Ramai masih keliru penggunaan terma resdung jadi saya akan jelaskan beza terma-terma yang doktor biasa guna ni.

Apa Itu Resdung?

Resdung
Imej via sasint

RESDUNG ialah alahan dan keradangan mukosa hidung (selaput dalam hidung).

Iaitu “ALLERGIC RHINITIS”

MAKA RESDUNG= ALLERGIC RHINITIS

Ia biasa dikaitkan dengan alahan keluarga iaitu atopy: Resdung, asma, ekzema, alergi konjunktivitis (gatal-gatal mata)

Resdung atau alergi rhinitis ini juga bermusim. Mungkin jadi lebih teruk pada musim bila debunga-debunga berterbangan. Di negara kita, ia sering juga berlaku bila musim hujan. Tetapi pendapat saya,ia berlaku bila hujan kejap,panas kejap,itu yang hidung sensitif tu.

Hidung sensitif pada:

1) Habuk

2) Bau kuat

3) Minyak wangi sintetik (pthalates)

4) Bahan kimia iritasi (contoh bau kloroks, bau cat)

5) Panas sangat, sejuk sangat atau perubahan cuaca mendadak.

Contoh:

– Keluar dari pejabat berhawa dingin ke panas terik.

– Mandi air sejuk waktu pagi.

6) Stres dalaman meningkat dan ransangan lain-lain deria.

Penyakit resdung ialah penyakit kronik..maknanya berpanjangan boleh jadi bertahun-tahun. Kecenderungan genetik sesebuah keluarga meningkatkan risiko seseorang dapat resdung ni.

Tunggu masa tercetus saja dengan stres persekitaran dan dalaman.

Info luar kotak : Resdung bukan sensitif hidung je ye, saraf dan emosi, perut, dan lain2 boleh jadi sensitif juga..ini berdasarkan pengalaman dan ada hujah saintifik juga teori saya ni.

 

Apa Itu Sinusitis?

Ini ialah keradangan tisu RONGGA HIDUNG.

Kawasannya:

1) Dekat hidung (ethmoid, sphenoid)

2) Sebelah hidung (maxillary sinus)

3) Dahi sebelah tengah (frontal sinus)

Keradangan sinus ini:

– Biasanya berlaku pada pesakit resdung kronik.

– Alahan menyebabkan imuniti badan lemah

– Rongga sinus pesakit resdung ini mudah dijangkiti bakteria dan virus.

– Rongga menjadi gatal, dipenuhi kahak hijau/kuning, keradangan meningkat mengakibatkan demam.

– Kawasan rongga sinus seperti dahi, hidung dan pipi juga mungkin menjadi sakit kerana keradangan.
.

Kesan Lain

– Demam.

– Nafas berbau.

– Hidung tersumbat.

– Sakit gigi/gusi

– Deria bau berkurang.

Nampak beza antara sinusitis dan rhinitis? Keduanya biasa juga disebut bersama, rhinosinusitis kerana sinusitis ini biasa berlaku pada pesakit resdung.

Tapi sinusitis ini sepatutnya tak lama kerana ia merupakan biasanya disebabkan jangkitan kuman kerana imuniti lemah.

Jika puncanya bakteria, mungkin perlu ANTIBIOTIK.

Jika puncanya virus, antibiotik takkan berkesan.. sokong saja dengan antihistamin dan naikkan imuniti badan dengan pemakanan dan gaya hidup sihat. (Tidur berkualiti, rehat cukup, kurangkan stres).

Cara ringkas saya ingat cara bezakan dua ni simple saja:

– Resdung (Rhintis) ni alahan sensitif.
– Sinusitis ni jangkitan.

Semoga bermanfaat

Penulis: Dr Hafiz Sulaiman

Merupakan seorang doktor perubatan yang juga dikenali sebagai pejuang kesihatan. Rajin berkongsikan tentang info yang menarik tentang kesihatan di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.