Darah rendah akan menyebabkan anda sering jatuh pengsan. Itu adalah tekanan darah rendah pada tahap kronik. Namun, ia bukanlah sesuatu penyakit yang mempunyai ubat. Anda boleh atasi tekanan darah rendah dengan menukar gaya pemakanan yang sesuai bagi pesakit tekanan darah rendah.

makanan untuk darah rendah
Imej via [linisehat]

Ramai berpendapat bahawa tekanan darah rendah terjadi disebabkan anda tidak suka makan atau tak berapa makan banyak. Itu boleh jadi sebabnya juga tetapi anda boleh makan makanan yang disarankan untuk mengatasi masalah darah rendah.

Apakah makanan untuk darah rendah yang boleh anda amalkan setiap hari? Jom kami kongsikan 15 jenis makanan untuk darah rendah wajib anda tahu.

1. Telur

makanan untuk darah rendah
Imej via [rasa]

Telur mempunyai vitamin B12 yang menjadikan anda kuat dan bertenaga. Sebagai pesakit tekanan darah rendah, telur adalah makanan utama penting untuk anda makan. Ia juga dapat mengurangkan anemia dan tekanan darah rendah anda.

2. Sayur Bayam

makanan untuk darah rendah
Imej via [Rasa]

Bayam serat dengan vitamin E, asam folat, lutein dan natrium. Khasiat bayam adalah mencegah kerosakan sel, melawan radikal bebas dan bersifat antioksidan. Sayur bayam juga menjadikan darah anda sihat dan badan lebih bertenaga.

Amalkan sayur bayam seminggu 2 kali atau setiap hari, tiada masalah. Anda boleh makan bayam hijau dan bayam merah. Khasiatnya juga lebih kurang sama dan sesuai sebagai makanan untuk darah rendah.

3. Delima

makanan untuk darah rendah
Imej via [Republika]

Perbanyakkan makan buah delima sama ada delima muda atau tua yang sudah merekah. Makanan untuk darah rendah ini sangat antioksida dan mempunyai vitamin yang banyak. Anda tidak akan letih, pening dan mudah pengsan lagi dengan pengambilan buah delima.

4. Daging Merah

Imej via [maskulin]

Selain telur, daging merah adalah makanan kedua terbaik untuk darah rendah. Daging merah juga boleh mengatasi anemia dan meningkatkan tenaga anda. Makanan untuk darah rendah terbaik ini boleh anda ambil dalam kuantiti yang secukupnya atau banyak asalkan tidak lemak berlebihan.

5. Seledri

Imej via [jejakuliner]

Seledri adalah daun yang boleh anda tambah dalam masakan atau minuman. Ia juga boleh dijadikan sebagai penambah rasa. Kandungan natrium sebanyak 96 mg natrium dan kaya dengan pelbagai vitamin dapat mengatasi masalah darah rendah.

Anda boleh mengamalkan seledri daun dan batangnya kerana keduanya sangat berkhasiat untuk diamalkan. Ramai kaum cina yang sering mengamalkan seledri dalam masakan mereka, anda pula bagaimana?

6. Lemon

makanan untuk darah rendah
Imej via [lawgroupnc]

Lemon bukanlah semata-mata penghapus lemak, tetapi juga dapat mengatasi darah rendah anda. Makanan untuk darah rendah ini kaya dengan vitamin c dan bersifat antioksidan.

Anda boleh jadikan lemon sebagai jus ataupun boleh tambah dalam masakan yang bersesuaian. Jika dimakan begitu sahaja, masam sangat rasanya! Darah anda akan lebih terkawal justeru dapat mengatasi tekanan darah rendah.

7. Madu

Apa kata anda amalkan makanan untuk darah rendah yang ringkas ini? Dengan 2 sudu madu setiap hari, tekanan darah rendah anda akan berkurangan. Madu adalah makanan sunnah yang pastinya mempunyai khasiat terkuat untuk darah dan tenaga.

8. Ikan Bakar

makanan untuk darah rendah
Imej via [detikFood]

Ikan bakar boleh mengatasi darah rendah jika anda sering memakannya. Pastikan ikan yang anda masak adalah ikan yang tidak menyebabkan gatal-gatal. Gunakan ikan yang sering dimakan oleh mereka yang berpantang seperti ikan selar.

9. Hati Ayam

makanan untuk darah rendah
Imej via [rasa]

Makanan untuk darah tinggi yang boleh anda amalkan adalah hati ayam. Hati ayam mengandungi vitamin B12 dan kaya dengan asam folat. Banyak menu makanan yang boleh anda gunakan bagi hati ayam. Mungkin dengan resepi yang sedap, anda akan mudah untuk makan selalu.

10. Timun

makanan untuk darah tinggi
Imej via [jogja.tribunnews]

Ramai yang tidak sangka bahawa timun boleh mengatasi darah rendah. Timun boleh dijadikan acar, kerabu, makan bersama nasi lemak, sebagai ulam-ulaman dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan anda, timun mempunyai 96% air yang bakal menjadikan tubuh anda bertenaga, kuatkan imunisasi tubuh dan mengatasi darah rendah.

11. Asparagus

makanan untuk darah rendah
Imej via [Delish]

Makanan untuk darah rendah seterusnya adalah asparagus. Asparagus boleh dimakan dalam masakan sayur dan lauk-pauk yang lain. Ia menjadi amalan masyarakat cina dalam masakan mereka. Ia penuh dengan asam folat yang membantu menguatkan tekanan darah.

12. Kismis

Imej via [indiamart]

Kismis boleh dimakan begitu sahaja dan juga boleh direndam ke dalam air masak selama 10 sehingga 20 minit. Kismis yang direndam boleh dibiarkan semalaman dan boleh diminum pada keesokan pagi. Anda boleh lakukannya selama seminggu.

13. Tomato

makanan untuk darah rendah
Imej via [cbn.co]

Tomati sangat berkhasiat sehingga ada yang makan begitu sahaja dan jadikannya sebagai ulam. Dengan kandungan air 94%, makanan untuk darah tinggi ini dapat mengawal tekanan darah rendah anda dengan mudah. Untuk elakkan tekak terasa muak, anda boleh amalkan makan tomato digaul bersama dengan mayonis.

14. Zaitun

makanan untuk darah rendah
Imej via [acehimage]

Anda boleh mencuba makan buah zaitun juga untuk mengatasi darah rendah. Buah zaitun adalah makanan untuk darah rendah penting untuk anda ambil. Jadikan buah zaitun sebagai kudap-kudapan sambil anda menonton televisyen.

15. Tembikai

makanan untuk darah rendah
Imej via [airbalang]

Siapa yang tak kenal buah tembikai? Buah yang mengandungi air yang banyak ini adalah makanan untuk darah rendah harus anda ketahui. Ia mudah didapati, justeru anda boleh mengamalkan buah ini sentiasa.

Selain dapat mengatasi darah rendah, ia juga dapat melawan bakteria dan kuman dalam tubuh badan serta menghapuskan penyakit-penyakit lain. Sama ada buah tembikai muda atau tua, keduanya boleh anda makan.

16. Keju Cottage

makanan untuk darah rendah
Imej via [viva]

Keju cottage juga merupakan makanan terbaik untuk darah rendah yang boleh anda cuba. Selain rasanya yang sedap, ia mengandungi kandungan protein yang banyak. Pasti anda kekal bertenaga dan tidak lemah lagi setelah mengamalkan sarapan keju setiap hari.

Itulah dia 16 jenis makanan untuk darah rendah yang penting untuk anda amalkan. Tak pernah makan? Jom cuba dulu, Insyallah akan bertambah baik. Jemput baca juga Makanan tingkatkan prestasi otak, Makanan untuk darah tinggi dan Cara buat ikan pekasam.

Rujukan:

  1. Hellosehat
  2. Liputan6
  3. Doktersehat

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.