Jika diperhatikan, dewasa ini terdapat banyak produk detoks yang membanjiri pasaran. Semuanya menjanjikan kesan nyah toksin dalam masa yang singkat. Namun tahukah anda kenapa kita perlu detoks? Apakah yang dmaksudkan dengan toksin? Apa kesan toksin kepada tubuh badan? Apakah punca toksin dalam badan?

Apakah yang dimaksudkan dengan toksin dalam badan?

Dari sudut kesihatan, toksin bermaksud bahan beracun atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan yang terkumpul dalam tubuh badan seseorang. Bahan beracun tersebut boleh datang dari pelbagai sumber seperti makanan, ubat-ubatan, tabiat merokok, dan pencemaran. Toksin yang ada dalam badan boleh dikesan pada seluruh organ manusia.

Toksin dikeluarkan dari tubuh badan melalui proses perkumuhan seperti membuang air besar dan juga proses perpeluhan. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi dati badan akan diserap semula oleh badan lalu memberikan kesan yang buruk ke atas kesihatan.

punca toksin dalam badan
Sumber: Medicalnews

Apakah tanda terlalu banyak toksin dalam badan?

Sekiranya badan anda mengumpul terlalu banyak toksin, badan akan mula memberikan tanda sebagai signal. Di antara tanda yang akan ditunjukkan oleh badan ialah:

  • Sering letih dan berasa lesu
  • Lemah daya ingatan
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian
  • Kerap sembelit
  • Kerap cirit birit
  • Mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat, ekzema, dan psoriasis
  • Kulit yang pudar dan tidak berseri
  • Kuku dan rambut yang rapuh serta mudah patah
  • Badan berbau
  • Nafas berbau
  • Selalu sakit kepala
  • Selalu sakit dan lenguh-lenguh pada leher, bahu, sendi dan otot
  • Sistem peredaran darah yang lemah
  • Tangan atau kaki selalu berasa sejuk
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Terlalu cepat putus haid
  • Berat badan berlebihan
  • Badan mengumpul air dengan banyak
  • Masalah penghadaman
  • Selalu berasa senak
  • Selalu berasa loya
  • Tekanan darah meningkat
  • Kurang nafsu syahwat

Apakah punca toksin dalam badan?

Terdapat pelbagai perkara yang telah dikenal-pasti sebagai punca toksin dalam badan. Di antara punca yang paling kerap berlaku ialah:

  • Pemakanan. Tahukah anda bahawa toksin dalam badan boleh terkumpul dari pemakanan. Di antaranya ialah dari racun serangga yang disembur pada sayur-sayuran, suntikan yang diberikan kepada ayam, lembu, dan ternakan lain, dan antibiotik yang diberikan kepada ikan.
  • Pencemaran udara. Dewasa ini kualiti udara di sekeliling kita adalah sangat teruk dan tercemar. Udara kita dipenuhi dengan debu, asap kenderaan, asap industri, dan pencemaran dari semburan racun serangga. Semua bahan kimia ini akan disedut ke dalam paru-paru apabila anda bernafas. Ianya akan berkumpul di dalam badan dan menjadi toksin sekiranya tidak dikeluarkan dari tubuh badan.
  • Klorin dalam air paip juga boleh menjadi punca toksin dalam badan. Itulah sebabnya kenapa penapis air di rumah sangat penting pada hari ini.
  • Sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya. Mereka yang mempunyai sistem pencernaan yang lemah dan tidak berfungsi dengan baik akan mempunyai masalah sistem makanan yang tidak dicerna dengan sepenuhnya. Sisa makanan yang terkumpul dalam perut akan diubah oleh tubuh badan menjadi toksin.
  • Ubat-ubatan. Tahukah anda bahawa bahan kimia yang terdapat dalam ubat-ubatan akan diserap oleh tubuh badan. Jika bahan kimia dari ubat-ubatan tadi tidak disingkirkan dari tubuh badan, ia juga akan ditukar menjadi toksin yang akan meracun tubuh badan.
  • Merokok. Punca toksin dalam badan yang seterusnya ialah merokok. Seperti yang anda tahu, dalam sebatang rokok terdapat beribu-ribu bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Ianya akan mendap dalam badan dan menjadi toksin. Merokok bukan sahaja akan meracun perokok itu sendiri malah mereka yang berada berdekatan dan di sekeliling perokok juga akan terkena tempiasnya. Malahan jika seorang perokok merokok di luar rumah dan kemudian masuk ke rumah dan memegang bayinya tanpa membasuh tangan dan menukar pakaian terlebih dahulu, bayi tersebut akan turut terpalit dengan racun dari asap rokok.
  • Alkohol. Selain merokok, pengambilan alkohol juga boleh menjadi punca toksin dalam badan. Toksin dari alkohol biasanya akan terkumpul didalam hati lalu menyebabkan anda mengalami masala kerosakan dan kegagalan hati.
  • Pemakanan yang tidak seimbang. Pemakanan yang tidak seimbang bukan sahaja boleh mengganggu kesihatan dan proses tumbesaran, malah ia juga boleh menyebabkan toksin terkumpul dalam tubuh badan.
punca toksin dalam badan
Sumber: Timeslive

Bagaimana cara untuk menyingkirkan toksin dari badan?

Anda boleh mengeluarkan toksin dari badan dengan melakukan salah satu daripada cara berikut:

  • Makan makanan yang kaya dengan fiber. Makanan kaya dengan fiber akan membantu mengeluarkan toksin dari badan melalui proses pembuangan air besar. Makanan fiber tinggi akan memberikan kelawasan.
  • Teh hijau. Amalan minum teh hijau setiap hari akan membantu mengeluarkan toksin dari badan terutamanya dari hati.
  • Vitamin C. Pengambilan vitamin C setiap hari juga dikatakan membantu untuk menyingkirkan toksin dari badan.
  • Minum 8 gelas air kosong setiap hari. Amalan minum air secukupnya adalah sangat membantu anda untuk menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  • Sauna. Apabila anda bersauna, badan anda akan berpeluh dengan banyak. Peluh yang keluar dari tubuh badan anda mengandungi toksin. Semakin banyak anda berpeluh, semakn banyak toksin yang keluar dari tubuh badan anda.
  • Bersenam. Selain bersauna, bersenam juga sangat berkesan untuk menyingkirkan toksin dari tubuh badan. Peluh yang keluar semasa anda bersenam mengandungi toksin merbahaya yang boleh meracun badan jika tidak dikeluarkan.

Itulah dia punca toksin dalam badan yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan perkongsian kami ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang menghilangkan toksin dari badan, punca kaki kebas, dan punca kerap sembelit.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.