Dadah digunakan dalam perubatan tetapi ia juga harus mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang. Sesetengah dadah mungkin melambatkan pergerakan badan dan ada juga yang boleh mempercepatkan fungsi badan. 

Terdapat salah faham umum bahawa dadah boleh membawa keburukan namun tidak semuanya memberi kesan buruk. Dadah datang dalam pelbagai bentuk dan boleh diambil pelbagai cara. Sebaliknya penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan banyak masalah seperti kesihatan dan juga kematian.

Jom lihat jenis dadah dan fungsinya.

1.  Kokain / Cocaine

jenis dadah

Imej via [klix]

Kokain atau Cocaine adalah jenis dadah yang berasal daripada daun koka. Dadah ini diproses menjadi serbuk putih. Untuk pengetahuan anda, daun koka yang digunakan untuk membuat kokain berasal daripada Peru, Columbia, Amerika Selatan dan Bolivia.

Jenis dadah ini dikaitkan dengan penggunaan haram dan ketagihan yang teruk dalam masa yang singkat. Ia juga digunakan oleh sebahagian besar rawatan di bilik kecemasan.

Cara penggunaannya adalah melalui snorting (sedut / hisap), suntikan dan merokok. Kokain berfungsi menghalang reaksi neuron dan meningkatkan aktiviti beberapa saraf. Kesannya amat kuat dan pengguna dadah ini akan berasa sangat menyenangkan.

2.  Methamphetamine

jenis dadah

Imej via [dararehab]

Nama Methamphetamine merupakan satu jenis dadah yang tergolong dalam kumpulan stimulan. Uniknya, ia berbentuk seperti kaca pecah dan ada juga berbentuk seperti kristal. Contoh yang biasanya terdapat di Malaysia ialah jenis dadah syabu. 

Jenis dadah ini lazimnya diproses secara haram dan dari segi aspek perubatan, ianya tidak digunakan.  Ia juga sering dikaitkan dengan ketagihan yang teruk oleh penggunanya. Selain itu, ia dikenali sebagai speed, ice, meth dan kristal.

3.  Disulfiram

jenis dadah

Imej via [indiamart]

Jenis dadah yang digunakan untuk mengurangkan ketagihan minum secara berterusan dan membantu mengekalkan pantang bagi orang yang menggunakan gangguan alkohol adalah Disulfiram. 

Ia berfungsi menghalang fungsi aldehid dehidrogenase dan menghasilkan kesan yang tidak menyenangkan apabila alkohol digunakan atau diminum. Kesan-kesan sampingannya termasuk sakit kepala dan peningkatan kadar denyutan jantung. Jenis dadah ini boleh didapati dalam bentuk tablet dan diambil secara telan.

4.  Amfethamin / Amphetamine

jenis dadah

Imej via [narconon]

Amfethamin adalah merupakan jenis dadah yang psikostimulan. Ia meningkatkan aktiviti neurotransmitter tertentu. Fungsinya adalah menaikkan pelepasan sinaptik dan menghalang reuptake. 

Amfethamin ditetapkan untuk beberapa keadaan namun sering juga disalah guna pakai. Dengan pengambilan yang berlebihan, pengguna biasanya menjadi tidak boleh tidur, bercakap lebih-lebih, menggeletar dan sebagainya.

5.  Duragesic

jenis dadah

Imej via [zovon]

Tahukah anda, Duragesic adalah jenis dadah yang terdapat dalam beberapa dos kekuatan. Tujuan asalnya adalah untuk digunakan dalam menguruskan kesakitan kronik dan teruk. Penyalahgunaan yang disengajakan dapat meningkatkan risiko kecederaan berlebihan dan boleh mendatangkan ketagihan.

6.  Ecstacy

jenis dadah

Imej via [verywellmind]

Ectasy dikenali juga sebagai ‘feel good drug’. Jenis dadah ini biasanya dapat meningkatkan daya tahan penggunanya. Ia biasanya diambil dengan cara mudah iaitu hanya menelan dadah tersebut dalam bentuk kapsul atau pil.

7.  Heroin

jenis dadah

Imej via [nypost]

Dikenali sebagai dadah jalanan, Heroin adalah dadah yang paling sering disalah gunakan oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah dalam bentuk serbuk putih yang merupakan produk yang dihasilkan daripada pengolahan dari dadah jenis morfin. Heroin mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda daripada morfin.

Jenis dadah ini merupakan ubat haram yang dikenali untuk mendorong perasaan menenangkan dan euforia. Penggunaanya adalah melalui suntikan, merokok atau diambil secara terus.

8.  Ketamin / Ketamine

jenis dadah

Imej via [psychiatryadvisor]

Sesuai dengan fungsinya, jenis dadah ini adalah merupakan ubat bius dalam operasi pembedahan. Ianya kerap disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Ketamin boleh menyebabkan penggunanya mengalami tidur dengan cepat. 

Ketamin pernah dikaitkan dengan kemunculan kecelaruan yang lebih pendek dan kurang menakutkan. Dalam bentuk farmaseutikal, ketamin masih menjadi ubat dengan utiliti perubatan.

9.  Naphyrone

jenis dadah

Imej via [tradeboss]

Naphyrone (NRG-1; Energy1) adalah jenis dadah perangsang yang berkait rapat dengan mephedrone. Kesannya dikatakan sama seperti dadah jenis amphetamine, kokain dan ecstasy. Jenis dadah ini dianggap 5 hingga 10 kali ganda lebih kuat daripada mephedrone atau ecstasy.

Naphyrone biasanya datang dalam bentuk serbuk kristal putih dan biasanya ditelan dalam balutan kertas. Ia dijual di internet sebagai makanan tumbuhan atau pembersih kolam dengan harga sekitar RM70 setiap gram. Pengambilannya akan mendatangkan kesan berbahaya seperti kesan buruk kepada jantung dan saluran darah, hiperthermia dan sebagainya.

Dalam kes yang teruk, dadah ini boleh menyebabkan kematian akibat keruntuhan kardiovaskular atau kejutan jantung. Kini, Naphyrone adalah haram dan merupakan dadah kelas B di Jersey.

10.  Marijuana

jenis dadah

Imej via [drugabuse]

Marijuana juga dikenali sebagai ganja. Kompaun psikoaktif utama dalam ganja adalah tetrahydrocannabinol. Di dalam beberapa negara, marijuana telah disahkan untuk beberapa kegunaan perubatan.

Cara gunakannya adalah dengan memakannya begitu sahaja atau menggunakannya seperti tembakau. Selain itu ganja atau marijuana juga digunakan dengan menghisap cecairnya (hashish).

11.  Morfin / Morphine

jenis dadah

Imej via [federacaodasaude]

Morfin adalah jenis dadah alkaloid. Ianya diperolehi selepas prosesnya daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali bes morfin, pil morfin dan morfin mentah.

Biasanya, pengguna dadah jenis ini akan menyuntik atau menelannya. Jenis dadah ini bersifat analgesik opioid iaitu sering dianggap sebagai ubat penghilang rasa sakit arketik. Ia digunakan secara meluas di hospital dan klinikal lain namun ia juga disalahgunakan oleh para penagih dadah.

12.  Phenobarbital

jenis dadah

Imej via [wellrx]

Phenobarbital adalah jenis dadah barbiturat. Ia biasanya digunakan sebagai anticonvulsant untuk merawat pesakit sawan. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati mereka yang mengalami pengeluaran akut daripada alkohol atau benzodiazepin. Kesan pengambilannya boleh menyebabkan gegaran dan kejang yang teruk.

Berikut adalah jenis dadah yang wujud dan berbahaya di Malaysia. Jom baca juga Atasi Pembuangan Bayi, Faedah Bersukan dan Peranan Ibu Bapa Atasi Masalah Remaja.

Rujukan

  1. Drugs A-Z.  https://drugabuse.com/addiction/drugs-a-z/
  2. Fakta Tentang Dadah, Jenis-jenis Dadah dan Kesannya.  http://ppdasktamanputraperdana.blogspot.com/2016/01/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-dadah.html
  3. Drugs and their effects.  https://www.gov.je/Health/AlcoholDrugs/Pages/DrugsEffects.aspx

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.