Jom baca tentang diet Intermittent Fasting Malaysia.
Zaman sekarang, kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan sudah semakin meningkat berbanding dulu. Antaranya ialah mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan hidup tanpa tekanan. Malahan, kesedaran tentang corak pemakanan yang berkhasiat dan seimbang juga semakin meluas.
Pelbagai jenis diet yang popular di dunia kini menjadi ikutan individu yang mementingkan kesihatan. Jenis diet yang terkenal ialah diet Atkins, diet jenis darah, diet detox, diet vegetarian, diet intermittent fasting dan sebagainya. Kesemua diet ini bertujuan untuk menurunkan berat badan.
Diet-diet ini mempunyai corak pemakanan dan disiplin yang perlu anda patuhi. Yang paling terkenal, tentulah diet Atkins. Diet jenis ini bermatlamat mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.
Kini, diet intermittent fasting (IF) pula menjadi trend dalam kalangan selebriti di dunia sehingga memberikan semangat kepada masyarakat untuk mencubanya. Jadi, dalam artikel ini akan dikupas tentang IF di Malaysia.
Sumber maklumat tentang diet ini diambil daripada perkongsian Dr Zubaidi Ahmad melalui laman Facebook beliau. Malahan, beliau juga merupakan pengamal diet IF yang telah berjaya menurunkan berat badan.
IF dikenali sebagai puasa berkala yang bertujuan mengatur pola pemakanan. Oleh itu, diet cara ini menekankan masa makan hanya 8 jam sehari dan tidak makan 16 jam sehari.
Diet ini membolehkan perut dan usus berehat daripada makanan dalam tempoh 14 hingga 16 jam. Maksudnya, dalam sehari ada 24 jam. Kita hanya makan untuk 8 jam dan baki 16 jam lagi kita akan berehat dari makan.
Namun begitu, dalam tempoh ‘tak boleh makan’, kita masih boleh minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Itulah bezanya dengan puasa wajib dan sunat dalam agama Islam.
IF tidak memfokuskan soal jenis makanan seperti diet-diet yang lain. Yang dipenting hanya tentang bila waktu yang patut kita makan.
Dalam Islam kita diwajibkan untuk berpuasa ketika bulan Ramadan dan juga disunatkan untuk berpuasa pada hari-hari tertentu. Puasa syarie ini perlulah disertakan dengan niat. Tempoh masa untuk berpuasa adalah dari subuh sehingga ke maghrib. Oleh itu, masa yang dilarang untuk makan dan minum ialah waktu pagi hingga ke lewat petang.
Manakala, IF pula merupakan jenis diet pemakanan yang tidak memerlukan sebarang niat ketika melakukannya. Cukuplah niat untuk menguruskan badan! Tempoh masa tidak makan biasanya pada waktu malam ketika sedang tidur.
Yang tidak dibenarkan hanya pengambilan makanan. Kita tetap boleh minum seperti biasa. Namun, hanya air yang tiada kalori dibenarkan seperti air kosong, air kopi dan teh hijau tanpa gula.
Semasa bulan ramadan, kita akan berpuasa dalam tempoh 14 hingga 16 iaitu biasanya bermula pukul 5.30 pagi hingga 7.30 malam. Oleh itu, pada tempoh tersebut biasanya kita tidur dan kemudiannya sibuk dengan kerja di pejabat, di rumah atau belajar.
Oleh itu, untuk tidak makan selama 16 jam dalam IF bukanlah sesuatu yang baru dan susah untuk dilakukan. Ini kerana kita sudah terbiasa untuk berpuasa syarie untuk tempoh masa sepanjang itu.
Terdapat beberapa cara melakukan IF, semuanya bergantung kepada keselesaan kita. Antaranya ialah:
16:8 (16 jam puasa, 8 jam makan)
Cara ini ialah yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam. 16 jam kemudiannya anda perlu berpuasa. Boleh dilakukan setiap hari atau beberapa hari seminggu.
Contohnya ialah kali terakhir anda makan pada pukul 7.00 hingga 8.00 malam dan hanya makan semula pada tengah hari sekitar pukul 12.00 hingga 1.00. Maksudnya, pengamal IF tidak mengambil sarapan.
Cara lain ialah kali terakhir anda makan pada pukul 4.00 hingga 5.00 petang dan hanya makan semula pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi. Maksudnya, pengamal IF tidak makan malam.
24 jam
Anda tidak boleh makan untuk tempoh 24 jam. Cara ini hanya dibuat seminggu sekali atau 2 kali. Dalam tempoh berpuasa, hanya air tanpa kalori dibenarkan.
Cara ini ialah contohnya jika anda makan tengah hari pada hari ini, maka pada waktu tengah hari esoknya baru anda boleh makan semula.
Alternate day IF
Kaedah ini membenarkan anda makan seperti biasa selama empat hari misalnya Isnin sehingga Khamis, dan 3 hari bakinya iaitu Jumaat hingga Ahad anda dikehendaki buat IF.
3 hari yang anda perlu buat IF itu tempoh berpuasanya ialah 24 jam.
Ketika bulan puasa kita cenderung untuk turun berat badan disebabkan pengambilan kalori yang rendah. Begitu juga dengan IF. Berikut merupakan 3 sebab kenapa diet ini boleh berjaya.
Walaupun jenis diet ini diakui berkesan dan dibuktikan bagus oleh kajian sains, namun ia tidak sesuai untuk semua individu. Antaranya:
Tips Untuk Kejayaan IF
Tiada jalan mudah dan pintas untuk berjaya. Begitu juga dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Tiada ubat yang mampu mencairkan lemak yang anda sudah kumpul selama bertahun-tahun.
Berikut ialah beberapa tips untuk anda berjaya dalam usaha IF anda, iaitu:
Ini sahaja perkongsian tentang IF. Seperti mana diet-diet yang lain, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Ada yang terus bermotivasi melakukannya dan menyebarkan motivasi itu untuk membantu orang lain. Ada pula yang terkandas di tengah jalan.
Walau apa jua pengalaman anda itu, pastinya usaha anda tidak akan sia-sia jika bersungguh-sungguh melakukannya. Jika ada pembaca Bidadari.my yang pernah melakukan IF, boleh kongsikan dengan kami.
Semoga bermanfaat.
Jemput juga baca artikel tentang diet ibu menyusu jadual diet dan cara diet atkins