Bagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, atau jika anda adalah seorang yang sangat mementingkan kesihatan, pastinya anda sangat mengambil berat tentang jumlah kalori setiap makanan yang masuk ke dalam mulut anda. Pepatah yang mengatakan bahawa ” Kita adalah apa yang kita makan ” adalah sangat benar.
Makanan Malaysia sememangnya enak namun ramai tak tahu bahawa jumlah kalorinya agak tinggi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai kalori makanan Malaysia sebagai panduan dalam pemakanan setiap hari.
Sebelum kami senaraikan jumlah kalori makanan kegemaran rakyat Malaysia, jom kami kongsikan dulu sedikit info tentang kalori dan cara untuk mengira kalori. Apa itu kalori? Kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga. Jumlah kalori dalam makanan bermaksud tenaga yang dibekalkan oleh makanan tersebut kepada tubuh badan.
Adakah tubuh badan manusia memerlukan kalori? Jawapannya ialah YA. Tubuh badan manusia memerlukan kalori sebagai sumber tenaga. Tanpa kalori yang secukupnya setiap hari, manusia akan berasa tidak bertenaga dan lemah.
Bagaimanakah cara untuk mengira kalori? Formula untuk mengira kalori adalah seperti berikut:
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 kalori setiap gram
Berapakah jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa setiap hari? Seorang lelaki dewasa memerlukan 2000-2500 kalori sehari sementara seorang wanita memerlukan 1600-2000 kalori setiap hari. Sementara bagi wanita mengandung & yang menyusukan bayi, jumlah kalori harian yang diperlukan ialah sebanyak 2000-2500 kalori.
Apa yang akan berlaku jika anda mengambil kalori yang lebih daripada diperlukan? Untuk pengetahuan anda, bagi setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan dan tidak dibakar sebagai tenaga, ia akan menyebabkan berat anda naik sebanyak 1 kilogram.
Anda suka makan makanan segera? Berikut adalah senarai kalori bagi makanan segera kegemaran rakyat Malaysia:
Ramai yang menyangka bahawa makan buah adalah cara diet yang berkesan. Namun tahukah anda bahawa terdapat buah yang mempunyai kalori yang tinggi. Berikut adalah senarai kalori buah-buahan kegemaran rakyat Malaysia:
Anda pasti nak tahu berapakah kalori untuk kuih-muih kegemaran anda. Berikut adalah senarai kalori kuih-muih di Malaysia:
Sekarang kami akan kongsikan senarai kalori lauk-pauk kegemaran rakyat Malaysia:
Nasi dan mee adalah makanan wajib yang dimakan oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jom ketahui berapakah kalori yang ada dalam setiap makanan dalam kategori ini:
Akhir sekali, jom ketahui nilai kalori bagi setiap minuman yang biasa anda minum setiap hari:
Itulah dia info tentang senarai kalori makanan Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang makanan rendah kalori, diet atkins,dan makanan untuk diet.