Pernah tertanya-tanya bagaimana hendak turun berat dengan banyak, dan dalam masa yang singkat? Macam mustahil sahaja. Juga, mesti anda keliru mahu berdiet bagaimana yang sesuai. Yalah, lain orang, lain mungkin caranya untuk menunjukkan hasil yang memuaskan dan diingini.

Takut juga, sudah slim bertubuh badan ideal, tiba-tiba “yoyo” kata orang, kembali semula ke bentuk badan sebelumnya sebab cepat sangat kurusnya. Sudah pasti anda tidak mahu perkara seperti ini berlaku. Kalau boleh bukan?

Bayangkan, setelah fokus, dedikasi, dedikasi, motivasi dan semangat yang dicurahkan untuk mencapai target berat badan ideal, hujung-hujungnya tidak kekal pula hasil itu.

Apa kata, anda cuba ikuti langkah mudah yang dikongsikan oleh Puan Farihah Zulkifle di laman Facebook peribadinya. Tanpa penggunaan sebarang ubat kurus, juga tanpa stress, hanya dalam masa 3 bulan, suami wanita ini hilang 28kg. Wow, banyak turun bukan?

turun berat
Imej via Facebook

Bagaimanakah Suami Turun Berat
Banyak Dalam Masa 3 Bulan?

(1) Makan suku-suku separuh.

Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.

(2) Buat senaman yang kita suka.

Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.

(3) Air kena cukup.

3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.

(4) Tidur yang cukup.

Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.

Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.

turun berat
Imej via Facebook Farihah Zulkifle

*Sekarang percaya atau tidak? Terpulang pada anda. Yang penting cuba dahulu dan jangan lupa share!

Semoga perkongsian ini membuat anda bersemangat untuk kurus.

Penulis: Fadhilah

Seorang yang enjoy movies, bersiar-siar, bersukan & sangat suka kucing. Hobi menulis di Bidadari.my bagaikan sebuah laman persinggahan dari hidup seorang pelajar pascasiswazah di UKM.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.