. Sawo merupakan sejenis buah seakan-akan ciku. Jika diperhatikan kulit dan isinya, ia berwarna coklat. Itulah sebabnya warna kulit sawo matang digunakan untuk merujuk orang yang berkulit coklat.

Dalam artikel ini, penulis ingin menyenaraikan beberapa kelebihan buah ciku. Pasti anda yang selama ini berasa rendah diri, akan mula tersenyum. Jom baca!

1. Mampu Menangkis Radikal Bebas

Disebabkan melanin yang tinggi di dalam kulit, ia dapat menangkis radikal bebas yang boleh merosakkan sel. Oleh itu, kulit tidak mudah menjadi rosak. Radikal bebas memberi kesan kepada lipid yang halus pada kulit.

Orang yang berkulit cerah mudah mendapat risiko kanser kulit berbanding orang yang berkulit sawo matang. Ini kerana kadar melanin yang rendah membuatkan kulit mudah menyerap sinar Ultraviolet (UV) yang berbahaya.

Manakala, bagi orang yang berkulit sawo matang, mereka boleh melakukan aktiviti di luar tanpa terlalu risau. Melanin yang tinggi akan menghalang sinar UV daripada merosakkan sel DNA yang akan menyebabkan kanser kulit.

3. Susah Ada Masalah Kulit

Apabila terdedah terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari yang terik, kita akan mudah terkena sunburn. Sunburn akan menyebabkan kulit menjadi seakan-akan terbakar, kemerahan, gatal-gatal dan kering.

Bagi orang yang berkulit sawo matang, kesan-kesan tersebut tidak begitu ketara dan biasanya lambat. Malahan yang lebih seronok, individu yang mempunyai kulit ini sukar ada masalah jerawat. Ini disebabkan kulit mereka terjaga dengan sel semula jadi daripada terdedah dengan kotoran.

4. Kekal Awet Muda

Orang yang berkulit sawo matang patut berterima kasih dengan melanin pada kulit mereka. Ini kerana melanin ini memberi impak wajah lebih muda. Jadi, anda tak perlu risau kerana wajah akan kekal awet muda.

Selain itu, melanin juga memberi perlindungan dan menjaga kulit daripada rosak. Dalam jangka masa lama, masalah bintik hitam, jeragat, kulit kasar dan sebagainya dapat dielakkan.

5. Nampak Guy dan Tampan (Bagi Lelaki)

Lihat saja Remy Ishak dan Khairy Jamaluddin. Dua figura ini bukan saja hebat dalam bidang masing-masing tetapi personaliti mereka memukau mata. Tanpa memiliki kulit yang putih, mereka antara contoh lelaki yang tampan dan macho dengan kulit sawo matang.

Penulis percaya kebanyakan wanita meminati lelaki yang berkulit gelap berbanding cerah. Mungkin nampak lebih guy dan manis. Anda pilih yang mana satu? Semuanya terletak pada citarasa masing-masing.

6. Nampak Manis dan Sedap Mata Memandang (Bagi Wanita)

Contoh figura yang berkulit hitam manis bagi wanita ialah Dayang Nurfaizah, Vanida Imran dan Nabila Huda. Walaupun berkulit gelap, mereka mempunyai ramai peminat yang mengagumi kecantikan dan bakat masing-masing.

Orang kata, hitam manis tak jemu mata memandang. Begitulah gambaran bagi wanita berkulit sawo matang. Ada suatu tarikan pada mereka yang membuatkan mata terus memandang.

7. Mengurangkan Risiko Kelahiran Bayi Cacat

Disebabkan melanin dalam kulit dapat melindungi DNA daripada kerosakan akibat pancaran UV, risiko kelahiran bayi cacat menjadi rendah. Ibu hamil yang berkulit sawo matang juga berisiko rendah mendapat masalah kesihatan bagi janin mereka.

8. Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Berbanding orang yang berkulit cerah, vitamin D3 lebih banyak terdapat pada individu berkulit sawo matang. Dengan bantuan sinar UV, vitamin D3 akan membentuk kalsium dalam badan.

Ini membuatkan tulang menjadi lebih kuat dan sihat kerana penyerapan kalsium tersebut. Bagi kesan jangka panjang, ia dapat mengurangkan risiko osteoporosis.

9. Tubuh Lebih Sihat

Melanin bukan sahaja menentukan warna rambut dan kulit, tetapi juga mengekalkan fungsi tubuh. Ini kerana, melanin dapat membantu otak dan saraf berfungsi dengan sempurna. Malahan, ia juga menguatkan penglihatan dan menggalakkan pertumbuhan sel.

Nampaknya, cukuplah setakat ini perkongsian penulis tentang 9 kelebihan kulit sawo matang. Inilah hikmah yang Allah turunkan kepada hamba-hamba-Nya. Namun, ramai yang tidak tahu bersyukur dan menganggap warna kulit gelap nampak buruk dan menimbulkan kurang keyakinan diri.

Walau apapun warna kulit anda, percayalah anda sudah cukup sempurna. Kurang di sini, lebih pula di bahagian yang lain. Berbanggalah dengan apa yang ada.

Jemput juga baca tentang tips kulit cantik semula jadi dan segala isu tentang kanser kulit. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.

Rujukan

  • Individu Berkulit Sawo Matang Lebih Radikal dan Tahan Lasak (link)
  • Tak Perlu Malu dan Obses Putihkan Wajah….Ada 4 Kelebihan Kulit Sawo Matang! (link)
  • 7 Fakta Menarik Tentang Wanita Berkulit Sawo Matang (link)

Penulis: Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.