Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Ketahui Penyebab Gastrik Dan Pantang Larang Yang Perlu Dijaga

Adakah anda selalu mengalami gastrik walaupun sudah makan ubat dan jaga makan? Gastrik ini boleh terjadi kepada siapa-siapa pun tidak mengira umur dan…

KesihatanDikemas kini 26 Mei 2021oleh aqirah
Ilustrasi perut manusia dan tangan memegang bahagian perut menunjukkan tanda gastrik.

Ringkasan Ringkas

  • Penyebab gastrik termasuk jangkitan kuman, alkohol, merokok, stress, kurang tidur, dan obesiti.
  • Ubat gastrik berfungsi untuk meneutralkan asid, mengurangkan penghasilan asid, menghilangkan kejang, menghembat angin, dan antibiotik.
  • Antasid perlu dijarakkan satu jam atau lebih jika diambil bersama ubat lain.
  • Kawal gastrik dengan mengelak kopi, makanan pedas, berhenti merokok, dan makan secara teratur.
  • Perlu berjumpa doktor semula jika simptom berterusan, sakit perut teruk, muntah darah, atau najis hitam.

Adakah anda selalu mengalami gastrik walaupun sudah makan ubat dan jaga makan? Gastrik ini boleh terjadi kepada siapa-siapa pun tidak mengira umur dan jantina. Jika anda tidak berjumpa doktor maka gastrik anda boleh bertambah buruk.

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai penyebab gastrik dan pantang larang yang perlu dijaga. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Wanita menekan perut kesakitan akibat gastrik

Imej via Bidadari.my

Antara penyebab gastrik

  • Jangkitan kuman Helicobacter pylori.
  • Penyalahgunaan minuman alkohol.
  • Merokok
  • Stress
  • Kurang tidur/rehat
  • Jadual makan yang tak teratur
  • Obesiti.
  • Kerap makan ubat tahan sakit (NSAID)

Ubat dan rawatan gastrik

1. Antasid

Ubat untuk meneutralkan asid perut yang telah dirembeskan. Asid berlebihan dalam perut boleh menyebabkan iritasi pada mukosa yang telah radang, dan menyebabkan pedih. Jika pedih perut, ambil antasid. Ini ubat pelega. Contoh: Magnesium Trisilicate (MMT).

2. Ubat mengurangkan penghasilan asid perut

Ubat jenis ni ada pelbagai klasifikasi, namun matlamatnya satu. Kurangkan penghasilan asid. Ubat jenis ini selalunya dalam bentuk tablet. Ia adalah ubat mengawal atau mencegah simptom gastritis. Contoh: Ranitidine, Omeprazole, Nexium.

3. Ubat mengurangkan perut memulas dan kejang

Iritasi asid pada permukaan perut menyebabkan otot perut alami kontraksi dan kekejangan. Terdapat ubat yang fungsinya untuk merelakskan otot perut maka kuranglah rasa perut memulas. Contoh: Hyosine(buscopan)

4. Ubat menghambat angin

Ubat ini akan memecahkan buih-buih mengandungi udara yang berkumpul dalam perut. Bila buih ini pecah, maka udsra akan terbebas. Maka, ia akan mengurangkan rasa sebu dan kembung perut. Contoh: Simethicone (Hydrosil).

5. Antibiotik

Jika dan hanya jika doktor dah periksa dan sahkan ada jangkitan bakteria helicobacter pylori pada perut anda, maka doktor akan beri antibiotik. Ujian jangkitan bakteria itu dibuat melalui ujian hembusan nafas, atau ujian darah. Contoh: Clarithromycin, Metronidazole.

Pantang larang ubat gastrik

Jangan makan ubat lain bersama antasid. Jarak masa antara ambil antasid dan pengambilan ubat lain sebaiknya, satu jam atau lebih.Ubat gasrik boleh diambil sebelum atau selepas makan. Tiada masalah. Seeloknya ubat diambil dalam langkau masa yang tetap (contoh setiap 8 jam). Selain mengambil ubat, ada beberapa pantang larang lain untuk mengelakkan akan mempercepatkan pemulihan gastritis.

TIPS-TIPS LAIN UNTUK KAWAL GASTRIK

  • Berhenti merokok
  • Berhenti minum minuman keras
  • Elak pengambilan kopi
  • Elak makanan pedas dan berminyak
  • Elak ambil NSAID (painkiller) berterusan
  • Elakkan makan terlalu banyak
  • Makan jumlah kecil tetapi kerap dan teratur
  • Tidur dan rehat secukupnya
  • Bersenam dan jaga berat badan

Bila perlu jumpa doktor semula ?

Doktor memeriksa pesakit gastrik di klinik

Imej via Facebook

1. Jika dah makan ubat, tapi masih ada simptom. Kena periksa lebih lanjut.

2. Sakit perut yang sangat kuat. Khuatir ada ulser/bocor/tersumbat.

3. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan.

4. Najis berwarna hitam. Juga tanda pendarahan dari perut. Bahaya!

*Jika anda masih rasa sakit gastrik dan ia semakin teruk, lebih baik anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan ia jadi semakin teruk. Jangan pandang rendah dengan penyakit gastrik ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Jemput baca artikel lain yang menarik di laman kami :