Siapa yang nak tahu khasiat buah mata kucing? Cepat angkat tangan! Buah yang mempunyai nama yang unik ini, sememangnya sedap. Kalau makan, memang tak sedar sebesen boleh habis.

Buah mata kucing diberikan nama kerana bentuk isinya yang seaSiapa yang suka makan buah mata kucing? Cepat angkat tangan! kan-akan sama dengan bentuk dan warna mata kucing. Buah ini agak mahal di pasaran kerana rasanya yang sangat manis dan mengandungi air yang banyak.

Kandungan Nutrien Buah Mata Kucing

Buah ini mempunyai kulit berwarna kecoklatan yang nipis dan lembut. Isinya berwarna putih jernih dan terdapat biji berwarna hitam di dalamnya. Ada juga buah mata kucing yang dijual dalam bentuk kering. Rasanya juga sedap dan manis.

Buah ini sedap dimakan begitu saja, dijadikan jus atau isinya dimasukkan ke dalam minuman. Lega dan segar rasa tekak apabila dapat menikmati segelas air buah mata kucing.

Tahukah anda bahawa sebiji buah mata kucing banyak nutrien yang tersembunyi? Ia kaya dengan vitamin A, B (B1, B2 dan B3), C, kalsium, zat besi, mangan, fosforus, kalium dan magnesium. Malahan, kandungan fitokimianya yang tinggi sangat baik untuk manusia.

Jom kita baca tentang khasiat buah mata kucing.

1. Menghindari Stres

Apabila makan buah mata kucing, ia akan memberi sensasi ketenangan dan meningkatkan fungsi saraf. Oleh itu, jika anda berasa sedih, tidak tenteram dan tertekan, apa kata cuba makan beberapa biji buah mata kucing.

2. Mengubati Insomnia

Orang yang ada masalah insomnia akan sukar untuk tidur. Kadangkala sehingga berjam-jam mata tidak mahu lelap. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada kesihatan. Mereka juga akan kelihatan penat dan tidak bermaya. Nampaknya buah mata kucing boleh membantu.

 3. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Buah ini berfungsi untuk meringankan tugas jantung dan limpa. Oleh itu, masalah kelelahan, penyakit kardiovaskular dan strok dapat dihindari.

4. Mengurangkan Risiko Kanser

Kandungan fitokimia iaitu sejenis antioksida di dalam buah mata kucing dapat menangkis serangan radikal bebas. Oleh itu, kerosakan sel yang akan mengakibatkan kanser dapat dijauhi.

5. Melancarkan Peredaran Darah

Pesakit anemia sangat digalakkan memakan buah mata kucing. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan juga meningkatkan kandungan zat besi di dalam tubuh.

6. Sumber Tenaga

Walaupun buah mata kucing mempunyai lemak dan kalori yang rendah, namun ia tetap boleh dijadikan makanan yang memberi tenaga. Kandungan karbohidrat kompleks di dalamnya dapat meningkatkan stamina.

mata kucing

 Imej via Bidadari

7. Mencegah Demam dan Selsema

Bagi mereka yang mempunyai antibodi yang rendah, selsema dan demam mudah menyerang. Disebabkan buah ini mengandungi vitamin C, ia dapat meningkatkan ketahanan dan melindungi tubuh daripada jangkitan virus.

8. Bagus Untuk Kulit Wajah

Ini berita baik buat kaum wanita. Buah mata kucing dikatakan bermanfaat dalam soal kecantikan kulit. Antaranya dengan makan buah ini, kulit akan menjadi awet muda dan melambatkan proses kedutan.

Malahan, ia juga dapat mengurangkan kerosakan dan pengelupasan kulit. Kulit juga boleh menjadi cerah kerana ia bermanfaat menghilangkan warna kulit tidak sekata.

9. Menyihatkan Rambut

Rambut menjadi lambang kecantikan dan mahkota wanita. Malahan, kaum lelaki juga sanggup berhabisan untuk menjaga kesihatan rambut. Zat saponin yang terdapat di dalam biji buah mata kucing merupakan bahan utama dalam pembuatan syampu.

10. Meningkatkan Selera Makan

Jika anda hilang selera makan mungkin disebabkan kurang sihat, tertekan dan sebagainya, apa kata makan beberapa biji buah mata kucing. Buah ini dikatakan dapat membantu meningkat nafsu makan yang telah hilang.

11. Mengeringkan Luka Terbakar

Jika ada luka terbakar di tubuh, anda boleh cuba petua ini untuk mempercepat proses pemulihan. Caranya ialah ambil sedikit kulit buah mata kucing dan bakar sehingga menjadi hitam. Tumbuk halus dan campurkan dengan sedikit minyak gamat atau zaitun. Sapukan pada luka.

12. Baik Untuk Ibu Hamil

Wanita yang hamil cepat berasa penat, kurang tenaga dan lemah. Ini disebabkan perubahan hormon dan kandungan yang semakin membesar. Makanlah buah mata kucing setiap malam. Anda juga boleh merebus dan meminum airnya.

13. Menyihatkan Usus

Buah mata kucing yang kaya dengan serat dan air dapat membersihkan usus. Selain itu, ia juga berfungsi agar proses penyerapan makanan menjadi lebih berkesan. Jika nak usus yang bersih dan sihat, makanlah buah mata kucing.

14. Melawaskan Kencing

Selain buahnya yang banyak khasiat, akar pokok mata kucing juga tidak kurang hebatnya. Bagi orang yang menderita masalah pembuangan air kencing yang tidak lancar, cuba rebus akarnya dan diminum.

15. Menghentikan Pendarahan

Untuk menghentikan pendarahan, anda boleh menggunakan biji buah mata kucing. Caranya ialah tumbuk kasar biji tersebut dan lumurkan di kawasan yang mengalami luka. Selain darah akan berhenti mengalir, rasa sakit juga akan berkurangan.

17. Bagus Untuk Kuruskan Badan

Bagi yang sedang bercita-cita untuk menguruskan badan, apa kata cuba amalkan makan buah mata kucing. Kandungan serat dan air yang tinggi akan membuatkan perut berasa cepat kenyang. Kesannya, kita tidak akan cenderung untuk makan secara berlebihan.

Ia juga merupakan makanan sumber tenaga yang baik dan berkalori rendah. Setengah mangkuk buah mata kucing hanya mengandungi 35 kalori. Selain sedap, anda juga dapat menurunkan berat badan.

Pastinya anda tak sangka sebegini banyak khasiat buah mata kucing, bukan? Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang tak mampu dihuraikan di sini kerana keterbatasan.

Namun, 16 khasiat yang disenaraikan ini sudah cukup untuk membantu meningkatkan kesihatan dan kecantikan kita. Jika ada pembaca yang telah mencuba tips-tips tersebut, jangan lupa kongsikan dengan kami.

Ada banyak artikel tentang khasiat buah-buahan dari aspek kesihatan di Bidadari.my. Antaranya ialah khasiat durian, buah naga dan manggis. Jangan lupa baca.

Rujukan

  • 21 Keajaiban Buah Mata Kucing (link)

Penulis: Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.