Pernahkah anda mendengar tips diet mudah hanya dengan meninggalkan nasi? Adakah ia membantu ataupun ia merupakan diet tidak seimbang? Sebenarnya, ya. Ia sangat membantu. Hal ini kerana kebiasaannya satu nasi mempunyai berat sejumlah 187 gram.

Sekiranya anda hanya makan dan tidur, jika anda tidak bersenam cukup 10 kali, makan berat anda akan naik 1 kg. Namun susah untuk meninggalkan nafsu makan nasi kerana makanan asasi negara kita merupakan beras dan gandum.

Tambahan pula, terdapat pelbagai lauk pauk yang memikat selera citarasa kita seperti sambal belacan, ikan keli, ayam bakar dan lain-lain lagi. Justeru, bagaimana cara untuk menghapuskan kalori nasi putih dalam tubuh badan kita! Kandungan bagi satu cawan beras yang dimasak bersamaan 158 g. Ia mengandungi kalori sebanyak 205.

kalori nasi putih

Imej via [hiloved]

  • Kalori: 205
  • Jumlah Lemak: 0.4 gram
  • Lemak Tepu: 0.1 gram
  • Lemak tak jenuh ganda: 0.1 gram
  • Lemak tak jenuh tunggal: 0.1 gram
  • Kolesterol: 0 mg milligrams
  • Natrium: 1.6 mg miligram
  • Kalium: 55 mg miligram
  • Jumlah Karbohidrat: 45 gram
  • Serat Makanan: 0.6 gram
  • Gula: 0.1 gram
  • Protein: 4.3 gram
  • Kalsium: 1.2%
  • Besi: 11%

Cara Membakar 205 Kalori:

  • Berjalan (3mph) -55 minit
  • Berlari (6mph) -20 minit
  • Berbasikal (10mph)- 28 minit

Cara Diet Dengan Nasi Putih

Ketika anda meninggalkan makan nasi, anda harus perbanyakkan mengambil karbohidrat kompleks seperti oatmeal, beras merah dan beras cokelat yang lebih bernutrisi. Selain itu, anda juga perlu meninggalkan  jenis karbohidrat sederhana selain nasi seperti roti dan pasta. Ini kerana kalori roti hampir sama seperti nasi.

kalori nasi putih

Imej via [klikdokter]

Manfaat Diet Nasi Putih

Kalori nasi putih agak berat dimana tidak sesuai dimakan dalam kadar yang banyak sekiranya anda ingin mengamalkan diet.  Sama ada skip nasi atau ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja tiada masalah. Manfaat diet nasi putih adalah ia dapat menurunkan berat badan dengan mudah dan baik bagi pesakit jantung.

Selain itu, tidak mengambil kalori nasi putih juga dapat menurunkan risiko sindrom metabolik anda. Sindrom metabolik adalah faktor  yang boleh membahayakan kepada keadaan kesihatan anda, seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan strok.  Mulai sekarang, anda boleh buat keputusan untuk ambil berapa banyak jumlah nasi yang anda perlukan.

Jom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng.

Rujukan:

  1.  Kalori Makanan. https://kalorimakanan.com/kalori-nasi
  2. Cooked white rice. https://www.nutritionix.com/food/cooked-white-rice
  3. Turunkan berat badan dengan diet nasi.  https://www.sehatq.com/artikel/turunkan-berat-badan-dengan-diet-nasi

 

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.