Pernahkah anda dengar mengenai penyakit melioidosis yang melanda di negara beriklim tropikal. Penyakit ini selalu tersebar di negara-negara asia tenggara dan utara Australia. Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia dan haiwan. Di negara Malaysia jarang sekali melaporkan penyakit melioidosis ini tetapi kita masih perlu berhati-hati.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit melioidosis ini?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai penyakit melioidosis. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Fakta  Penyakit Melioidosis

Fakta penyakit melioidosis

Imej via Facebook

Agen Penyebab

Penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei. Bakteria ini adalah kuman Gram negatif (merah) bipolar yang berupa pin keselamatan (safety pin)

Resevoir

Bakteria ini boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada manusia, haiwan ataupun tumbuhan. Jangkitan kepada manusia adalah melalui sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan air yang tercemar.

Tanda dan gejala

Terdapat beberapa jenis tanda dan gejala melioidosis yang boleh dikategori seperti berikut:

📎❗️ Jangkitan setempat (Localizes infection) : bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.

📎❗️ Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection) : batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala, anorexia

📎❗️ Jangkitan darah (Bloodstream infection) : demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan.

📎❗️ Jangkitan disebarkan (Disseminated infection) : susut berat badan, sakit perut atau sakit dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala, sawan.

Walau bagaimanapun, pelbagai tanda dan gejala boleh dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain seperti batuk kering, pericarditis dan lain-lain jangkitan kronik atau akut.

Masa antara pendedahan kepada bakteria dan kemunculan gejala-gejala tidak ditakrifkan dengan jelas, umumnya gejala muncul 2 hingga 4 minggu selepas pendedahan.

Kumpulan Berisiko Tinggi

Walaupun orang yang sihat boleh mendapatkan melioidosis, pesakit yang mempunyai faktor-faktor berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan.

Faktor-faktor risiko ialah:

❗️ kencing manis (diabetes)

❗️ penyakit hati

❗️ penyakit buah pinggang

❗️ talasemia

❗️ kanser atau penyakit sistem imun tertekan (immune-suppressing) bukan jangkitan HIV

*Berikut adalah tanda, gejala dan faktor-faktor yang boleh dapat penyakit melioidosis ini. Walaupun penyakit ini jarang berlaku di negara Malaysia tetapi kita masih perlu berhati-hati dan jaga kesihatan dengan baik. Lebih-lebih individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti kecing manis, penyakit hati dan yang lain-lain. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.