Tidur dalam keadaan yang lebih selesa adalah penting untuk mereka yang penat bekerja seharian. Kualiti rehat bergantung kepada beberapa faktor seperti suasana dan tempat yang baik seperti katil dan bantal. 

Bantal terbaik bukan sahaja membuatkan kita tidur dengan selesa, tetapi juga dapat melancarkan peredaran darah serta membuatkan badan terasa sangat segar. Jom lihat antara 12 bantal terbaik berkualiti di Malaysia pilihan ramai.

Bantal Peluk Kartun Berbentuk Hotdog Washable

bantal terbaik

Bantal peluk kartun berbentuk hotdog ‘washable’ ini bukan sahaja bercorak kartun yang menarik, malah ia juga diperbuat dari kapas yang sangat lembut dan fabrik berbulu gebu. Bantal terbaik ini sangat nyaman dan menyejukkan apabila dipeluk ketika tidur. 

Dengan menggunakan bantal peluk ini, pasti akan lebih selesa dan tenang ketika tidur. Ia mudah dicuci dengan mesin basuh. Terdapat pelbagai corak bantal dan amat sesuai dijadikan bantal terbaik untuk anak anda.

Bantal U-Shape Maternity Pillow

bantal terbaik

Bantal u-shape maternity pillow ini direka khas untuk ibu mengandung agar dapat menyokong perubahan kontur dan lengkung badan. Ia menawarkan sokongan kepada pinggang. Bentuk rekaannya jenis tahan lama dan boleh gunakan pada bila-bila masa sahaja kerana mudah dibawa. 

Antara kebaikan bantal ini adalah badan akan lebih selesa dan tidak tertekan dengan tekanan yang dialami di bahagian badan, meningkatkan peredaran darah dan boleh digunakan selepas bersalin. 

Selepas anda bersalin, bantal ini juga sesuai digunakan semasa menyusu bayi anda. Wah, memang bantal terbaik untuk digunakan oleh para ibu!

Bantal Inflatable Outdoor Travel Pillow

bantal terbaik

Sesuai dibawa ke mana sahaja ketika melancong atau menyertai aktiviti luar seperti berkhemah, pastinya Bantal Inflatable Outdoor Travel Pillow.  Bantal terbaik ini diperbuat daripada bahan yang dilapisi dengan bahan lembut dan sejuk (bahan sintetik).

Ia mudah disimpan tanpa memerlukan ruang yang banyak. Oleh kerana bantal ini menggunakan angin, ia akan menyokong leher anda ketika tidur dan memberikan waktu rehat menjadi lebih selesa.

Bantal 2 in 1 Nursing + Sitting Baby Soft Cushion

bantal terbaik

Bantal bayi dwifungsi ini direka khas untuk melatih si kecil agar duduk dengan posisi yang betul dan digunakan juga oleh para ibu supaya bayi berada dalam keadaan selesa ketika menyusu. 

Reka bentuknya yang tinggi dan condong dibahagian belakang menghalang bayi dari tergolek ke belakang. Bantal terbaik ini juga membantu si kecil membentuk tulang serta otot yang lebih kuat sememangnya menjadi antara bantal terbaik untuk bayi anda.

Bantal Ikea Jordruk

bantal terbaik

Bantal Ikea sememangnya terasa amat lembut dan selesa kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti seperti kekabu atau bulu binatang. Dengan produk bantal terbaik ini, anda dapat tidur malam dengan lebih selesa. 

Bagi anda yang gemar tidur secara meniarap, bantal ini sesuai untuk anda.  Ia membantu menyamai kedudukan kepala dan tulang belakang anda supaya leher anda tidak lenguh jika bangun dari tidur pada keesokkan harinya.

Bantal Porcelain Patterned Sofa Throw Pillow

bantal terbaik

Terdapat 5 jenis corak yang berbeza sememangnya amat sesuai digayakan di ruang tamu dengan bermotifkan bantal corak porselin cina yang menarik. 

Bantal terbaik Porcelain ini diperbuat daripada material fabrik linen yang bersifat tahan lama dan harganya pula sangat berpatutan. Jadi, anda mampu merealisasikan dekorasi idaman rumah anda dengan hiasan bantal terbaik ini!

Bantal Ogawa

bantal terbaik

Bantal leher dari jenama Ogawa ini merupakan bantal yang mempunyai motor pengurut didalamnya yang mampu mengurut leher dan bahu anda.  Ia membantu mengurangkan tekanan pada otot serta menenangkan. 

Bahagian dalaman bantal terbaik ini dilengkapi dengan teknologi yang direka khas untuk membantu si pemakai agar tidur dengan selesa dalam waktu yang lama. Dengan fungsi mod getaran rendah, ia menjamin keselesaan dan ketenangan anda ketika tidur.

Bantal Realeos Anti-Roll Baby Pillow

bantal terbaik

Bantal terbaik untuk kegunaan ibu yang mempunyai bayi kecil adalah bantal Realeos Anti-Roll Baby Pillow. Ia mengelakkan bayi kecil daripada tergolek jatuh daripada katil. 

Reka bentuk bantal terbaik ini direka dengan sudut darjah yang sesuai supaya bayi tidak mengalami masalah ketika berbaring. Selain itu, bantal ini juga dilengkapi dengan penghadang lembut dibahagian kiri dan kanan untuk si kecil bergerak bebas tanpa pengawasan ibubapa.

Bantal Itata Bamboo Fibre

bantal terbaik

Ramai pakar kiropraktik telah mengesyorkan bantal Itata Bamboo Fibre Slow Rebound Memory Foam ini kerana ia menyokong kepala anda untuk tidur dengan lebih selesa dan nyaman. 

Bantal terbaik ini amat sesuai digunakan di hotel kerana ia dapat mengekalkan bentuknya walaupun telah berkali-kali digunakan dan tahan lasak. Menariknya, harganya juga tidak jauh berbeza dengan harga bantal biasa.

Bantal Ascona

bantal terbaik

Mempunyai ruang untuk posisi kepala dan leher yang betul, Ia memiliki kesan penyejukan kerana terdapat gel khas di dalam bantal ini. Dengan penggunaan bantal ini, keletihan akan berkurangan, sakit di bahagian leher hilang dan lebih bertenaga.

Bantal terbaik ini sesuai untuk kegunaan dewasa dan terdiri dari 3 saiz. Untuk pengetahuan anda juga, bantal ini sangat popular di seluruh dunia.

Bantal Coppento

Bantal jenis Coppento ini merupakan bantal terbaik yang memenuhi semua standard antarabangsa dan harganya pula sangat berpatutan. Ia menawarkan keselesaan yang optimum bagi mereka yang menggunakannya. Kebanyakan pengguna berpuas hati dengan bantal terbaik berkualiti ini kerana fungsinya. Ia dapat menghilangkan sakit kepala dan menjadikan seseorang itu lebih sihat.

Bantal Togas Royal

bantal terbaik

Sesuai untuk mereka yang ingin mencegah osteochondrosis dan meningkatkan kualiti tidur, bantal terbaik ini adalah Togas Royal. Ia juga berfungsi mengikut bentuk kepala dan tulang belakang anda. Namun, apa yang mengecewakan adalah ia tidak sesuai bagi anda yang mempunyai alahan kerana diperbuat daripada bulu.

Berikut adalah antara bantal terbaik berkualiti yang ramai tak tahu. Jom baca juga Seterika wap terbaik, Mesin pengering baju terbaik, Vacuum Terbaik dan Blender Terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.