Nak tahu khasiat madu? Siapa sangka madu sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang tidak kita ketahui. Dengan ciri cirinya yang anti bakteria dan anti fungi maka tidak hairanlah jika madu disenaraikan atara 7 makanan terbaik di dunia.

Tahukah anda, satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium?

Sejak berabad yang lalu, madu lebah sudah dikenali dengan ciri perubatan dan kesihatan yang sering diamalkan oleh masyarakat.Madu lebah mengandungi pelbagai jenis bahan fitokimia dengan kandungan fenolik dan flavonoid yang tinggi. Hal ini menjadikan madu lebah bersifat antioksidan.

Artikel ini menyenaraikan khasiat-khasiat perubatan madu lebah menurut laporan saintifik.

1. Madu Sebagai Perangsang Sistem Imun Semulajadi

Madu merangsang pengeluaran sitokin radang dari monosit (sel darah putih) yang merupakan elemen penting dalam sistem pertahanan tubuh manusia.

Madu manuka, madu pastur dan madu jelly bush didapati didapati dengan ketara meningkatkan kandungan TNF- α , IL-1 β , dan IL-6 yang dilepaskan oleh sel MM6 (dan monosit manusia) berbanding dengan sel yang tidak dirawat dengan madu. Madu merangsang pengeluaran antibodi semasa tindak balas imun primer dan sekunder bagi menentang antigen.

Pengambilan 80 g madu semulajadi selama 21 hari menunjukkan tahap prostaglandin yang menurun berbanding tahap prostaglandin yang tinggi dalam kalangan pesakit dengan AIDS.  Madu semulajadi mengurangkan paras prostaglandin dan menunjukkan peningkatan NO yang merupakan pemerhatian yang baik bagi pesakit AIDS.  Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan harian madu mampu memperbaiki sistem imun seseorang.

2. Madu Sebagai Agen Anti Radang

Dalam rutin kehidupan seharian, sel-sel kita mungkin tercedera disebabkan oleh bahan rengsa dari luar atau dalam badan kita (oleh mikrob atau bukan mikrob).

Kecederaan pada tahap selular atau molekul mengakibatkan respons keradangan iaitu mekanisme pertahanan tubuh dalam usaha menghilangkan bahaya daripada perengsa.

Secara umumnya, tindak balas keradangan adalah bermanfaat dan merupakan perlindungan kepada kita, tetapi kadang kala, tindak balas keradangan mampu menjejaskan kesihatan.

Madu ialah agen antiradang yang sangat berpotensi besar.

Bayi yang mengalami keradangan kulit akibat kerengsaan lampin pakai buang menunjukkan simptom kelegaan selepas disapukan dengan campuran madu dan minyak zaitun selama 7 hari.

Madu juga memberikan kelegaan kepada gejala yang ketara terhadap batuk kanak – kanak dengan jangkitan saluran pernafasan (URTI).

Selain itu, madu dilaporkan berkesan dalam menangani penyakit keradangan kulit seperti dermatitis dan jangkitan Psoriasis vulgaris. Lapan daripada 10 pesakit dengan dermatitis dan lima daripada lapan pesakit dengan psoriasis menunjukkan peningkatan yang ketara selepas 2 minggu mengamalkan sapuan minyak berasaskan madu.

Madu pada pencairan sehingga 1: 8 telah mengurangkan pertumbuhan bakteria dari 25.6 ± 6.5 (kawalan) kepada 6.7 ± 3.3 bakteria bagi setiap sel epitelium secara in vitro (kerja makmal).

Sukarelawan yang mengunyah “kulit sarang madu lebah” pula menunjukkan terdapat pengurangan secara statistik yang ketara dalam min skor plak gigi masing-masing. Saintis juga mencadangkan peranan terapeutik madu lebah yang berpotensi untuk mengatasi gingivitis, penyakit periodontal (gusi), ulser mulut, dan lain-lain masalah kesihatan mulut.

Laporan kes menunjukkan pesakit yang mengalami distrofik kronik epidermolisis bullosa (EB) selama 20 tahun sembuh dengan penggunaan madu sebagai bahan dressing kulit selepas pembalut dan krim konvensional gagal mengubatinya.

Kajian-kajian ini berjaya menggambarkan kegunaan madu sebagai agen antiradang bagi mencegah keradangan kronik yang mempunyai risiko perkembangan kanser.

3. Madu Lebah Sebagai Antimikrob Semulajadi

Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai jenis ancaman mikroorganisma seperti bakteria, virus, parasit, dan kulat. Madu ialah agen antimikrobial semulajadi yang sangat baik.

Jangkitan mikrob yang paling biasa dilaporkan ialah jangkitan staphylococcal. Kesan antibakteria madu telah dikaji secara meluas.

Mekanisme pembunuhan bakteria oleh madu adalah melalui gangguan dalam proses pembahagian sel bakteria. Kepekatan perencatan yang minimum (MIC) untuk Staphylococcus aureus oleh madu A. mellifera adalah dalam julat dari 126.23-185.70 mg/ml.

Sapuan madu pada kawasan luka setempat didapati berjaya mengurangkan tanda-tanda keradangan akut pada kawasan luka tersebut. Aktiviti madu adalah lebih kuat dalam medium berasid berbanding dalam medium neutral atau alkali. Potensi madu adalah setanding dengan beberapa antibiotik yang biasa digunakan.

Penggunaan madu membantu meredakan konjunktivitis, kemerahan, bengkak, nanah dan mempercepatkan masa untuk membasmi jangkitan bakteria

Apabila madu digunakan bersama dengan gentamisin (sejenis antibiotik), campuran ini meningkatkan aktiviti anti Staphylococcus aureus sebanyak 22%. Di samping itu, sekiranya madu ditambah ke dalam medium kultur bakteria, kemunculan pertumbuhan mikrob pada plat adalah lebih perlahan tanpa penambahan madu.

Tambahan pula, mycobakteria didapati tidak berkembang dalam medium kultur yang mengandungi 10% dan 20% madu, tetapi tumbuh dalam medium yang mengandungi 5%, 2.5%, dan 1% madu. Hal ini mencadangkan potensi  madu sebagai agen antimikobakteria yang ideal pada kepekatan tertentu.

4. Madu Lebah Sebagai Potensi Agen Kawalan Obesiti

Individu obes berisiko untuk mendapat kanser memandangkan terdapat hubungan rapat antara obesiti, keadaan tahap rendah kronik keradangan dan tekanan oksidatif.

Subjek obes mempunyai kebarangkalian kira-kira 1.5-3.5 kali ganda lebih risiko untuk mendapat kanser endometrium, kanser payudara dan kanser kolorektal berbanding subjek berat badan normal

Dalam kajian klinikal ke atas 55 pesakit berat berlebihan atau obes, kumpulan kawalan (17 subjek) mengambil 70 g sukrosa setiap hari selama 30 hari dan pesakit dalam kumpulan eksperimen (38 subjek) mengambil 70 g madu asli untuk tempoh yang sama.

Keputusan menunjukkan bahawa madu menyebabkan sedikit pengurangan dalam berat badan (1.3%) dan lemak badan (1.1%).

5.Madu Untuk Rawatan Ulser Kronik Dan Luka

Peningkatan bilangan bakteria tahan antibiotik telah menjadikan luka yang ringkas menjadi kronik dan lambat sembuh. Oleh itu, beberapa kajian lepas telah mengusulkan madu sebagai pilihan rawatan alternatif.

Madu mampu menyerap kotoran dalam luka dan tisu yang rosak.

Madu didapati berkesan dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dengan meningkatkan kadar penyembuhan melalui rangsangan angiogenesis, granulation, dan epithelialization; proses menjadikan kulit cantuman semulajadi dan hasil kosmetik fizikal yang sangat baik.

6. Madu Sebagai “Vaksin” Kanser

Madu mempunyai unsur “semula jadi vaksin kanser” disebabkan keupayaannya mengurangkan proses keradangan kronik, meningkatkan status imun, mengurangkan jangkitan oleh organisma tahan lasak dan sebagainya.

Komponen kimia yang terkandung dalam madu seperti asid caffeic (CA), asid caffeic fenil ester (CAPE), chrysin (CR), galangin (GA), quercetin (QU), kaempferol (KP), acacetin (AC), pinocembrin (PC), pinobanksin (PB) dan apigenin (AP), merupakan agen farmakologikal yang penting dalam rawatan kanser secara moden.

7. Sumber Vitamin Dan Mineral

Walaupun terdapat pelbagai jenis madu di luar sana, tetapi mereka masih berpegang kepada madu yang asli. Madu mengandungi Vitamin C yang memang tersangatlah banyak khasiatnya kepada tubuh badan. Selain itu, madu juga mempunyai kalsium untuk menguatkan tulang. Dan madujuga mengandungi zat besi yang membantu untuk sistem peredaran darah.

8 Meningkatkan Jumlah Sel Darah Merah

Untuk mengoksidakan badan anda, tidak sesusah yang anda bayangkan. Mudah sahaja. Hanya minum air yang bercampur dengan madu dan dengan semudah itu anda telah berjaya meningkatkan sel darah merah.

Peningkatan sel darah merah juga bermakna anda telah berjaya meningkatkan tahap tenaga anda. Lebih mudah bagi anda untuk melakukan aktiviti. Tidak lupa juga, madu bersifat anti bakteria itu boleh membunuh bakteriadan penyakit.

Kajian juga telah membuktikan jika tenaga anda tinggi, maka anda akaan menjadi lebih produktif. Oleh itu, minumlah air bersama madu setiap hari.

9 Pengganti Gula

Semua tahu bahawa madu mengandungi gula bukan? Sudah jelas dengan rasanya yang manis. Walau bagaimana pun, jangan samakan gula putih itu dengan madu kerana ianya sangat berbeza.

Berlainan dengan gula putih, madu yang asli tidak diproses dan mengandungi gula yang sebenar. Selain itu, madu juga boleh mengawal kadar gula di dalam badan seseorang dengan dextrin iaitu campuran gula biasa dengan madu.

10 Banyak Kegunaan Kesihatan

Kajian membuktikan madu berupaya untuk merawat ulser (mata ikan) dan lain lain penyakit. 99 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kajian ini membuktikan madu mempunyai kesan yang menyembuhkan. Seperti yang disebutkan di atas, madu bersifat anti bakteria dan boleh digunakan untuk membuang infeksi.

Penyakit paru paru seperti asma dan kahak terbukti boleh diubati dengan madu. Bagi mereka yang ragu ragu untuk memakan daging mentah kerana bimbangkan penyakit e.coli dan salmonlella, jangan bimbang. Madu boleh membasmi bakteria yang ada!

11 Madu Sebagai Prebiotik

Jangan mudah keliru. Tidak seperti di dalam yogurt. Yogurt mengandungi probiotik yang boleh mempercepatkan proses pencernaan. Prebiotik bermaksud madu bertindak sebagai makanan kepada bakteria untuk memperbanyakkan jumlah bakteria yang sihat di dalam badan.

12 Pelembab Kulit

Masalah kulit kepala seperti kelemumur dan dermatitis sangat mudah diatasi dengan mengamalkan madu setiap hari. Hanya sapukan madu di sekitar kawasan yang tercedera dan ia akan pulih dengan kadar yang segera.

Ramai orang juga menggunakan madu sebagai pengubat masalah kulit seperti kulit merekah dan bersisik. Tidak ketinggalan, madu juga terbukti boleh mengurangkan keguguran rambut.

Jadi, tidak perlulah anda untuk berbelanja mahal bagi menjaga kulit anda!

13 Penawar Batuk

Bukankah tidak seronok setiap kali harus memakan ubat batuk. Pasti kanak kanak akan mengeluh kerana rasanya yang tidak enak. Tetapi, madu juga mempunyai kesan yang sama seperti ubat batuk. Madu juga akan menenangkan tidur malam anda tanpa perlu terjaga di tengah malam kerana batuk. Mudah bukan? Dan rasanya juga lebih sedap!

14 Mengurangkan Simptom Alergik

Madu yang diperbuat daripada bunga atau pun disebut sebagai ‘pollen honey’ dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit. Badan anda akan menghasilkan immuniti kepada tindak balas pollen honey tersebut.

Tetapi, jangan lupa untuk pastikan keaslian pollen honey yang digunakan. Kerana ini mungkin boleh membawa kesan yang berbeza. Pollen honey ini terbukti mampu untuk mengurangkan alergik selain daripada mengurangkan kesakitan akibat alergik.

15 Memberikan Tenaga

meningkatkan tenaga

Imej:addictioncam

Seperti yang disebutkan di atas, madu membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik. Maka, tidak hairanlah jika atlit sukan mengatakan mereka memakan madu jika berasa pening atau tidak sihat.

Pening biasanya disebabkan oleh kekurangan darah dalam badan dan madu akan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi.

Madu sangat berkesan kepada mereka yang selalu menggunakan tenaga pada jangka waktu yang lama contohnya peserta maraton.

16 Menjauhkan Diri Anda Daripada Kanser

Berdasarkan buku Honey Revolution oleh Dr Ron Fessenden, saintis mendapati madu mengandungi flavonoids yang dipanggil sebagai anti oksiden di dalam badan. Malah, kebanyakan ubat ubatan yang merawat kanser menggunakannya untuk tujuan yang sama.

Setakat ini flavonoid masih belum terbukti berjaya merawat semua jenis sakit kanser. Tetapi kepada wanita dan perokok di luar sana yang lebih terdedah kepada kanser, ambillah madu setiap hari. Mencegah lebbih baik daripada mengubati bukan?

17 Madu Di Dalam Masakan

Madu pastinya tidak akan terlepas daripada dalam makanan. Makanan seperti waffle atau pan cake selalu diambil madu apabila makan bersamanya. Anda boleh layari internet dan cari makanan yang menggunakan madu. Anda akan mendapati hampir kebanyakan makanan menggunakan madu.

Lebih baik kita mencegah penyakit daripada kita merawatnya. Ambillah madu di dalam makanan seharian anda sekarang! Tetapi diingatkan. Jangan berikan madu kepada bayi yang kurang berumur setahun kerana boleh mengakibatkan masalah keracunan kepada mereka.

Itulah serba sedikit tentang khasiat madu yang menarik untuk diketahui. Jika adainfo menarik tentang khasiat madu, jangan lupa untuk berkongsi dengan kami.

Rujukan

Othman, N. H. (2012). Honey and cancer: sustainable inverse relationship particularly for developing nations—a review. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, 2012. (link)

Khasiat Makanan Lain

Kami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.