Pernahkah anda dengar mengenai penyakit Malaria? Penyakit Malaria sudah wujud di Malaysia sejak awal tahun 2000 lagi. Ketika itu, kes tercatat tinggi dengan jumlah 12,000 kes tetapi pada tahun 2016 kes telah berturun kepada 2,300 kes. Pada tahun 2017, malang sekali kes meningkat kepada 4,000.

Penyakit Malaria ini masih membawa ancaman kepada rakyat Malaysia, maka kita perlu peka terhadap penyakit ini kerana masih tiada lagi vaksin untuk penyakit ini. Apa itu penyakit Malaria ?

Mari kami kongsikan info sebenar penyakit Malaria. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Penyakit Malaria

penyakit malaria

Imej via Facebook

Pengenalan

Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk kedalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit(merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti.

Pusingan hidup berbeza mengikut jenis Plasmodium. Untuk P.vivax 48 jam, P.malariae 72 jam dan P.falciparum antara 36 hingga 48 jam. Malaria menyebabkan anaemia akibat kemusnahan sel darah merah. Masalah ini menyebabkan bilangan hemoglobin yang dilepaskan ke dalam sistem peredaran darah berlebihan selepas sel darah pecah. Gejala utama biasanya timbul seawal 8 hari atau selewat-lewatnya setahun kemudian.

Gejala malaria berlaku dalam pusingan antara 48 hingga 72 jam, akibat pelepasan merozoites yang berlebihan ke dalam salur darah. Anaemia terjadi akibat dari kemusnahan bilangan sel darah merah yang terlalu banyak dan paras hemoglobin yang berlebihan disalurkan ke dalam sistem darah selepas ianya pecah. Malaria juga boleh dipindahkan secara semulajadi semasa anak dalam kandungan dan melalui pemindahan darah. Parasit malaria boleh dibawa oleh nyamuk dalam suhu lembab, tetapi parasit ini akan hilang bila musim sejuk. Penyakit ini menjadi masalah yang besar/utama kepada kebanyakan negara tropika.

Setiap tahun Bahagian CDC menganggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria dengan kematian melebihi satu juta. Sesetengah negara di dunia, nyamuk pembawa malaria menjadi kebal kepada racun serangga, manakala antibiotik tidak memberi kesan kepada parasit. Oleh itu jangkitan penyakit ini sukar dikawal. Salah satu daripada 4 jenis parasit malaria iaitu Malaria Falciparum mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada sel darah merah. berbanding dengan parasit lain. Ia akan membiak dalam tempoh beberapa jam selepas gejala awal dikesan.

Tanda dan Gejala

  • Mengiggil, demam dan berpeluh
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit otot
  • Loya dan muntah
  • Anemia
  • Jaundis (kekuningan)
  • Sawan
  • Koma
  • Bengkak hati dan limpa dapat dikesan semasa pemeriksaan fizikal. Contoh darah pesakit malaria akan diambil untuk diagnosa dan keputusan boleh diketahui dalam tempoh 6 hingga 12 jam.

Komplikasi

  • Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang
  • Kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia)
  • Jangkitan kuman di lapisan otak (Meningitis)
  • Limpa pecah(rupture of spleen) yang mengakibatkan perdarahan yang teruk

Ramalan Pemulihan/Prognosis

Pesakit malaria pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan tetapi, kes jangkitan Falciparum kurang memuaskan , kerana ketahanan ( resistant) parasit terhadap ubat anti-malaria adalah tinggi.

*Anda semua tidak boleh mengambil hal ini secara remeh kerana vaksin bagi penyakit ini masih belum ditemui. Anda wajib menjaga kebersihan diri dan jauhi tempat-tempat kotor. Jika anda mempunyai tanda atau gejala seperti di atas, cepat-cepat pergi berjumpa doktor.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.