Ketahui rahsia cara kempiskan perut. Jangan ingat orang yang badan berisi je ada masalah perut buncit. Yang kurus pun ada yang perutnya buncit atau menggeleber, lebih-lebih lagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan.

Perut kempis sememangnya idaman setiap orang. Jom kami kongsikan cara kempiskan perut dalam masa 14 hari.

Kempiskan perut

Sumber gambar : Mohamed Hassan

1. Air jamu periuk homemade.

Air detox ini membantu badan kita menyingkirkan toksin & lemak dibadan, termasuk di bahagian perut. Saya sendiri mengamalkan air detox ini. Badan terasa ringan, pembuangan menjadi lawas, berat badan berkurangan, perut pun kempis.

Buat sendiri di rumah, tak perlu keluarkan duit beli produk yang mahal harganya. Proses membuat sangat mudah, bahan-bahan juga murah. Semuanya memang dah ada kat dalam dapur.

Bahan-bahan:

  • 1 batang serai.
  • 3 keping asam gelugur.
  • 1 biji lemon.
  • 1 inci halia.
  • 2 ketul gula batu atau 2 sudu madu asli.

Bersihkan semua bahan. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk besar. Masukkan air, jangan terlalu penuh. Tinggalkan lebih kurang seinci supaya tak melimpah bila mendidih. Masak sehingga mendidih.

Waktu merebus ni, satu rumah akan harum semerbak dengan bau serai dan lemon. Minum satu gelas setiap pagi dan petang. Boleh disimpan didalam peti sejuk. Keluar dan panaskan setiap kali nak minum.

Sumber gambar: spmodels

2. Berbengkung.

Berbengkung sememangnya membantu untuk mengempiskan perut. Bukan sahaja kita orang melayu mengamalkan berbengkung, orang barat pun berbengkung juga cuma namanya lain sikit iatu corset.

Bengkung bukan sahaja menyokong otot perut, malah bila memakai bengkung, secara automatik kita akan makan dengan jumlah yang sedikit. Bahasa mudahnya, bila berbengkung perut kita akan jadi padat. Makan sikit dah rasa kenyang.

3. Kapur makan + limau nipis

Kapur makan & limau nipis adalah 2 bahan yang mudah & murah. Nak kempiskan perut? Rajinkan diri untuk sapu 2 bahan ni ke perut. Caranya mudah sahaja. Campurkan satu sudu kapur makan dengan air perahan dari sebiji limau nipis. Kacau sampai sebati. Sapukan ke perut sebelum tidur. Biarkan semalaman. Nak kesan lagi best? Lepas sapu, pakai bengkung. Dijamin perut anda cepat kempis.

Sumber gambar: rojakdaily

4. Plastik cling wrap

Kenal tak apa dia plastik cling wrap? Ala… plastik yang kita guna untuk bungkus buah, makanan. Kalau tak kenal boleh tengok gambar dibawah.

Tahukah anda, plastik cling wrap boleh membantu untuk kempiskan perut yang buncit. Caranya mudah sangat. Anda cuma perlu bungkus perut anda dengan plastik cling wrap. Balut perut dengan kemas, sekurang-kurangnya 5 lapisan.

Selepas 5 minit perut anda akan mula berpeluh. Percayalah, lagi banyak berpeluh, lagi cepat perut anda kempis. Kalau nak berbengkung selepas balut dengan plastik cling wrap pun boleh.

Sumber gambar: tokopedia

5.  Air lemon atau air limau nipis

Biasa dengar orang guna ayat ini: ” Minum air limau untuk potong lemak “. Ayat ni dengar macam kelakar tapi sebenarnya air lemon atau limau nipis memang membantu menyah lemak dari badan kita.

Macam mana? Lemak berkumpul di pinggang dan menyebabkan kita menjadi buncit disebabkan oleh kegagalan hati untuk berfungsi secara optimum untuk menyahtoksik.

Pengambilan air lemon atau limau nipis akan meningkatkan enzim yang membantu detox hati. Detox hati membantu hati untuk berfungsi secara optimum. Untuk mudah faham, imagine macam kita overhaul kereta. Selepas overhaul, kereta akan jadi lebih smooth. 

6. Air teh halia

Bancuh teh hijau panas, ketuk setengah inci halia & masukkan kedalam air teh hijau tadi. Gabungan teh hijau & halia sememangnya sangat berkesan untuk membuang lemak-lemak yang berkumpul dibadan terutamanya perut. Kalau tiada teh hijau kat dapur, teh biasa pun boleh. Cumanya, teh hijau lebih berkesan daripada teh biasa.

7. Elakkan makan nasi bersulam air

Dulu waktu kecil saya selalu kena tegur dengan orang tua kalau makan nasi asyik minum air. Kalau diperhatikan, makcik-makcik dan nenek yang dah tua tapi badan masih bergetah macam orang muda biasanya cukup pantang kalau makan nasi bersulam air. Mereka akan makan nasi sampai habis, baru minum air.

Susah ke nak amalkan? Susah bagi kita yang tak biasa. Mulakan hari ni, lama-lama kita akan terbiasa. Tiada masalah lagi.

8. Senaman kempiskan perut

Terdapat beberapa senaman kempiskan perut yang anda boleh amalkan. Di antaranya ialah:

Bicycle crunch ( bangkit tubi menganyuh basikal )

Senaman ini sangat membantu untuk mengempiskan perut memandangkan ia fokus tepat kepada perut & pinggang. Caranya:

  • Baring. Letakkan tangan ke belakang telinga.
  • Angkat lutut kanan 45 darjah sehingga menyentuh perut. Buat seperti sedang mengayuh basikal.
  • Sentuhkan siku kiri ke lutut kanan. Lakukan berulang kali.
  • Pastikan anda tidak menggerakkan leher ke hadapan. Cukup sekadar bahu yang terangkat sedikit, bukannya belakang badan. Pastikan lutut lurus ke hadapan.
  • Anda boleh rujuk video dibawah:
YouTube video

Sumber video: youtube

Vertical leg crunch ( bangkit tubi kaki tegak )

Senaman ini juga fokus kepada perut, dan ia sangat membantu untuk mengempiskan perut. Caranya:

  • Baring. Angkat kedua-dua kaki ke atas.
  • Angkat badan anda ke atas.
  • Anda boleh rujuk video dibawah:
YouTube video

Sumber video: youtube

Long arm crunch ( bangkit tubi tangan lurus )

Seperti 2 senaman di atas, senaman ini juga tertumpu kepada bahagian perut. caranya:

  • Baring.
  • Lipatkan kaki ke bawah.
  • Luruskan tangan ketas, pegang tangan.
  • Angkat badan.
  • Anda boleh rujuk video dibawah.
YouTube video

Sumber video: youtube

Itulah dia cara kempiskan perut dalam masa 14 hari yang ingin kami kongsikan kepada anda. Macam mana, boleh buat? Tak susah pun. Amalkan tips diatas, lepas ni anda tak perlu lagi tahan nafas untuk sorok perut buncit tiap kali nak ambil gambar. Perut kempis, keyakinan diri juga akan meningkat.

Ingin artikel kurus yang lain? Jemput baca cara kuruskan badan dan khasiat cuka epal.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.